Tuesday, 30 September 2014

Betul ke Google Street View tak selamat ?


Sejak dua tiga hari ni dekat media sosial ramai yang sedang memperkatakan pasai Google Street View ni. Ramai jugak yang suka dengan menatang ni dan tak kurang jugak yang rasa tak selesa dan tak selamat.

Kalau korang nak tahu, boleh di katakan Google Street View ni dah cover seluruh Malaysia. Kalau dulu kita hanya boleh tgk map atau imej satelit sekarang ni kita dah boleh tengok gambar jalan termasuk bangunan yang ada disekelilingnya. Menarikkan ???

Macam mana diorang buat menatang ni ???

Nak kata senang pun tak gak tapi korang pernah terperasan atau terserempak dengan keta ni tak ???


Proton Iriz videos by Paul Tan

Interesting interview with a lot of attractive information about the design of Proton Iriz. Eager to see live and to test drive one.



MENGEMBALIKAN KHALIFAH oleh Tun Dr Mahathir


1. Umat Islam sekarang sudah sampai ke peringkat cemas dan bahaya. Bahayanya bukan hanya kepada diri mereka tetapi kepada agama mereka. Ini adalah oleh kerana agama Islam sudah di hijack oleh pihak tertentu yang mengganti ajaran Islam sebenar dengan ajaran yang bertentangan dengan Islam. Apabila ajaran ini dikembangkan oleh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan, ulama dan umarak enggan membantah, bahkan ada yang agak tertarik dengan ajaran-ajaran ini. Dengan sikap ini agama Islam akan menjadi lain daripada Islam yang diwahyukan kepada Nabi oleh Allah s.w.t.

Menteri KPKT pulak menjawab twitter DAP


Berikut adalah jawapan melalui twritter daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan apabila dituduh sebagai rasis oleh DAP dalam usaha beliau menangani penipuan pemaju perumahan yang menipu pembeli bumiputera. 

Ianya berkaitan surat daripada seorang pemaju perumahan yang menyiasat mengenai harga jualan rumah untuk bumiputera yang tidak mengikut harga sepatutnya. Posting surat berkenaan di sini. 

Monday, 29 September 2014

Menteri Dalam Negeri jawab sms blogger Din Turtle!!

Ni berasal daripada perasaan tak puas hati blogger Din Turtle terhadap gambar di bawah ini..


Dia pun smslah Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri. Ingatkan tak dijawabnya, tapi tiba-tiba sms masuk dan berbunyi begini..

NEGARA ISLAM (I.S.) - Tun Dr Mahathir

Gambar dulu-dulu.
1. Di Iraq satu gerakan Sunni sedang melanggar dan menawan sebahagian yang tidak kecil dari negara itu. Kita membaca berita bahawa pasukan ini berjaya merampas wilayah ini dengan menewas tentera Iraq.
2. Pasukan IS ini adalah begitu ganas sehingga sanggup menembak mati askar Iraq yang beragama Islam yang ditawan. Kita dapat lihat dalam media alternatif bagaimana tawanan mereka dipaksa duduk sederet dan satu demi satu ditembak dari belakang dan jatuh tersungkur.

In defence of true teaching of Islam.


There are so many tribulations nowadays. Matched precisely with what was foretold by the Prophet (Pleased be upon him). In one saying, a tribulation is said like a condition of a black ant on a black stone in a dark night. One hardly knows the truth. The actual facts are hard to be known. Because there are so many other false information being disseminated to represent the truth.

Nowadays, Islam the religion, being harassed with character assassination by numerous groups with specific agendas, in order to instill in minds of the people at large so that they only know of Islam except extremism and evilness.

The international media propaganda goes on to the extent that they labeled certain militant group by the name “Islamic State”. Of course, with the hope that it gives certain characterial damage to the name which actually refers to an attribute of a state.

So what is Islam is all about then?

Sunday, 28 September 2014

Mana untanya? Cer zoom sikit !!

Gambar dari National Geographic
Kecoh kat whatsapp gambor unte-unte. Ingatkan yang hitam tu unte. Tetapi bukan. Kita cuba zoom sikit tengok mana untanya..

Saturday, 27 September 2014

Belajar dari Apple – Keistimewaan Macbook

Aku nak tunjukkan satu benda ja, Macbook Apple. Aku memang pakai Macbook Apple dan aku dapati “laptop” Apple ni sangat praktikal.

Sampai ketika aku bawak Macbook ni dalam satu worksyop dulu, ada seorang rakan business aku menyindir aku dengan perkataan “Apple Fanboy”. Selama memakai Macbook Apple ni itulah pertama kali aku mendengar perkataan “Apple Fanboy”. Sebabnya aku pakai Macbook bukan sebab aku taksub kepada Apple. Aku tak pernah memiliki Iphone pun. Betul.. tak ada. Kalau brand, aku lebih cenderung kepada Toshiba. Laptop aku dulu Toshiba. Water boiler, hardisk dan mesin basuh aku Toshiba.

Tapi kenapa aku pakai Macbook sekarang? Inilah beberapa kelebihannya.

Viral : TIPU DAYA HALUS PEMAJU PERUMAHAN TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA


Sebuah Blog iaitu dinturtle.blogspot.com telah membuat posting berkenaan satu surat yang dikatakan telah menjadi viral dalam Whatsapp. Surat ini mendakwa pemaju perumahan tertentu telah menipu pembeli bumiputra sehingga mereka sebenarnya membayar harga rumah lebih daripada harga sepatutnya. Jika ini benar, ianya adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak hairanlah ketika ini ramai orang-orang Melayu merungut tidak mampu untuk membeli rumah.

Kapada,

YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan

YB Dato',

Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.

Friday, 26 September 2014

Titah ucapan Sultan Selangor - Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana  dengan  limpah  dan  kurnianya pada hari ini,  Beta  dapat  mengadakan Pelantikan  Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.  


Tu sebab nak mansuh Akta ni kena kaji betul-betul.

Mungkin sebab tak dapat menunjukkan kemaluan
sesuka hati di Malaysia menjadi alasan beliau lari ke Amerika.

Alvin Tan lari ke Amerika dan serang UMNO dari sana? Apa nak jadi ni?
Siap tunjuk fu** UMNO dari sana!

Thursday, 25 September 2014

Cacing dalam Sushi.

Siapa suka makan Sushi? Sushi daging ikan mentah ni ada berisiko bagi pemakan-pemakan. Kalau mentah maknanya banyak le parasit-parasit hidup yang ada dalam tu. Samada yang kita nampak atau tak nampak.
 

Wednesday, 24 September 2014

Kisah bisnes : The Loaf – Singgah di kedai Roti Tun Dr Mahathir.



Sebelum salah seorang author Incikposmen ni cari pasal dekat blog Che Det baik aku buat courtesy visit kat salah satu bakery Tun Dr Mahathir. Yang ni dekat  Pantai Cenang, Langkawi. 

Nak juga aku rasa makan rasa makan roti-roti bakery Tun ni. Apa kelebihan kedai roti Che Det ni?

Tuesday, 23 September 2014

Guan Eng kata PAS khianat : Bila PAS nak tarbiyah DAP ni? - Pak Long

Mampukah PAS membebaskan diri
dari dikawal orang lain?
Sejak "tahaluf siyasi" PAS bersama-sama DAP selepas terpengaruh dengan pesona Dato' Seri Anwar Ibrahim dan terhanyut dengan konsep asing makkal sakhti, PAS lebih dipengaruhi oleh parti DAP berbanding DAP dipengaruhi oleh Parti PAS.
"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor." Kata Lim Guan Eng.
Sumber Malaysian Insider.


Monday, 22 September 2014

MB Baru Selangor



Berakhir sudah satu filem epik yang panjang. Lagi panjang daripada semua filem-filem Lord of the Ring!

THE ISLAMIC STATE - Tun Dr Mahathir.

1. Suddenly, out of the blue almost there appeared in the Middle East a powerful force seemingly moved by a desire to set up an Islamic state, a Caliphate no less.
2. And this force has been amazingly successful. They have literally conquered swathes of Iraq and have set up a Government. They are set to advance further and the Iraqi forces have not really been able to stop them.
3. Where did they come from? Just like the Taliban they were created by the United States of America.

Saturday, 20 September 2014

Kisah-kisah mistik Shamsiah Fakeh (Update dari Pak Cik)

Buku Memoir Shamsiah Fakeh.
Tetapi dalam buku ini tiada kisah-kisah mistik tersebut.
Saya menulis lagi kali ini. Mungkin author-author lain agak sibuk dan tidak dapat melakukan penulisan. Mereka meminta saya untuk menulis lagi. Saya berfikir selepas itu tentang apa yang hendak ditulis. Apa yang boleh saya berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk bersama-sama dimanfaatkan. 

Kerana, saya memegang satu prinsip, apa-jua yang diperkatakan dan disampai akan dipertanggungjawabkan. Sekiranya kita melakukan salah pasti kita akan terima akibatnya. Jika tidak kita terima di dunia, maka kita pasti terima di akhirat.

Friday, 19 September 2014

QADA, QADAR & PARALLEL UNIVERSE - By Afterdark

Love this bro. So this is the third blogger I am messing with. After Helen and Zamkata. Next would be Tun Mahathir. Hahaha.. Just kidding bro.. 

I just like to give my view and comments on some of his articles. Just sharing what I know from my understanding. Hopefully I am able to be doing that soon. Since I am having slight difficulty of following certain concepts discussed that seems so privy to a fraternity discussion. 

Afterdark's articles are very informative, enjoyable, based on Islamic faith, critical as well as creative and worth reading. Mind you that we are messing with an author with a high level of mind thinking, clearly manifested through all of his articles.

By this posting I just like to share one of his article. As I said I would try to give my view on this article later on, in my future posting.  May be something from my experience and little knowledge on the "parallel universe" thing. This article may relates to a subject matter called metaphysic. He shared some of his view on the matter quoting parallel universe. Despite comments on muslim's faith of qada' and qadar. 

Sharing..

Khasiat daun sirih sebagai ubat batuk.


Saya masih diminta untuk menulis pada blog ini kali ini. Ini adalah permintaan salah seorang author blog yang meminta saya mengisi ruang waktu ketika author-author lain mempunyai urusan lain dan tidak dapat membuat sebarang penulisan untuk tempoh tertentu.

Saya sendiri tidak menjangkakan akan membuat posting kali ini. Tetapi tidak mengapalah. Saya asalnya bersetuju untuk menulis di dalam blog ini setelah melihat Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi sendiri menulis dalam blog masing-masing. 

Thursday, 18 September 2014

Awan yang aneh di Genting Highland

Awan yang keluar secara tiba-tiba dan tidak putus-putus.
Fenomena ini saya perhatikan dalam satu lawatan saya ke Genting Highland beberapa tahun yang lepas. Walaupun ianya telah lama namun demikian kejadian tersebut menjadi tanda tanya kepada saya  sehingga ke hari ini.

Awan yang muncul secara tiba-tiba

Wednesday, 17 September 2014

Kisah bisnes : Integriti



Memetik daripada artikel TheMalaysianinsider ketika membuat liputan mengenai ucapan Tun Mahathir ketika merasmikan buku Anas Zubedy, "Wahai Melayu" pada 11 September 2014.
He spoke of his experience running a bakery after his retirement from politics.

Apa salah dia?

Azmi Sharom, Lawyer dan Pensyarah
Universiti Malaya, juga seorang kolumnis The Star.
Aku baca artikel daripada kolumnis The Star ni hari ni. Aku tak kenal sangat dia ni. Kalau aku baca The Star pun, artikel dia jarang aku baca. Cuma kadangkala aku ada terbaca juga.

Seperasan aku mengenai pendekatan penulisan dia, memang menunjukkan yang dia seorang berani. Berani dalam memberikan pandangan. Sebab aku tak baca banyak maka aku tak tahulah sangat hala tuju penulisan dia.

Tapi baru-baru ini, kecoh sebab dia kena dakwa. Kena dakwa pulak di bawah Akta Hasutan 1948. Dah tu pulak, artikel dia keluar The Star hari ni. Kali ni aku tumpukan pembacaan aku tentang apa yang nak dia perkatakan. Aku cuba memahami apa yang berlaku. Mungkin dalam artikel kali ini dia bersifat defensive terhadap pendakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Tidak!

Tuesday, 16 September 2014

Risaukan perkembangan di Malaysia, Pak Lah buka blog sendiri?!!


Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 ini secara rasminya mempunyai blog beliau sendiri dengan artikel pertama yang berjudul...


Monday, 15 September 2014

Ada apa dengan buku novel Fixi?



Aku aritu tangkap sorang adik ni.. dan ugut dia. Aku paksa dia ceritakan rahsia kenapa generasi muda sekarang baca buku novel Fixi.

Inilah jawapannya.

Tips bisnes : Ada kalanya, connection bukan faktor penentu.


Connection semata-mata bukan faktor memudahkan urusan bisnes. Maksudnya terlalu bergantung kepada networking. Kadangkala kita explore kemungkinan yang ada.

Aku nak berkongsi pengalaman la sikit, sikit je la pengalaman bisnes aku ni. Maklumlah aku bukannya “terer”rist. Aku pulak takleh nak cerita detail sebab ini membabitkan client confidentiality. Ada seorang Ustaz aku tu ajar aku yang “pengajaran diambil daripada umumnya lafaz”.  So, aku cerita umum saja la k…

Don't Disturb Key Thrusts In Social Contract - Dr Ahmad Zahid Hamidi

BESUT, Sept 13 (Bernama) -- Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today reminded all quarters not to try to disturb the four key thrusts in racial relations printed in the Federal Constitution as the national social contract.

While stressing that Umno would be on the front line in defending the thrusts, Ahmad Zahid said any disruption of the thrusts would affect the racial stability in the country.

Saturday, 13 September 2014

This is no longer Dr Mahathir management era - by Pak Long @ incikposmen.blogspot.com


I repost this comment of mine which previously re-published in one posting of Blogger Zamkata.  This is my personal view and may not be representing the rest of the authors of incikposmen. Of course people may agree or disagree based on their own reasoning, experience and perhaps political inclination. 

Thank you blogger Zamkata for the attention. For readers, please ignore the grammar and spelling mistakes. Hahaha.

Friday, 12 September 2014

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) Malaysia meningkat 6.4% untuk suku ke 2.


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua 2014 mencatat pertumbuhan 6.4 peratus berbanding 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini.
Pencapaian suku kedua itu dijangka mampu melepasi sasaran 5.5 peratus tahun ini setelah KDNK separuh pertama mengukuh kepada 6.3 peratus berbanding separuh pertama 2013 sebanyak 4.4 peratus.

A Note to Helen - by Pak Long@incikposmen.blogspot.com



May Selangor represents major trending of all states in Malaysia?
A good point raised by Helen Ang.

This refers to previous posting on my response to an article by Helen Ang. The article was about the name of Malaysia. I did some commenting on the article and there was one reply by Helen that had raised a good point to think about. You can read my previous  writing here.

The full article by Helen can be reached here.

Just to note Helen that I have found the same ISMA banner at Kajang and the permit is approved by Majlis Perbandaran Kajang. You can see the picture at the end of this posting.

Thursday, 11 September 2014

Ratusan tentera amerika mendarat di Kuala Terengganu ???

Sejak semalam byk berita terutamanya di blog mengenai kegusaran orang terengganu yang melihat ramai tentera amerika mendarat di lapangan terbang KT. Katanya tentera amerika ni diterbangkan dari diego garcia!

Ada jugak rakan-rakan Incik Posmen yang share gambar-gambar aset ketenteraan amerika yg dikatakan di sebuah kem di terengganu.

Apa sebenarnya tujuan tentera amerika datang ke terengganu kitew ni reremai ????

V for Vendetta @ Guy Fawkes ni sebenarnya baik ke jahat?

Ada rasa spooky tak bila tengok wajah ni?

Topeng ni ada juga yang menamakannya sebagai topeng Anonymous.

Aku secara peribadi tidak menyukai topeng V for Vendetta ini. Pertama sekali bila aku lihat topeng ini ia mengingatkan aku kepada kepada gambaran rupa paras orang Portugis yang datang menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Mungkin aku silap. Mungkin orang asal yang menjadi muka topeng ini bukan orang Portugis pun.

Tarikh 11 September, Konspirasi 911.

KONSPIRASI 911
Siri 1


1) Majalah antarabangsa The Time meletakkan isu penyembunyian fakta mengenai kejadian menara berkembar World Trade Center, New York dirempuh 2 pesawat pada 11 September 2001 sebagai termasuk sebagai 10 konspirasi terhebat dunia bersama-sama yang lainnya seperti pembunuhan presiden Kennedy, kawasan 51 serta alien di US dan pertubuhan rahsia dunia (Freemason).


Wednesday, 10 September 2014

Bersabarlah adik-adik....



PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Kelebihan Iphone 6 dan Iphone 6 plus.


Iphone 6 dan Iphone 6 Plus.
“..tidak diragukan lagi ini adalah Iphone terbaik yang pernah kami (Apple) keluarkan” 
Tim Cook – CEO Apple.

 Mungkin mengkaji kelebihan hand phone paparan skrin besar yang diperkenalkan oleh Samsung dengan produk Samsung Note 1, 2, 3 dan 4. Apple kini mengumumkan pula Iphone terkini yang lebih besar paparannya tetapi lebih nipis.

Ianya dikeluarkan untuk 2 jenis model iaitu Iphone 6 dan Iphone 6 plus. Apakah kelebihan model terbaru Iphone ini?

Tuesday, 9 September 2014

Tahniah kerana berjaya menjawab soalan Matematik!


Di sini Pak Long nak ucap tahniah kepada satu Parti Politik ni. Sebab pimpinan ulamanya berjaya menjawab soalan Matematik yang ANEH haritu. Memang aneh soalan itu, sebab yang boleh menjawabnya hanya budak-budak sekolah. Kalau dah jadi orang dewasa susah pulak nak jawab soalan matematik tu. 

Bagi yang belum tahu apa soalan matematik yang ANEH tu bolehlah skroll ke bawah, lihat ada satu posting tentang itu. 

Hikmah soalan matematik yang ANEH itu

Monday, 8 September 2014

Nak Pegi Oversea ? Dah check LHDN ?

Korang ada plan nak pergi cuti-cuti oversea ? Kalau ya pastikan korang bukan setakat clear PTPTN tapi juga LHDN.

Berkuatkuasa 25 Ogos 2014 LHDN akan mula menyenarai hitamkan pembayar cukai pendapatan yang masih belum melunaskan cukai mereka bagi perjalanan ke luar negara.

Untuk semakan senarai hitam luar negara sila ke http://sspi2.imi.gov.my

--------------------------------------------------------------------------------

The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.

 If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.

Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.

http://sspi2.imi.gov.my

Apa itu “nisbah”? Tanya Mata Najwa. (Bahasa Indonesia vs Bahasa Malaysia)



(Update video penuh program Sayed dan Najwa di bawah)

Hahaha.. Malam ini aku aku duduk depan TV lagi lepas seharian berurusan bisnes dengan klien-klien.

Kali ni aku menonton program Sayed dan Najwa. Sayed Munawar merupakan pengacara senior RTM manakala Najwa Shihab atau nama sebenarnya Sharifah Najwa adalah pengacara terkenal yang mengacara rancangan Mata Najwa di Indonesia.


Aku tergelak dalam hati bila Najwa bertanya maksud perkataan “nisbah” yang digunapakai Sayed Munawar ketika menyoal pengalamannya sebagai pengacara yang masyhur. Sayed kemudiannya menggantikan dengan perkataan inggeris “ratio”. Barulah Najwa faham dan menjawab soalan Sayed.

Are Malaysians racist? (WARNING EXPLICIT DIALOGUE)

Tahniah dan syabas admin ucapkan kepada Naga DBB atas penghasilan video klip ini.

Sunday, 7 September 2014

Kederat vs Mesin

Agak-agak korang cara potong rumput macam mana yang paling pantas ?

 

Tips bisnes : Buat surat anda dalam Powerpoints?


Pernah tak anda dengar syarikat-syarikat besar antarabangsa mereka tidak menggunakan Microsoft Word atau yang setaranya macam OpenOffice bagi tujuan menyurat hatta dalam penulisan laporan sekalipun. Sebaliknya mereka menggunakan Powerpoint untuk menulis surat kepada bos-bos ataupun dari top management kepada orang bawahan!

Piket GAMIS di kementerian dalam negeri, komen-komen pedas di Facebook.

Aku terfikir macam ni. Sekarang ni PAS sedang berkecamuk dengan PKR. Mana ada masa dah nak organize event-event macam ni. PAS pun dah macam nak pecah. Tengah kritikal.

PKR lagi pulak terdesaknya. Nak tumpukan kepada satu-satunya pencalonan bini orang tertentu untuk jadi Menteri Besar negeri tertentu. Lawan titah Sultan lagi. Takda masa jugak kan.

Lagi satu, piket ni berlaku selepas kejadian satu pasukan yang tidak sah ditubuhkan oleh parti politik tertentu telah dikenakan tindakan oleh Polis. Hmm...

Adakah pelajar-pelajar yang berpiket ini faham setiap kandungan
Akta Hasutan yang dituntut untuk dimansuhkan itu?

Kalau mereka tak faham apa pun pasal Akta tu
maknanya rela diperalatkan.
Siapakah dalang disebalik piket ini?

Saturday, 6 September 2014

Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun

KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.

Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.

Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.
Dr Masaru Emoto.

Soalan matematik yang ANEH!!

Ini adalah satu soalan matematik yang aneh. Kenapa aneh? Sebabnya kalau bagi soalan ni kepada murid-murid sekolah rendah dah tentu mereka dapat jawab dengan mudah.

Tapi jika diberikan kepada orang-orang dewasa, ramai yang kantoi. Sehingga mereka yang tahap professional, ahli-ahli akademik, ahli-ahli parlimen, peguam-peguam malah guru-guru yang mengajar matematik pun kantoi jugak dengan soalan ni!

Soalan yang aneh itu ialah..

Tarikh 7 September... Mengingati Sejarah “Dawn Raid”

Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London 
pada 1981.



Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.


Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.



Friday, 5 September 2014

Perhatian Perokok!

Perhatian Semua Perokok!
Berikut adalah harga baru rokok-rokok kegemaran anda!
Mungkin lepas tgk ni ada antara yang dah berkira-kira nak berhenti.... he he he

#FitMalaysia


Jeritan batinku....

Wow! Berbakat betul anak kecil ini... Sedap betul dia nyanyi lagu ni... Siap main gitar lagi...

Bukan senang nak nyanyi lagu jeritan batinku ni...

Admin pun tak lepas kalau nyanyi kat karoke ! :)

PPS kerajaan DAP vs Askar Sultan Johor.


Ada orang tanya apa beza..

1) Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan DAP
2) Pasukan Tentera Sultan Johor (Johor Military Force)

Kenapa Sultan Johor boleh tubuh pasukan tentera sendiri sedangkan kerajaan DAP, Pulau Pinang nak buat pasukan “enforcement” sendiri tak boleh?


Jawapannyaa... ialah.

Kenapa PPS diharamkan?

Oleh Salleh Buang, PENULIS ialah Penganalisis Undang-undang


"..sekalipun ia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, apakah fungsinya boleh meliputi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam? " - Salleh Buang.

Thursday, 4 September 2014

Luangkan masa anda dan tonton klip ini....

Admin nak share bagaimana sebuah kelab La Liga Sepanyol memberikan penghargaan kepada seorang peminatnya, Gohan yang menghidap kanser. Begitu menyentuh hati.

Indonesia rindu kesultanan, bangsamoro berperang tegakkan kesultanan, ada rakyat Malaysia nak buang Sultan?


Selepas penat berurusniaga sepanjang hari, aku pun malam ni duduklah depan TV.  Malam ni aku menonton rancangan Titian Ombak oleh TV Al-Hijrah. Rancangan kali ni menceritakan kisah Palembang, Indonesia dari segi sejarah kesultanan, kedatangan Islam dan peperangan Palembang dan Belanda.

Apa yang menarik bagi aku ialah bila wakil TV Al-Hijrah yang membuat liputan daripada Palembang itu di sambut oleh Sultan mereka dan baginda bermurah hati untuk turut sama terlibat dalam menerangkan sejarah makam-makam di Palembang. (Malah turut menjadi model iklan di akhir rancangan bagi mempromosikan produk Auralife!! Video di bawah)

Kopi Beracun ??

Kuala Lumpur – Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.

Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.

Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain. – Harian Metro

5 Pengajaran Cinta Untuk Anda Semua Dari Drama Rindu Awak 200%

 
 
Drama yang menjadi sebutan ramai, lakonan pelakon kacak Zul Ariffin dan Ayda Jebat baru saja berakhir . Penulis pasti, ramai yang mula rindu ternanti-natikan drama itu, kan? 

Penulis pun sama. Tetapi tahukah kamu, ada banyak pengajaran dalam percintaan dan perhubungan yang boleh kamu pelajari dari drama keluaran TV3 tersebut? Kami kongsikan lima pengajaran yang boleh kamu pelajari dari drama bersiri Rindu Awak 200%.

1) Percaya kepada pasangan
Kunci utama dalam sesebuah perhubungan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, perhubungan takkan kemana. Walaupun ada yang mengatakan, simpan sedikit rasa ragu kamu. Namun jika kamu terlebih ragu dari percaya, adalah lebih baik kamu lepaskan saja si dia. Jangan sesakkan kepala kamu lagi.

2) Sentiasa bersedia untuk dengar sesuatu perkara dari pelbagai pihak & pelbagai sudut
Jika kamu mendapat tahu tentang sesuatu perkara, terutama perkara yang berbaur negatif, kamu haruslah memberi ruang kepada diri kamu untuk mendengar tentang sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut atau dari pelbagai pihak. Jangan dengar dari satu pihak saja, kerana kemungkinan besar apa yang dinyatakan berlainan dari perkara sebenar.

Wednesday, 3 September 2014

@pretty_preyana... nama Twittermu tak secantik adabmu.

Sedih admin bila terjumpa tweet yang tidak bertanggungjawab dan biadap seperti ini.



Ada juga org yang masih lagi ingin menyemarakkan api kebencian perkauman dan menghina Institusi di Raja. Orang jenis apa ini ?


Tuesday, 2 September 2014

Malaysia Berada Di Kedudukan Ke-20 Laporan Daya Saing Global 2014-2015

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 melonjak ke tangga ke-20 daripada kalangan 144 negara, mendahului ekonomi maju seperti Austria, Australia, Perancis dan Korea Selatan.

Tahun lepas, negara berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.


Info Ringkas dan Padat mengenai PPS

Semalam admin ada share kenyataan Tun M yang menyokong tindakan PDRM mengahan anggota PPS.

Hari ni pulak admin nak share dengan korang sebuah klip yang diambil daripada YouTube, temu bual Astro Awani dengan Kamal Affandi, Penganalisis Jenyah dan Keselamatan mengenai PPS.

Ringkas dan Padat.

10 Masjid tercantik di dunia....

Masjid Zahir, Kedah
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi

Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.

2) Masjid Nabawi

Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi
Muhammad SAW.

3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin

Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

4) Majid Zahir, Kedah, Malaysia

Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.


Monday, 1 September 2014

PPS : Tindakan Polis Betul - Tun M

 KUALA LUMPUR: Polis bertindak betul dengan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang pada Ahad, kata Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Menurutnya, Malaysia bukan sebuah negara yang membenarkan kerajaan negeri mengambil alih peranan polis, atau memberi layanan istimewa kepada mana-mana badan beruniform yang berlagak seperti polis.

Dr Mahathir berkata pasukan sukarela itu dilihat mencabar polis dengan mengambil bahagian dalam sambutan Merdeka di Pulau Pinang walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.

Katanya, kumpulan itu seolah sengaja menggunakan hari istimewa Merdeka untuk melanggar undang-undang dan memburukkan imej polis.


Proton Iriz


Proton telah mengeluarkan gambar-gambar 'teaser shot' kereta melalui micro sitenya http://www.betulbetulonz.com.my/.  Bergaya dan sporty juga compact car pertama daripada Proton ini. Dikhabarkan Proton Iriz akan di datangkan dengan dua jenis enjin yang berkapasiti 1.3 liter dan 1.6 liter dengan teknologi VVT. Variasi warna masih belum diumumkan dan dijangkakan ianya akan dilancarkan pada penghujung September ini.

Indonesia yang sentiasa sentimental dengan Petronas

Artikel ini digarap setelah membaca laporan-laporan media Indonesia seminggu dua ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...