Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Lirik Lagu/Nasyid - Siri 3 (Kalimah nama lelaki dan perempuan)



Saya, aku, kami, kamu, dia dan mereka adalah ganti nama yang termasuk kategori kalimah nama/ isim اسم.

Tiap-tiap kalimah nama atau isim ini pula terbahagi kepada 2 jenis;

1) Jenis lelaki/jantan : Iaitu tiap-tiap perkataan yang menunjukkan nama bagi lelaki atau perkataan yang tidak berakhir dengan ة yang dikenali sebagai ta marbutah.

Contoh perkataan jenis lelaki itu;

بَحْرَ Laut

تَاجَ mahkota

مُرْسَلْ yang diutuskan

هَادِيْ pembimbing/orang yang memberikan petunjuk

(Nasyid Khairul Bariyyah)

2) Jenis perempuan/betina : Iaitu tiap-tiap perkataan yang menunjukkan nama bagi perempuan atau yang berakhir dengan huruf ـة 

Contohnya

تَوْبَةً taubat

حَوْبَة dosa

الْبَرِيَّة makhluk

مَرْيَم nama Maryam telah maklum ianya nama perempuan walaupun tidak berakhir dengan ـة

Kalimah ة atau ـة atau ت merupakan tanda biasa untuk mengenali satu-satu kalimah itu sebagai jenis lelaki atau perempuan. Secara umumnya macam tu lah. Sebab Bahasa Arab ni sangat kaya dengan variasi kalimah adalah pengecualian di beberapa tempat.

Bila nama tu dah ikut jantina tertentu seperti lelaki maka kalimah perbuatannya pun akan ikut jantina tersebut.

Contohnya

 لَمَّا سَارَ المَرْكَب نَسَانِي
Ketika telah berlalu kenderaan itu,  ia melupakan aku

Kalimah المَرْكَب itu maknanya kenderaan atau benda yang dinaiki. Ia merujuk kepada tunggangan atau kenderaan yang digunakan untuk jemaah haji ke Mekah. Perkataan ini adalah jenis lelaki maka ianya tidak ada ة atau ـة.

Manakaka perbuatan kenderaan itu iaitu سَارَ maknanya berlalu adalah mengikut kata namanya yang lelaki. Maka ia menjadi سَارَ dan bukannya سَارَت.

طَلَعَ  الْبَدْرُ  عَلَيْنَا
Telah muncul bulan purnama ke atas kami
Kalimah الْبَدْرُ maknanya bulan purnama dan perbuatannya ialah telah muncul, طَلَعَ. Jika kalimah طَلَعَ itu perempuan ia menjadi طَلَعَت.

ْمَا دَعَى ِللهِ دَاع

(dengan) Apa yang diseru untuk Allah oleh penyeru

Katanama di sini ialah دَاع iaitu penyeru. Perbuatannya ialah دَعَى maknanya telah menyeru. Jenis lelaki dan jenis past tense.


فَتُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً تَغْسِلُ لِكُلِّ حَوْبَةً

Maka kurniakan taubat atas kami satu taubat mencuci setiap dosa

Perkataan تَوْبَةً itu dilihat ada ـة padanya. Maka ia adalah kalimah jenis perempuan. Perbuatan تَوْبَةً ini ialah تَغْسِلُ iaitu mencuci (dosa). Ia ada ت dihadapannya kerana jenis present tense.


Contoh yang terakhir ini mengandungi dua kata nama dengan dua perbuatan jenis lelaki dan juga perempuan.



لَعَلَّ رَحْمَةَ ربِّيْ حِيْنَ يَقْسِمُهَا
Semoga rahmat Tuhanku itu ketika Dia membahagikannya

Kata nama pertama, perkataan ربِّيْ itu adalah dari رَبٌّ + ي. Perkataan ي itu menunjukkan aku. Ertinya Tuhanku.
Hakikat Tuhan itu Esa tidak berbilang dan tidak berjantina. Hanya format perkataan رَبٌّ itu mengambil format lelaki.

Perbuatannya pun mengikut iaitu يَقْسِمُهَا. Dia membahagikan + nya.
ها itu maksudnya “nya” merujuk kepada رَحْمَةَ. 

Kata nama kedua ialah رَحْمَةَ.
Perbuatannya ialah تَأْتِيْ. Makna ia datang.

Dalam erti kata lain رَحْمَةَ تَأْتِيْ. Rahmat datang.

رَحْمَةَ adalah jenis perempuan dengan tanda ـة
تَأْتِيْ pun mengikut dengan tanda ت di hadapan kerana ia present tense.

 ِتَأْتِيْ عَلَى حَسْبِ الْعِصْيَانِ فِيْ الْقِسَم

Ia datang atas kadar (yang melunaskan) dosa maksiat yang dilakukan, (sebagai) termasuk dalam pembahagian itu.


Sekian untuk kali ini.


رَبَّنَا زِدْنَا عِلْمَا وَارْزُقْنَا فَهْمَا


::::..*****..:::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...