Showing posts with label Dr Hyman. Show all posts
Showing posts with label Dr Hyman. Show all posts

Sunday, 11 March 2018

Perubatan konvensional vs Perubatan berasaskan fungsi


Perubatan konvensional kebiasaannya akan hanya melihat simtom-simtom penyakit dan cuba menghilangkan simtom-simtom berkenaan dengan tanggapan bahawa jika simtom hilang maka penyakit akan hilang. Maka ubat-ubatan diberikan untuk menghilangkan simtom-simtom. Tetapi kebiasaannya penyakit itu muncul kembali kerana punca utama penyakit tidak diselesaikan dari awal lagi.

Berbeza dengan perubatan berasaskan fungsi yang mencari punca penyakit dan memberikan keutamaan kepada punca tersebut dalam mencari kesembuhan. Kaedah perubatan berasaskan fungsi  bukanlah memberikan ubat-ubatan konvensional semata-mata tetapi mengaturkan diet pemakanan yang berkhasiat yang mana individu yang dirawat memperolehi sumber zat yang sangat membantu dalam proses penyembuhan. 

Makanan sebagai ubat

Menurut Dr Mark Hyman, makanan yang baik itu sendiri adalah satu ubat yang sangat mujarab. 

Diet pemakanan yang baik dengan memasukkan sumber makanan yang membina otak dan badan serta mempunyai elemen penyembuhan dan pada masa yang sama mengeluarkan sumber makanan yang tidak baik seperti bahan bergula, karbohidrat yang diproses,  minyak tepu yang tidak sihat, makanan yang diproses secara pengilangan, makanan yang membawa alergi seterusnya menjalani gaya hidup yang sihat adalah memadai bagi merawat mana-mana pesakit walaupun datang dengan senarai penyakit yang bermacam-macam. 

Ada pesakit yang berasa hairan dan bertanya kepada Dr Mark Hyman kerana dalam masa 3 hari menjalani diet yang diberikan oleh Dr Hyman telah merasa sihat dan baginya tidak masuk akal. Kerana sebelum itu menderita pelbagai penyakit dan mengambil bermacam-macam ubat konvensional dan masih merasa tidak sihat dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. 

Tetapi hakikatnya itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika kaedah pengubatan menumpukan kepada mencari punca penyakit dan menyelesaikannya. Dan kaedah penyembuhan itu lebih mudah dan bukannya sukar seperti ramai orang sangkakan. 

Wednesday, 6 September 2017

Sains Berasaskan Pemikiran Manusia & Kisah Telur Ayam


Ilmu sains moden adalah berdasarkan kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara. Kefahaman manusia yang melalui proses fikiran akal boleh jadi betul boleh jadi tidak.

Pernah beberapa tahun yang lepas, para saintis khususnya yang mengkaji hal-ehwal pemakanan mengesyorkan agar tidak mengambil telur kecuali beberapa butir sahaja seminggu. Alasannya ialah telur mengandungi kolestrol dan kolestrol adalah tidak baik untuk kesihatan.

Kefahaman saintifik manusia pada ketika itu ialah kandungan kolestrol yang tinggi di dalam badan manusia adalah disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol tinggi. 

Kini kefahaman saintifik tersebut telah berubah. Dikatakan kolestrol yang terhasil di dalam badan manusia adalah kerana kolestrol yang dihasilkan oleh hati manusia kerana memakan banyak lemak tepu (saturated-fat).

Sunday, 5 April 2015

Adakah gejala penyakit Diabetes boleh diterbalikkan?


Kata Dr Hyman ya, ia boleh diterbalikkan melalui diet yang tertentu, nutrisi dan sedikit ubat-ubatan.

Dr Hyman adalah seorang doktor perubatan moden yang cenderung kepada functional medication atau perubatan berdasarkan fungsi. Pendekatan ini adalah menggunakan perubatan dan ilmu pengetahuan saintifik untuk mencari punca penyakit dan merawat punca tersebut, bukannya simptom.

Ini adalah sesuatu yang menarik, kerana seorang doktor itu seharusnya mampu untuk menganalisa punca penyakit pesakitnya dan mampu memberikan nasihat dan rawatan yang tepat. Bukannya hanya bergantung kepada buku teks yang dipelajari dan terus prescribe ubat kepada pesakit-pesakit kerana mungkin sahaja simptom-simptom itu tidak menunjukkan penyakit sebenar. 

Apabila seorang doktor itu benar-benar faham dengan ilmu perubatan dan yakin seperti Dr Hyman, sudah pasti dia akan berpegang dengan apa yang diyakinkannya tepat walaupun pandangan itu bertentangan dengan pendekatan perubatan moden. Sekiranya pandangan beliau itu tepat maka akan ramailah pesakit yang dapat kesembuhan atau berubah kepada kondisi yang lebih baik.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...