Monday 29 September 2014

Menteri Dalam Negeri jawab sms blogger Din Turtle!!

Ni berasal daripada perasaan tak puas hati blogger Din Turtle terhadap gambar di bawah ini..


Dia pun smslah Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri. Ingatkan tak dijawabnya, tapi tiba-tiba sms masuk dan berbunyi begini..

Untuk makluman semua, ramai yang salah tanggapan dan saya telah jelaskan banyak kali termasuk dalam ucapan2 saya bahawa PDRM telah melakukan semua siasatan jika ada laporan polis dibuat.
Polis perlu memperolehi perintah tahanan dari Majistret untuk menahan bagi tujuan melakukan siasatan sahaja. Itu pun untuk beberapa hari saja untuk tujuan siasatan.
Setelah itu, Polis membuka Kertas Siasatan ( Investigation Paper - IP ). Semua IP akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan. PDRM tidak boleh mendakwa. Itu kuasa AG.

PDRM juga tidak boleh menjatuhkan hukuman. Itu kuasa Mahkamah.
( berkaitan kes Namewee ) siasatan telah lama selesai dan kertas siasatan (IP) telah sekian lama diserahkan untuk tujuan pendakwaan. 
Semoga penjelasan ini telah memberi pencerahan terhadap tugas Polis. Harap sebarkan ....


Sumber artikel blogger DInturtle di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...