Thursday 18 January 2018

Mat Salleh ingin mencuba guru silat tapi terperanjat kerana berakhir terlentang di atas lantai

Kredit : Youtuber Maul565

Kemudian kerana tidak berpuashati dia menyerang sekali lagi...!!

Pengalaman mat salleh ini yang bernama Marcel Horstman diceritakan oleh beliau sendiri di dalam Liputan oleh Brunei  Daily Coverage - Bruneian Silat going global. 

Marcel Horstman adalah seorang Jurulatih Martial Art. Beliau menyatakan "Saya mempunyai pengalaman berlatih dalam Martial Art selama 21 tahun."


"Dalam 10 tahun lepas saya bertemu dengan (Maul Mornie). Sebenarnya saya berasal daripada Martial Art jenis FMA. Dan saya pada ketika itu sedang mencari sesuatu yang lebih dari itu. Saya kemudian bertemu dengan Maul Mornie".

"Saya melihat beliau bersilat dan merasa bingung. Seolah-olah pergerakannya tidak logik. Seolah-olah dalam video game. Minda saya mengatakan itu bukan sesuatu yang benar"

"Kemudian saya pergi ke seminar beliau. Ketika itu beliau pergi ke Netherland. Belajar dengan beliau di situ betul-betul mengejutkan saya. Wow.. sukar untuk dipercayai. Saya masih tak percaya."

"Kemudian saya bertanya beliau. Bolehkah saya menyerang anda?"

"Ini kerana saya dari aliran Martial Art yang berlatih secara berlaga".

"Beliau menjawab sudah tentu boleh". "Lantas saya pun menyerang beliau sepenuh tenaga dengan teknik kombinasi tertentu."

"Tiba-tiba sahaja saya berada di atas lantai dengan kesakitan di seluruh badan. Saya amat terkejut dan memandang kepada beliau dan melihatnya tersenyum. What!!??"

"Tak berpuashati, saya kata sekali lagi! Dan saya serang beliau sekali lagi. Sekali lagi saya terlentang di atas lantai dengan penuh kesakitan. Beliau sekali lagi tersenyum. Saya ingin belajar benda ini! Seolah-olah beliau bermain-main sahaja melawan saya ketika itu".

"Saya yang telah berlatih selama 20 tahun pun merasa terperanjat. Wow.. saya katakan kepada beliau saya merasakan seolah-olah macam budak baru belajar."

"Beliau menjawab.. tidak, ini sesuatu yang lain. Ini Martial Art dari Brunei. Silat Brunei"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...