Sunday 15 July 2018

Kulinari : Nasi Lemak Royale


Dah lama pakcik hidup, baru ni lah pakcik berpeluang menjamah nasi lemak royale. Maafkanlah kelemahan serta kejahilan pakcik yang tak terer ini. Hihi..

Apa die nasi lemak royale. Pakcik rasa benda ni datang dari utara. Asal-usulnya ciptaan peniaga keturunan mamak. Rasa pakciklah. Sebab tu pakcik jumpa dekat restoran pun macam restoran mamak. 

Mungkin dari Pulau Pinang, wallahua'lam. 

Tapi pakcik nak cerita rasa dia.


Kalau tak pernah rasa mestilah nak buat analogi. Analogi ni macam kita kata kat orang putih rasa rambutan tu macam laici. 

Mungkin bukanlah seratus peratus rasa macam tu. Tapi dah namanya pun analogi, nak kasi orang ada idea apa rasanya tu. 

Soalan pertama : Adakah rasa nasi lemak royale macam nasi lemak biasa yang kita jumpa?

Ni rasa pakciklah. Mungkin yang lain tak sama rasa macam tu. Mula-mula pakcik makan tu pakcik pun tercari-cari dari mana rasanya yang boleh dikatakan makanan ni adalah sejenis nasi lemak?

Pada mulanya memang tercari-cari. Tetapi akhirnya minda pakcik telah meletakkan makanan ini sebagai satu rumpun dengan nasi lemak. 

Sesuai dengan hasrat perekaciptanya yang mahu ia dikenali sebagai nasi lemak. Tu sebab nama dia Nasi Lemak Royale. Bukan Nasi Ayam atau Nasi Biryani.

Jawapan kepada soalan tadi, rasanya seakan-akan nasi lemak tetapi tak sama macam yang nasi lemak Melayu yang biasa kita makan.

Kalau hendak diperincikan lagi, rasanya seakan-akan nasi minyak. Nasi minyak yang dicurahkan kuah sambal merah gelap. Rasa sambalnya adalah manis tetapi tidak terlalu manis. 

Likat sambalnya sama macam kuah daging kicap mamak tu. Sebab kuah daging tu pun ada sebelah bekas sambal tu.


Secara automatik, kuah dia akan bagi banjir tanpa diminta-minta.
Soalan kedua : Apakah warna nasi lemak royale?

Warna kuning. Tu sebab pakcik ingat macam nasi minyak.

Soalan ketiga : Apa lagi kelainan nasi lemak royale?

Asasnya ialah nasi kuning dan sambal tu. Tak tahulah kenapa tapi dah berapa kali pakcik mintak dia bagi nasi kuning dan sambal tu. Tak ada ikan bilis. Tak ada telur rebus. Tak ada kacang. 

Kalau tengok dekat gambar tu, sayur bende, ayam, lada besar dan kubis tu saja pakcik tambah. Dan kombinasi begitu memang ideal.

Soalan keempat : Adakah rasanya sedap dan berbaloi untuk mencuba?

Rasa memang sedap. Pakcik pun dah beberapa kali mengulang. Setiap kali sampai je mamak tu dah senduk terus nasi lemak royale. Macamana dia tahu pakcik nak order yang itu pun tak tahulah pakcik.

Harga kalau macam dalam pinggan tu dalam RM8.00 lebih. Bebaloilah bagi sesiapa yang ingin mencuba. Terutama sekali bagi peminat-peminat nasi lemak. 

Soalan kelima : Apakah pelajaran yang dapat dipelajari daripada peristiwa bertemu Nasi Lemak Royale ini?

Kau jangan nak tau makan je tapi tak nak belajar. Ilmu ni kita pelajari walaupun melalui pemakanan nasi lemak. 

Dari segi bisnesnya, kita dapat pelajari yang kita boleh saja melakukan inovasi kepada produk-produk makanan. 

Sekali pakcik makan Nasi Lemak Royale ni, pakcik terfikir kalau macam ni nasi ayam dicurah dengan sambal ayam masak merah pun boleh didakwa sebagai nasi lemak.

Pernah tak makan ayam masak merah rasa dia seakan-akan sambal nasi lemak? Pakcik pernah makan tu sebab pakcik cakap macam tu.

Point pakcik, kalau pereka ciptanya boleh buat satu produk nasi lemak yang luar dari kebiasaan. Tetapi ianya sedap dan diterima oleh market apalah salahnya. 

Akhir sekali pasaranlah yang menentukan kedudukan dan untung-ruginya satu-satu produk tu.

Selamat mencari dan mencuba Nasi Lemak Royale.

Babaii..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...