Tuesday 16 September 2014

Risaukan perkembangan di Malaysia, Pak Lah buka blog sendiri?!!


Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 ini secara rasminya mempunyai blog beliau sendiri dengan artikel pertama yang berjudul...



Erti Kemerdekaan dan Perpaduan

Berikut adalah beberapa petikan daripada blog beliau.

"Janganlah kita cuma bersatu padu bila ada keraian atau bila menyambut kemenangan. Janganlah kita hanya bersatu padu apabila berlakunya tragedi atau bencana. Semangat perpaduan  mesti sentiasa kekal tersemat dihati dan bukan bermusim sahaja.
Penyatuan kaum adalah penting, tapi janganlah kita memupuk perpaduan dengan cara menakut-nakutkan rakyat akan implikasi perbalahan tanpa batas. Ambillah iktibar dari tragedi 13 Mei, tapi janganlah kerap mengungkit peristiwa tersebut. Kita harus pandang kehadapan."
"Boleh ada perbezaan pendapat dan fahaman politik, tapi janganlah sampai berbalah tak terbatas.
Kerajaan yang dipilih secara demokrasi patut diberi peluang untuk mentadbir. Baik kerajaan BN ataupun kerajaan Pakatan. Begitulah juga dengan pemimpin, kalau dia telah dipilih mengikut amalan demokrasi, berilah dia peluang untuk mentadbir kerajaan secara adil dan saksama. 
Manusia tidak terlepas dari kesilapan, apatah lagi  pemimpin yang juga seorang manusia. Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa manfaat."
Artikel penuh beliau boleh diakses di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...