Sunday, 12 July 2015

Tragedi Lowyat 12 - 13 Julai 2015 : Mencari Penyelesaian Yang Menyeluruh



Kisah mengenai penipuan yang berlaku di Lowyat ini bukanlah satu rahsia dan kerap kali timbul perbincangannya di media sosial. Ia melibatkan sesetengah peniaga yang mempunyai tabiat menipu pelanggan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. 

Sehinggakan ia seolah-olah menjadi satu budaya dan dikaitkan pula dengan sesuatu kaum tertentu. 

Kita cuba tengok isu ini dan lihat apakah punca sebenarnya. Adakah kejadian ini berlaku semata-mata isu perkauman?


Kejadian pada malam 12 Julai adalah rentetan daripada kejadian yang berlaku pada 11 Julai 2015 yang mana telah berlaku pergaduhan di antara 7 orang lelaki melayu dengan peniaga-peniaga Oppo di Plaza Low Yat. 



Insiden pergaduhan ini masih lagi di dalam siasatan pihak Polis. Siasatan tersebut bertujuan mencari pihak yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang dan seterusnya dikenakan pendakwaan melalui proses mahkamah. Siasatan polis di bawah undang-undang berkenaan adalah spesifik kepada kemungkinan berlakunya kes jenayah. Ada juga isu lain yang melibatkan kuasa penguatkuasaan undang-undang agensi lain seperti KPDNKK bagi hal-ehwal kepenggunaan.



Dalam tragedi Low Yat ini, perlulah kita lihat adanya 3 perkara penting yang berlaku.

  1. Insiden pergaduhan 7 melayu dengan peniaga Lowyat.
  2. Viral cerita insiden di media sosial dan internet
  3. Insiden perkumpulan dan rusuhan pada malam 12 Julai 2015 sehingga melepasi pukul 12 malam ke esoknya pagi 13 Julai 2015.
Kita lihat dari sebab akibat, insiden 1 mencetuskan insiden viral dan 2. Viral pula adalah sebab kepada akibat (insiden 2). Oleh itu apakah yang berlaku dalam Viral yang menyebabkan insiden 2.

Apa isu yang diviralkan?

Jika isu perkauman juga ada disentuh, persoalannya adakah itu menjadi punca utama? Jika kita lihat dan mengamati secara teliti, bukanlah isu perkauman yang menjadi faktor utama insiden ini menjadi viral. Tetapi isu ramai pelanggan yang merasakan tertipu ketika berurusan dengan peniaga-peniaga di Low Yat.

Walaupun tidak semua peniaga yang mungkin bersikap sedemikian tetapi pengalaman yang dialami oleh ramai orang yang menjadi pelanggan di Low Yat menjadikan ianya mudah viral dan akhirnya mempengaruhi orang ramai untuk melakukan sesuatu.

Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan meletakkan pelaku-pelaku yang sama kepada senario yang berbeza. Jika 7 orang melayu itu diletakkan berada dalam situasi berlainan tetapi masih lagi melibatkan peniaga atau perusahaan cina.

Katakan 7 orang itu bergaduh..
  1. Di kaunter Old Time White Coffee kopitiam. 
  2. Di kedai runcit milik seorang tokei cina.
  3. Di kaunter Hong Leong Bank.
Sudah tentu suasananya berbeza dan isu tidak akan menjadi viral seperti isu Low Yat. Mengapa? Sebab dalam contoh-contoh itu tidak ada satu isu yang Plaza Low Yat miliki. Iaitu adanya peniaga-peniaga yang bermasalah dan menipu pelanggan berkali-kali. Ianya akan dilihat sebagai kejadian terpencil yang akan hanya melibatkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan. 

Jika mereka meminta tolong orang melayu yang lain pun sudah tentu tidak dilayan kerana orang-orang melayu tidak melihat adanya sebab untuk mengambil tindakan sendiri seperti kes di Low Yat.

Sudah tentu adanya sesuatu yang menjadi punca utama. Kejadian melibatkan 7 orang itu hanyalah trigger semata-mata. Selain daripada menipu terdapat juga aktiviti yang melanggar undang-undang lain seperti mencuri nombor kad kredit. Sila lihat di sini.

Faktor menipu ketika berniaga bukanlah sebenarnya khusus untuk Plaza Low Yat semata-mata. Seperti contohnya dalam kenyataan yang dinisbatkan datangnya dari seorang gadis cina ini. Ia berlaku juga di tempat lain. 

Insiden 7 orang melayu ini hanyalah trigger kepada ketidakpuashatian orang ramai terhadap budaya berniaga yang bermasalah ini. Oleh itu samada 7 orang melayu ini sebenarnya bersalah atau tidak, atau berapa peratus kesalahan yang disumbang mereka tidak menjadi persoalannya bila dilihat dari sudut gambaran yang besar sebegini.

Oleh itu pihak berkuasa perlulah melihat persoalan ini secara menyeluruh dan bukannya sekerat-sekerat. Janganlah kita menyelesaikan masalah ini seperti kata orang putih "sweep under the carpet”. Jika itu berlaku maka sebenarnya masalah tidak selesai walaupun keadaan menjadi reda sementara.

Bila masalah tidak selesai, budaya menipu yang diamalkan oleh puak tertentu ini akan meningkat sehingga ke tahap yang tidak dapat dibendung. Kerana mereka semakin yakin dengan cara menipu itulah menjadi faktor utama bagi mereka untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Mereka yakin pihak berkuasa pula lemah longlai bagi mengambil tindakan dan melindungi pembeli.

Janganlah hanya menjerit-jerit untuk menghentikan isu perkauman sahaja.
Kerana ada yang tidak merasakan begitu.
Serulah kepada penyelesaian yang menyeluruh. 
Apa yang berlaku seterusnya adalah vicious cirle. Ketidakpuashatian pelanggan-pelanggan akan bertambah meningkat. Kali ini akan menjadi berganda-ganda daripada dahulu. Dan hanya memerlukan satu trigger untuk tragedi atau pun malapetaka seterusnya.

Dan perlu diulangi, trigger itu tidak memerlukan berlakunya sesuatu yang rasional. Rasional atau tidak, pokoknya semua sudah terlambat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...