Saturday, 4 July 2015

Bang.. ye abang tu.. nak cakap sikit boleh..


Bang.. Camnilah.. Kalau kita nak sesuatu, kita doa.

Kalau kita rasa kekurangan dan perlukan sesuatu. Kita mengaku kekurangan kita dan kita minta dengan Yang Maha Kaya.

Memanglah hidup ini penuh dugaan. Kita ditakdirkan mendapat rahmat dengan lahir sebagai orang Islam. Kita tahu ini agama yang benar kita nak pengakhiran yang baik. Kita nak mati juga dalam Islam. Kita tahu sebab akibat itu.


Ni nak cakap pasal Law Of Attraction ni. Dikaitkan juga dengan power of subconscious mind. Ramai yang terpengaruh. 


Benda ni sebenarnya menjurus kepada kesesatan. Camnilah bang, kalau abang buat benda ni ikut cakap puak-puak humanisme tu, kalau betul menjadi maka dikhuatiri benda ni istidraj.


Camana puak2 ni buat? Dia akan membesarkan “keAKUan” tu. Dengan proses meditasi, konsentrasi, penumpuan, bertapa, fokus dan macam2 tekniklah.

Dunia ni fitnah bang ye. Buat macam tu, yang macam dia orang ajar tu, lagilah fitnah dunia. Kononnya mereka ni praktis kemudian dapat segala yang diinginkan. Bagi mereka alam ini macam pamplet yang kita boleh order macam-macam benda.


Nak order, itu yang masuk proses membesarkan AKU tu. Aku jadi ini, aku boleh kaya, aku dapat mercedes, aku dapat duit, aku boleh jadi apa yang aku nak, besok aku dapat ini, besok masalah aku hilang dan macam2 lagi sebagai mantra yang diulang-ulang.


Biarlah mereka buat dan benda ni menjadi kepada mereka. Kerana bagi kita, yang menjadi rahmat itu bila benda ni tak menjadi.
Itu menunjukkan kita dapat rahmat khusus. Jalan yang ditunjuk Tuhan. Semoga kita dapat yang itu. Itu yang elok tak menjadi dari jadi. Sebab menjadi di situ dah jadi fitnah dan sesat.


KeAkuan itu syirik. Dibesar2kan kita dah activate fitnah. Fitnah ni cobaaan. Cubaan duniawi.


Lantaklah dia orang tu kalau menjadi pun. Kalau berjalan atas angin sekalipun.

Kalau nak sesuatu, kita terbalikkan jalan mereka tu, dan kita jumpalah satu jalan lain. Jalan tawakal. Jalan mengaku diri kekurangan. 


Aku bodoh. Aku lemah. Aku kurang.


Ulang-ulangkanlah ia.


Tapi janganlah stop kat situ. Bodoh betul pulak nanti.


Camni. 



aku bodoh sedangkan Engkau Yang Maha Mengetahui, (اَلْعَلِيْمُ)
aku lemah sedangkan Engkau Yang Maha Perkasa, (اَلْقَدِيْرُ)
aku miskin sedangkan Engkau Yang Maha Kaya. (اَلْغَنِيُّ)

Itulah jalan terbalik kepada law of attraction tadi. Yang sebenar-benarnya law of attraction tu yang terbalik. Dalam keadaan macam ni tiada masalah kita merasa bodoh, lemah dan kurang bila kita tahu ada Yang Mencukupkan. Yang Maha Mendengar dan Melihat permohonan dan aduan kekurangan kita.


Bukan AKU itu segala-galanya. Itu syirik kerana menisbatkan diri dengan kudrat yang mutlak.

Ok.. itulah jalan. Tapi kalau degil jugak, nak jugak mengamalkan apa kesesatan yang dia orang ajar tu. Apa kata aku tunjuk jalan shortcut dia yang paling power. Yang dia orang ajar tu tahap2 rendah je bang, buat pun tak jadi-jadi kan...


Buat mantra yang Firaun pakai.. 


Aku Tuhan kamu yang Maha Tinggi. Sanggup?? 

Tapi aku tunjuk sebab nak kata benda ni sesat. Modul Law of Attraction tu sesat. Besok mati tanggunglah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...