Sunday, 12 July 2015

Kisah Bisnes : Perniagaan Orang Melayu Di Bulan Ramadhan




Ketika ini orang kecoh mengenai pergaduhan di Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini diantara 7 orang lelaki melayu dengan peniaga-peniaga cina di situ. Bagi aku puncanya mudah sahaja. Ia berpunca daripada budaya puak itu berniaga. Itulah puncanya, tidak kiralah apa dapatan siasatan polis sekalipun.

Bukan menjadi rahsia lagi, kebanyakan puak itu membudayakan penipuan dalam urusan bisnes mereka. Sehinggakan ada kalangan mereka sendiri sudah meluat dan menyampah dengan budaya penipuan tersebut sehingga bertanya mengapa sanggup menipu dan memakan duit secara haram? Contohnya seperti gadis cina ini.

Walaupun kalau nak difikirkan macamana pula mereka ada halal dan haram, itukan fahaman orang Islam. Sebenarnya mereka juga ada yang baik dengan fitrah mereka baik itu mereka merasa bersalah kalau melakukan sesuatu yang tak betul. Haram katanya.

Sebenarnya kali ni aku nak bercerita tentang seorang peniaga melayu ni. Ni kisah peniaga misali.

Kek Lapis.
Multi-layers colored cakes.
Makanan Khas Orang Sarawak.
Aritu aku pun pergilah borong kek lapis. Kek lapis tau kan? Kalau kat Sarawak tu femes kek Lapis Dayang Salhah. (Aku tak tanya rakyat Malaysia, memanglah you all tau kan. Aku tanya warganegara Indonesia dengan Amerika Syarikat tu.)

Akak penjual kek lapis ni kali ni merungut. Harga bahan-bahan nak buat kek lapis tahun ni naik sungguh. Macam tak berbaloi kalau nak berniaga. Sebab akak ni berniaga ikut musim juga. 

Pembekal naikkan harga dengan alasan GST dan penjual bahan-bahan pun naikkan harga juga. Sehinggakan ada satu bahan tu naiknya melebihi 50%. Mengeluh akak tu. Tapi lepas tu ramai pulak telepon dia bertanya kek lapis. 

Yang membuatkan aku terfikir dan merenung adalah dalam kenaikan harga tu pun aku tengok harga kek akak ni tak pula melambung naik. Kek ni umumnya ada dua saiz, satu yang besar dan satu yang kecil.

Tahun lepas akak ni jual yang kecik tu RM12.00. Manakala yang besar tu RM45.00. So aku dah calculate dalam microsoft excel yang harganya dijangka RM15.00 yang kecil dan aku ready kalau yang besar mencecah RM50.00.

Ni kek besar.
Yang atas tu kek Choc Chip, tapi tu orang punya.
Itu aku ada tempah satu nanti aku ambik.
Akak jangan lupa pulak.
Betullah jangkaan aku untuk yang besar tu harga dia tahun ni RM50.00. Tapi yang kecik meleset sebab akak tu naikkan seringgit je. RM13.00. 

Bila nak bayar, ada satu yang besar tu jadi RM40.00. Katanya dah penyet sikit sebab diletak bawah kek-kek lain.

Ada beberapa kek kecil tu jadi RM12.00 sebab jenis-jenis tu dia nak habiskan.
Ni saiz kecil, kiranya 1/3 daripada yang tadi.
Yang gelap tu berasaskan kopi.
Oh.. Ada juga yang besar sikit harga
 RM17, tapi akak tu tolak RM15 je.
Bila kira total. 4 ringgit terlebih tu dia potong sebab nak genapkan. RM4.00 ni maknanya dia dah jual 4 kek tu dengan harga tahun lepas. 

Mungkinlah ada untung tetapi akak ni tak mengoptimumkan keuntungan dia. Semuanya serba mudah dan dia memudahkan urusan. Mungkin inilah contoh peniaga yang Nabi SAW sebut dalam hadis tu. Fikir aku.

Kalau dia tetapkan RM13.00 dan RM50.00 pun aku ambik je. Kan aku dah ready. 

Tapi ini harga bukan harga bukak dekat booth tau. Itu kena kira kos sewa booth pulak. Bargain la sendiri dengan akak ni nanti. Harga aku ada tanya tapi aku tak nak bagitau.

Tahap kesedapan.

Keliatan yang merah itu baru keluar dari oven ya.
Panas lagi. Tu ada wap sikit.
Bertahun-tahun dah aku ambik dari akak ni. Setakat ni among the bestlah. Kek dia sedap dan bukan jenis kering. Resepi dia susur galur dari Sarawak juga. Tapi aku tak nak promote sangat nanti setiap tahun stok cepat habis macamana aku nak beli kan. Lainlah kalau akak ni besarkan lagi bisnes dia tambah modal dan pekerja. 

Kesimpulan cerita aku, itulah beza dia orang berniaga tak tipu dengan orang berniaga penuh dengan penipuan pada setiap peringkat tindakan. Antara orang yang nak untung berlebih-lebihan dengan peniaga yang bertimbangrasa. 

Pilihan di tangan anda. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...