Friday 5 September 2014

PPS kerajaan DAP vs Askar Sultan Johor.


Ada orang tanya apa beza..

1) Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan DAP
2) Pasukan Tentera Sultan Johor (Johor Military Force)

Kenapa Sultan Johor boleh tubuh pasukan tentera sendiri sedangkan kerajaan DAP, Pulau Pinang nak buat pasukan “enforcement” sendiri tak boleh?


Jawapannyaa... ialah.
Kita tanya encik Wiki. Kan senang macam tu. Wiki ni bolehlah untuk maklumat umum ataupun maklumat awal. 



Kata encik Wiki, tentang siapa pasukan tentera Sultan Johor ni.

Askar Timbalan Setia

Askar Timbalan Setia atau rasminya Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Temenggung Johor ke-2), Sultan bagi jajahan takluk Johor Darul Ta'zim. Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Kerajaan Great Britain; Ratu Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor.
Johor adalah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.

En Wiki turut menerangkan isu kenapa Askar Timbalan Setia Sultan Johor masih wujud hingga sekarang.

Cadangan Pemansuhan Askar Timbalan Setia



Kerajaan pusat Malaysia pernah dalam tahun 1994 mencadangkan pembubaran pasukan Askar Timbalan Setia berikutan krisis berkaitan isu Kekebalan Raja-Raja Melayu dan satu Rang Undang-Undang di panggil Johore Military Forces (Disbandment And Repeal) Bill 1994 telah digubal untuk dibahaskan di Parlimen.
Tetapi Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim negara ketika itu menasihatkan Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail di Istana Bukit Serene bahawa Askar Timbalan Setia Negeri Johor diwujudkan jauh lebih dahulu daripada Rejimen Askar Melayu Diraja dan penubuhan serta pengekalan pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah sebahagian daripada hak dan keistimewaan Sultan dan rakyat Negeri Johor. 
Dengan demikian, Tun Salleh Abbas berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak mempunyai hak untuk membatalkan keistimewaan hak tersebut tanpa persetujuan Sultan Johor. Pandangan Tun Salleh Abbas disokong oleh Neil Lawson, Q.C. yang menjadi Penasihat Perundangan kepada Raja-Raja Melayu semasa perbincangan menuntut kemerdekaan. Sehubungan itu, rang undang-undang ini tidak diambil tindakan dan terkubur begitu sahaja.
Makanya, apa masalah dia ni dengan Sultan Johor? 
Dah siap ada jawapannya pun dalam wikipedia. Memang sah secara undang-undang sebab dah wujud sebelum merdeka lagi, oleh tu kalau nak bubar kena tanya Sultan Johor dulu.

Petikan daripada therakyatpost.com
KUALA LUMPUR, Sept 2, 2014:MyWatch chairman R. Sri Sanjeevan has asked Khairy Jamaluddin to also question the existence of the Johor Military Elite Forces (JMF) after the latter supported the arrests of Penang Voluntary Patrol Unit (PPS) members in Penang.
Police had on Sunday detained 154 PPS personnel after the state Merdeka Day parade. PPS was one of the 96 contingents which participated in a march-past.
It was reported earlier that they were being investigated under the Societies Act 1966.
The JMF is a special security unit under the Royal Johor Military Force set up to protect the Johor Royal Family.
Sumber disini 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...