Sunday, 3 May 2015

Komen Menteri KDN berkenaan kes MYVI langgar Pajero.

Berikut adalah beberapa grafik yang tersebar di dunia cyber yang dipercayai dipetik daripada komentar Menteri terbabit ketika melawat keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah.


Lagi..



Memang kasihan kita lihat dua anak kecil yang kehilangan ibu-bapa dan adik kesayangan mereka akibat perbuatan mereka yang tidak bertimbang-rasa di jalanraya. Seharusnya kes mereka disiasat oleh pihak berkewajipan. 

Dalam kes seperti ini, janganlah ada pula orang dalam yang bersangkut paut dengan pemangsa-pemangsa menggagalkan usaha siasatan. Keadilan perlu ditegakkan dalam kes kehilangan nyawa seperti ini. Janji DSZH kepada keluarga mangsa adalah melegakan mereka dan juga kepada sesiapa yang ingin melihat adik-adik ini melihat sesiapa sahaja yang menyebabkan kematian ayah, ibu dan adik kecil mereka dikenakan hukuman sebaiknya.


Kepada mereka yang masih degil dan bakal menyebabkan kematian di jalanraya, berjaga-jagalah. Anda juga bakal menerima padahnya jika anda tidak berhati-hati serta berhemah di jalanraya. Jalanraya bukan untuk berlumba. Elakkan menjadi punca kepada kehilangan keluarga atau orang yang tersayang, samada diri kita dan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...