Monday 25 May 2015

Teori siapa Hang Tuah


Teori warung kopi ni, ada yang berasaskan fakta dan ada yang tidak. So janganlah serius bangat dech..

Memang banyaklah teori kannn.. semua nak mengaku Hang Tuah ni puak dia. Kita tengok teori-teori konspirasi yang ada. Kih3.

Hang Tuah asal Bugis.

Ni klasik, orang zaman dulu memang pakai teori ni. Tercatat dalam beberapa makalah sejak zaman dulu lagi. Antaranya Hikayat Hang Tuah. Dalam teori Bugis ni ada pecahan-pecahan lagi.


Ada yang mendakwa Hang Tuah ini adalah anak bangsawan Bugis yang diserahkan untuk berkhidmat di bawah Sultan Melaka. Waktu tu kan Sumatera tu ada sebahagiannya di bawah Kesultanan Melaka.

Asal Melaka

Teori yang terpakai dalam filem-filem terawal mengenai Hang Tuah. Anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati, yang memang duduk di Melaka.

Asal Cina

Ni teori konspirasi sebahagian kumpulan politik. Ntah apa tujuan mereka. Tapi teori ni berasaskan beberapa logik yang dia orang pakai.

Hang itu perkataan cina. Ada yang memberi contoh Hang Li Poh.

Tapi, bagi berlaku adil, aku ada juga membaca ulasan seseorang yang mendakwa Hang pada Hang Li Poh itu bukan nama sebenar tetapi gelaran Hang yang diberikan oleh Sultan Melaka. Maknanya ikut dakwaan ini, nama sebenarnya mungkin Li Poh begitu.

Satu lagi tak betullah nak dikatakan Hang ni perkataan cina, ianya gelaran atau menunjukkan status pada zaman dulu. Sekarang mungkin tak pakai dah. Banyak lagi gelaran zaman dulu dah pupus orang tak pakai, walaupun ada yang masih pakai lagi. Kebetulan sahaja sebutan itu ada juga dalam bahasa Cina. Macam Dang, Dayang, Tun dll.

Ada juga yang melogikkannya dengan Tuah, Jebat, Lekiu dan Lekir sebagai Too Ah, Ji Fat, Lee Kiew dan Lee Kir.

Masalahnya betulkah nama-nama itu ada dalam bahasa Cina secara tepat tatabahasanya. Yang kata Ji Fat tu nampak sangat terpengaruh dengan komik Alam Perwira edisi terjemahan bahasa Melayu.

Teori ini mendapat tentangan apabila ada pakar bahasa Melayu sendiri yang mengatakan perkataan-perkataan itu adalah perkataan Melayu seperti Tuah memang ada maksudnya beruntung, Jebat seperti digunakan pada "Jebat Musang".

Asal Ore Kelate

Teori ini mendakwa Hang Tuah dan sahabatnya adalah orang-orang Kelantan yang belajar dengan satu guru keturunan Sayyid atas satu bukit di Kelantan.

Teori ini tidak tersoho pada zaman dulu tetapi muncul pada zaman ini. Tetapi ada juga dakwaan yang dilihat lemah, seperti mengatakan Hang Tuah itu memakai kapak dan kapak ini biasanya digunakan oleh orang Kelantan.

Faktanya kapak pada zaman dahulu digunakan oleh semua orang untuk memotong kayu api. Dulu tak ada tong gas dan elektrik. Kayu api adalah keperluan harian untuk memasak dan menyalakan unggun api pada waktu malam. Dan dulu tak ada chainsaw.

Asal Kedah

Ye betul, ada teori ni, aku dah dengar. Sebab orang Kedah guna pakai perkataan hang. Siapalah yang mulakan teori ni ye.

Kelemahan teori ini ialah nak mengkaji asal usul macamana hang yang maksudnya engkau, kamu, anda itu boleh berada di hadapan nama Tuah.

Mungkin satu teori dalam teori boleh diusulkan. Ia mungkin disebabkan Raja atau Sultan Kedah pada ketika itu bertanya kepada Tuah dan sahabat-sahabatnya.

“Nama hang siapa?”

Tuah pun menjawab “Nama patek Tuah tuanku”.

“Oooh.. Hang, Tuah” balas Raja Kedah. Maksudnya Ooo.. nama kau Tuah.

“Hang siapa pulak” tanya Raja kepada Jebat.

Jebat pun menjawab “Nama patek Jebat tuanku”.

“Oooh.. Hang, Jebat” Kata Raja Kedah. Maksudnya Ooo.. nama kau Jebat.

Bagi menjayakan teori ini, Raja perlu mengulangi pertanyaan dan kenyataannya untuk ketiga orang lagi iaitu Kasturi, Lekir, Lekiu. Ini kerana petugas yang mencatit percakapan Raja dan 5 sahabat itu perlu mencatitnya secara verbatim. Lalu terhasillah catatan tanpa noktah seperti “Oooh.. Hang Tuah”

* Tammat *

1 comment:

  1. Ok lah sini aku bagi tau kamu.. Aku bukan nak claim hang tuah.. Aku cuma nak bagi tau kebetulan je.. Nama hang tuah bunyi dia sama dengan bahasa suluk.. Dalam bahasa suluk adalah bunyi hang tuah maksud dalam bahsa melayu
    "yang beruntung"

    Dalam bahasa suluk
    hang mahmud maksud dalam bahasa melayu "yang wangi"
    Ok ni cuma kebetulan je bunyi nama dia sama dalam bahsa suluk.. Apapun hang tuah itu ada lah keturunan melayu nusantara. 👍🏻👍

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...