Showing posts with label Ubat. Show all posts
Showing posts with label Ubat. Show all posts

Sunday, 11 March 2018

Perubatan konvensional vs Perubatan berasaskan fungsi


Perubatan konvensional kebiasaannya akan hanya melihat simtom-simtom penyakit dan cuba menghilangkan simtom-simtom berkenaan dengan tanggapan bahawa jika simtom hilang maka penyakit akan hilang. Maka ubat-ubatan diberikan untuk menghilangkan simtom-simtom. Tetapi kebiasaannya penyakit itu muncul kembali kerana punca utama penyakit tidak diselesaikan dari awal lagi.

Berbeza dengan perubatan berasaskan fungsi yang mencari punca penyakit dan memberikan keutamaan kepada punca tersebut dalam mencari kesembuhan. Kaedah perubatan berasaskan fungsi  bukanlah memberikan ubat-ubatan konvensional semata-mata tetapi mengaturkan diet pemakanan yang berkhasiat yang mana individu yang dirawat memperolehi sumber zat yang sangat membantu dalam proses penyembuhan. 

Makanan sebagai ubat

Menurut Dr Mark Hyman, makanan yang baik itu sendiri adalah satu ubat yang sangat mujarab. 

Diet pemakanan yang baik dengan memasukkan sumber makanan yang membina otak dan badan serta mempunyai elemen penyembuhan dan pada masa yang sama mengeluarkan sumber makanan yang tidak baik seperti bahan bergula, karbohidrat yang diproses,  minyak tepu yang tidak sihat, makanan yang diproses secara pengilangan, makanan yang membawa alergi seterusnya menjalani gaya hidup yang sihat adalah memadai bagi merawat mana-mana pesakit walaupun datang dengan senarai penyakit yang bermacam-macam. 

Ada pesakit yang berasa hairan dan bertanya kepada Dr Mark Hyman kerana dalam masa 3 hari menjalani diet yang diberikan oleh Dr Hyman telah merasa sihat dan baginya tidak masuk akal. Kerana sebelum itu menderita pelbagai penyakit dan mengambil bermacam-macam ubat konvensional dan masih merasa tidak sihat dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. 

Tetapi hakikatnya itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika kaedah pengubatan menumpukan kepada mencari punca penyakit dan menyelesaikannya. Dan kaedah penyembuhan itu lebih mudah dan bukannya sukar seperti ramai orang sangkakan. 

Saturday, 24 February 2018

Memilih Makanan Yang Tepat Untuk Membina Otak Anda- Dr Mark Hyman


Kredit : mindbodygreen (Youtube)

Dalam sesi ini akan lihat mengenai makanan yang tepat untuk otak anda. Anda sudah pasti maklum bahawa pemakanan yang optimum adalah faktor paling penting dalam menjaga kesihatan otak anda. Memilih makanan untuk otak bukanlah sesuatu yang kebanyakan dari kita tahu bagaimana untuk melakukannya.

Kita mungkin tahu bagaimana untuk menurunkan berat badan atau bagaimana untuk menjaga jantung kita sihat tetapi kita tidak pernah memikirkan bagaimana diet yang kita pilih dapat mempengaruhi otak kita. 

Setiap nutrisi yang anda masukkan ke dalam mulut anda bakal menjadi bahan mentah yang akan membina struktur sel otak anda seterusnya menjaga semua sistem komunikasi di dalam otak berjalan dengan lancar. Dengan itu anda boleh berfikir, beremosi, belajar dan mengingati.

Wednesday, 6 September 2017

Sains Berasaskan Pemikiran Manusia & Kisah Telur Ayam


Ilmu sains moden adalah berdasarkan kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara. Kefahaman manusia yang melalui proses fikiran akal boleh jadi betul boleh jadi tidak.

Pernah beberapa tahun yang lepas, para saintis khususnya yang mengkaji hal-ehwal pemakanan mengesyorkan agar tidak mengambil telur kecuali beberapa butir sahaja seminggu. Alasannya ialah telur mengandungi kolestrol dan kolestrol adalah tidak baik untuk kesihatan.

Kefahaman saintifik manusia pada ketika itu ialah kandungan kolestrol yang tinggi di dalam badan manusia adalah disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol tinggi. 

Kini kefahaman saintifik tersebut telah berubah. Dikatakan kolestrol yang terhasil di dalam badan manusia adalah kerana kolestrol yang dihasilkan oleh hati manusia kerana memakan banyak lemak tepu (saturated-fat).

Monday, 3 April 2017

Dakwaan Rawatan Alternatif Kepada Kanser?



Kanser atau cancer bila diterjemahkan kepada Bahasa Melayu ia dipanggil Barah.

Seorang rakan memberitahu saya memberitahu yang beliau pernah menghidap barah di bawah ketiak ketika kanak-kanak. Bapanya hanya mengubat barah tersebut dengan ramuan herba tradisional seraya dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Rakan saya itu sembuh dari barah itu dan terus hidup dan dapat menceritakan kepada saya kisah itu. Beliau juga mendakwa penyakit barah ini adalah penyakit biasa sahaja bagi keluarganya.

Ketika cerita ini diterjemahkan kepada penulisan rakan saya itu masih lagi hidup sihat dan beranak-pinak. Mungkin penyakit barah adalah sejenis penyakit yang parah (serius) tetapi ia bukanlah penyakit yang fatal kepada masyarakat Melayu dahulu-kala. Ia tidak dikenali sebagai penyakit maut.

Tetapi zaman moden mengenalinya sebagai demikian. Ia adalah penyakit fatal dan sekiranya menghadapinya perlulah menjalani prosedur rawatan yang menyulitkan seperti kemoterapi.

Saturday, 14 January 2017

Kisah Bisnes : Jenis Pakej, Packaging


Ni aku jumpa satu sample pakej produk yang terdapat satu pengajaran yang kita boleh ambik. Kalau tengok pada produk Gam Arab di atas yang dipakej di dalam botol plastik. Kita tengok harga dia RM32.00. Kalau mintak diskaun pun dapatlah RM2.00 kut. Bagi sesetengah orang pula RM32.00 kalau nak beli mungkin agak mahallah sikit. Kalau-kalau ada yang lebih murah..

Monday, 1 February 2016

Kajian Klinikal : Khasiat dan Kelebihan Gam Arab Untuk Diabetes dll




Ada yang menamakannya sebagai gam arab, gam pokok akasia, manna dan Acacia senegal. Ia adalah getah pokok akasia yang membeku.


Ada yang mengaitkannya dengan makanan yang dipanggil al-manna. Al-manna ialah nama salah satu daripada dua makanan yang diturunkan kepada umat Nabi Musa a.s iaitu Al-manna dan Salwa. Namun demikian, kesahihan perkaitan itu memerlukan kajian lebih lanjut.

Walaubagaimanapun, sudah banyak testimoni yang menunjukkan khasiat makanan gam arab ini. Apa yang lebih menarik ialah beberapa kajian klinikal telah dibuat terhadapnya dan membuktikan secara saintifik mengenai mengenai khasiat gam arab dari segi perubatan. Khususnya bagi penyakit diabetes dan jantung.

Gam Arab juga mempunyai gred tertentu.
Gambar Wiki - By Gixie 
Apakah khasiat dan kelebihan gam arab atau arabic gum ini?

Friday, 19 September 2014

Khasiat daun sirih sebagai ubat batuk.


Saya masih diminta untuk menulis pada blog ini kali ini. Ini adalah permintaan salah seorang author blog yang meminta saya mengisi ruang waktu ketika author-author lain mempunyai urusan lain dan tidak dapat membuat sebarang penulisan untuk tempoh tertentu.

Saya sendiri tidak menjangkakan akan membuat posting kali ini. Tetapi tidak mengapalah. Saya asalnya bersetuju untuk menulis di dalam blog ini setelah melihat Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi sendiri menulis dalam blog masing-masing. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...