Tuesday 8 November 2022

Lirik dan makna Nasyid Khairul Bariyyah : Nadamurni

Kredit : Kopi Nasyid

Setelah dibuat terjemahan untuk nasyid Khairul Barriyah ini untuk yang didendangkan oleh Abdul Salam Hasani seperti di sini, dibuat pula terjemahan kepada nasyid yang dipersembahkan oleh Nadamurni. Ada sedikit kelainan sahaja dalam liriknya. Boleh semak cara berbeza penyampaian untuk baris-baris kata yang membawa maksud yang sama.

Saturday 5 November 2022

Terjemahan Qasidah Khairul Bariyyah - Abdul Salam Al-Hasani


Zaman sekarang ni lagu atau qasidah yang masyhur dikaitkan dengan Nabi SAW ialah macam Lau Kana Bainanal Habib sehingga melodinya pun digunakan untuk tema yang berkaitan Nabi SAW. Zaman dulu, mungkin zaman P Ramlee dah ada, datuk moyang kita dulu masyhur dengan qasidah Khairul bariyyah ini. Ramai orang waktu tu suka mengqasidahkannya atau memperdengarkannya di radio-radio.

Versi yang dilagukan oleh Abdul Salam Al-Hassani ini mengekalkan rentak melodi dengan variasi lirik yang hampir-hampir sama. Cuma versi ini ada lain dari yang lain kerana alunannya ada menimbulkan rasa “mesmerized” gitu.

Qasidah ini dikarang oleh seseorang yang berharap untuk mendapatkan syafaat Nabi SAW dengan berjumpa dengan Nabi SAW sebelum ajal tiba. Bertemu ini boleh terjadi melalui mimpi.

Qasidah ini juga menggunapakai konsep Nabi SAW sebagai sebaik-baik makhluk, sebagaimana jelas pada perkataan atau tajuk yang digunakan. Juga ungkapan kasih dan ingin berada dekat dengan yang dikasihi.

Antara ikhtiar yang digunakan untuk pertemuan adalah membanyakkan solawat dan salam kepada Nabi SAW selagimana hati teringat kepada baginda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...