Saturday 2 September 2017

Rahsia Binari


Tuhan Pencipta alam semesta mengatakan bagaimana boleh Dia mempunyai anak sedangkan Dia tidak mempunyai sohibah atau pasangan yang layak bagi-Nya.

Maka diciptakan alam semesta itu dalam keadaan berpasang-pasangan. Perkahwinan di antara lelaki dan perempuan itu pun adalah matching. Ulama-ulama Islam mengkaji sumber Al-Quran dan Hadis dan telah sampai kepada kefahaman atau fiqh betapa pentingnya konsep kufu' dalam perkahwinan. Kerana faktor kufu' ini inilah orang berkahwin dan bercerai.

Kalau bercerai pula ada mungkin rujuk kembali. Tetapi kenapalah orang nak berkahwin sedangkan dia tidak match dengan pasangannya dan dapat menjangkakan perceraian. Itulah rahsia kufu'. Konsep ini sebenarnya adalah lebih mendalam dan halus dari ini dan bukan hanya melibatkan nikah cerai semata-mata.

Daripada percantuman dua unsur inilah yang menghasilkan yang ketiga.

Rahsia ilmu seperti ini seperti sudah tidak ada lagi pada zaman ini kecuali diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja.


Mungkin kita boleh berterima kasih kepada Lawrence of Arabia salah seorang yang membantu menyebarkan fahaman literalism "W". Kini umat Islam telah dikunci oleh fahaman literalism "W". Lihat sahaja dunia Arab yang sedang kucar-kacir dan orang-orang tertanya apakah yang sedang berlaku. Masih sahaja orang-orang keliru siapa sebenarnya yang memulakan fahaman terrorism yang berdasarkan tafsiran literalis kumpulan tertentu.

Maka ilmu umat memahami teks dalil adalah senipis daun bawang. Dalam dunia serba moden dan mencabar ini sudah tentu tahap ilmu seperti ini tidak dapat bertahan. Seperti mengambil kata-kata hikam bahawa jika anda tidak berfalsafah, anda akan mengambil falsafah orang lain atau orang lain akan berfalsafah untuk anda.

Apa yang susah untuk kita fahami? Jika kita tidak memikirkan tentang urusan sesuatu perkara sudah tentu kita akan menggunapakai buah fikiran orang yang sudah memikirkannya. Disinilah fikiran umat itu dikunci. Fahaman yang membuatkan fikiran umat itu terkuncilah adalah fahaman yang terpesong.

Bagaimanakah umat dapat membebaskan diri daripada belenggu fikiran ini?

Rujukan Bermanfaat

SUBANG JAYA: An academic has warned of an extremist strand of Islam that may have an adverse effect on religious harmony in the country, saying it was a byproduct of local teachers who were subjected to a “salafist” interpretation of Islam as promoted in Saudi Arabia.

Professor Ahmad Fauzi Abdul Hamid, a political scientist from Universiti Sains Malaysia in Penang, said during the mid-90s, such an understanding of Islam had led to an agressive Islamisation process that also transformed national schools in the country.

“What happens to a student who is moulded in a particular mindset that was in our curriculum since the 1990s?

“There are devastating consequences to national schools which is then devastating to society,” Ahmad Fauzi told a discourse about “The Many Shades of Islamism and Islamists in Malaysia”, at the Sunway University here today.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/29/current-extremism-a-byproduct-of-saudi-type-islam-says-professor/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...