Thursday 14 September 2017

Terima Kasih DS Najib kerana menggunakan perkataan DAESH

"..atau apa yang anda katakan, Daesh"
Ini kerana pihak-pihak tertentu cuba menggembar-gemburkan atau mempropagandakan perkataan Islamic State (IS). Sedangkan perkataan Islamic State itu adalah umum yang boleh merujuk kepada negara Islam. Adakah negara-negara Islam menjadi musuh kepada masyakarat dunia?

Kelihatan ada agenda yang ingin memburuk-burukkan negara-negara Islam dengan menggunapakai nama Islamic State atau IS ini. Kumpulan pengganas yang dipanggil DAESH ini sudah tentu seronok bila dipanggil Islamic State. Mereka seronok melakukan perbuatan buruk yang tidak dianjurkan oleh Islam tetapi menyebabkan imej Islam itu tercemar misalnya apabila mereka menyembelih dan membakar manusia. 

Hakikatnya DAESH tiada kaitan dengan makna Islamic State. 

Penggunaan perkataan Islamic State ini juga diambil perhatian oleh Presiden Donald Trump apabila kedua-kedua delegasi Malaysia dan USA bertemu. 

DAESH juga dipanggil ISIS oleh sesetengah pihak. Tetapi PM Malaysia menganjurkan US untuk bekerjasama dengan ISIS. ISIS ini bukanlah ISIS yang dirujuk sebagai DAESH tetapi Intitute of Strategic And International Studies (ISIS) Malaysia.


Ladies and gentlemen,
52. Our friendship has been deep and durable over 60 years of bilateral ties, and I trust that the next six decades will see our partnership grow even stronger. I would like to thank CSIS and ISIS for their work in fostering good relations and such valuable exchanges, and let me say how much I welcome the new proposal for a US-Malaysia PETRONAS Strategic Initiative here at CSIS. I know our ambassador here has been working hard on this new initiative.
53. In cooperation with ISIS Malaysia, the two think tanks propose to deepen ties through the creation of an Eminent Persons Group to work on bilateral relations; through the writing of a US-Malaysia paper, and the holding of a US-Malaysia Conference in Washington and Kuala Lumpur.
54. Let me tell you now that we have agreed to support this excellent idea, and I am sure this news will further stimulate our discussions later.
Thank you


Presiden Trump pun perasan penggunaan perkataan DAESH itu apabila beliau memberi respon kepada PM Malaysia itu dengan ayat "apa yang anda panggil sebagai Daesh".

DS Najib telah menerangkan kepada US yang DAESH tidak mewakili Islam dan Islam yang sebenar adalah mereka yang mengamalkan ajaran Islam wasatiyyah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...