Saturday 26 March 2016

Makna dan Maksud Lirik Ya Hanana يَا هَنَانَا


يَا هَنَانَا
Betapa beruntungnya kami


يَا betapa, هَنَا beruntungnya, نَا kami. 

Sinopsis

Kenapa tidak beruntungnya? Ketika hakikat penciptaan itu ada diutuskan kepada kita dan dengannya kita menyelusuri kehidupan yang menjadi ujian kepada semua manusia itu. 

Iaitu Nabi SAW yang diutuskan sebagai Nabi dan Rasul terakhir. 

Beruntungnya kita kerana kita menjadi umatnya. Umat kepada sebaik-baik makhluk diciptakan. Dengan sedaya upaya kita pun mencontohi teladan daripada peribadi agung ini. Yang diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Bukannya menyebarkan keganasan, kebencian dan terror. 

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

(Hadis Sahih - Muwatta')

Namun demikian kita adalah serba kekurangan, oleh itu juga kita mengharapkan syafaat daripada baginda SAW pada hari kebangkitan kelak bagi menampung segala kekurangan kita.

Adapun lirik di bawah adalah berdasarkan susunan yang diqasidahkan oleh Habib Syech. Yang versi lain mungkin berbeza sedikit susunannya. 


__<<>>__

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّد
Telah zahir agama yang diperkuatkan / didukung
بِظُهُوْرِ النَّبِيْ اَحْمَد
Dengan kemunculan Nabi (bernama) Ahmad
ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّد
Telah zahir agama yang diperkuatkan / didukung
بِظُهُوْرِ النَّبِيْ اَحْمَد
Dengan kemunculan Nabi (bernama) Ahmad


__<<>>__

Wednesday 23 March 2016

Cerita Kuliner : Nasi Kukus vs Nasi Panggang

Haritu semasa di Kota Bharu, Kelantan, aku melihat ramai orang berkerumun di satu gerai di tepi jalan. Gerai itu adalah gerai bergerak yang diletakkan di tepi jalan. Rupanya itu gerai nasi kukus dengan bermacam-macam lauk dan pauknya.  Majoritinya yang berdiri menunggu ketika itu adalah pembeli-pembeli berbangsa cina. Yang menjual itu adalah melayu.

Aku pun terdetik di hati, mestilah ada sesuatu yang istimewa pada nasi kukus ni sampai ramai yang berkerumun menanti untuk memesan hidangan. Ada juga meja-meja dibuka di atas jalan dan di dalam koridor bangunan. 

Sebenarnya itulah pertama kali aku membeli nasi kukus. 

Selama ini aku mendengar kawan-kawan bercerita tentang nasi kukus dan aku juga melihat gerai-gerai di jalanan tetapi aku tak pernah pergi mencuba hidangan nasi kukus ni. Kali ini gerai ini bersebelahan dengan tempat penginapan. Aku pun membuat keputusan untuk mencuba.

Inilah hasilnya.



Saturday 19 March 2016

KES RASUAH


Apabila terbaca tertangkapnya beberapa orang akibat disyaki kes rasuah baru-baru ini yang melibatkan dana ratusan juta ringgit, satu pertanyaan kembali ke benak fikiran saya. Kes-kes rasuah ini kepada saya adalah seumpama kes-kes kemalangan jalan raya. Walaupun ia tersiar hampir setiap hari mengenai kemalangan maut yang berlaku dan disertakan sekali puncanya tetapi keesokannya kemalangan berlaku juga dengan punca yang sama.

Saya terbayangkan mungkinkah orang yang menjadi punca kemalangan keesokannya itu telah pun membaca akhbar semalamnya mengenai kemalangan dan puncanya. Akan tetapi orang itu kemudiannya mengulangi punca kemalangan itu. 

Ini tidaklah menghairankan. Jika tidak percaya pergilah memandu sekarang dan lihat sendiri berapa orang yang sanggup memotong ketika berada di selekoh. Salah satu punca kemalangan yang dilaporkan di akhbar-akhbar iaitu tidak sempat memotong kenderaan dan bertembung dengan kenderaan yang mendatang.

Friday 18 March 2016

Binary Mind


As we remember ourselves, we are originated from nothingness. No one can testify otherwise, no one can claim that he or she has ever live in the past with no beginning. All of us has beginning.

That is the basic of our mind. It is binary. We are from nothingness to existence. 0 to 1. The basic language of everything. The basis that constitutes the mind. That is the nature of our mind. 

While the mind is designed based on such binary principle, it does behave and manifest as such. It distinguishes, it affirms and it chooses between values manifest before itself. This potential of mind is based on it's binary nature. All are originated from the realisation of coming out of nothing. 

Friday 11 March 2016

Perihal Tun Dr Mahathir Dengan Pembangkang


Aku teringat apa yang Tun ajar dulu. Dan semua pakai teori Tun. Tun ajar apa maksud "marriage of convenience". Dalam Incikposmen ni pun ada beberapa posting yang dibuat menceritakan maksud itu.

Maksudnya ialah kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu hanyalah "marriage of convenience". Ketika itu memang jelas ianya begitu. Kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat sememangnya jelas, terang lagi bersuluh yang ia adalah rapuh. Walaupun ketika dalam masa-masa tertentu itu momentum politik mereka dilihat meningkat dan memuncak.

Para penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di atas tanah sana merasa selesa dan merasakan Pakatan Rakyatlah harapan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional. Realitinya sekarang Pakatan Rakyat tiada lagi dan yang tinggal hanyalah Pakatan Harapan.

Artikel Incikposmen di sini secara sinikal menjelaskan hubungan "marriage of convenience" di antara PAS dan DAP. Yang menjadi punca kenapa ia dipanggil sedemikian rupa. 

Monday 7 March 2016

Ziarah : Pekan Lawas Sarawak

Pekan Lawas Terletak Di Tepi Sungai Lawas Yang Indah
Mula-mula aku terbaca kisah asal-usul nama Lawas ni. Ikut kan kisah itu, makna lawas ni memang sepertimana yang kita semua sedia maklum. Bukannya perkataan pelik yang lain maknanya disebabkan beza loghat ke apa. 

Tapi aku tak nak cerita kat sini cerita tu. Pergilah tanya orang tempatan Lawas sendiri. Kisah tragis tetapi berakhir dengan happy ending. Sesuai dengan nama Lawas itu. 


Ringkasnya, Lawas ni satu daerah di Sarawak terletak di hujung timur Sarawak bersempadan dengan Brunei dan Sabah. 

Apa yang menarik di Lawas?

Saturday 5 March 2016

Kenapa ada tahun lompat ?


Kenapa Tahun 2016 bulan Februari ada 29 hari?

Sebab 2016 adalah tahun lompat (leap year).

Apa itu tahun lompat?

Tahun lompat mengandungi 366 hari, lebih 1 hari berbanding tahun bukan lompat. Hari yang terlebih itu adalah pada 29 Februari. Ia berlaku setiap 4 tahun. 

Tahun lompat seperti 2016 adalah gandaan daripada nombor 4.

2016 / 4 = 504. 

Sedangkan tahun 2013, 2014 dan 2015 sebelumnya bukanlah gandaan 4.

Kesan daripada tahun lompat ialah seseorang yang lahir pada 29 Februari hanya akan menyambut hari lahir 1 kali setiap 4 tahun sahaja. Jika dia berusia 100 tahun maka pada kek hari jadinya menunjukkan sambutan hari lahir ke-25. 

Bagaimana asalnya tahun lompat?

Apabila bumi berpusing mengelilingi matahari selama 365 hari, 4 jam 45 minit dan beberapa saat (bersamaan 365.2425). 

Itu bermakna setiap tahun kalendar kita kekurangan kira-kira 1/4 hari. Sebab kita hanya gunakan 365 hari dalam kalendar.

Bumi mengelilingi matahari = 365.2425 hari setahun. Sebanyak 0.2425 hari tidak dimasukkan ke dalam kalendar kerana bagi menggenapkan 365 hari sahaja untuk setahun.

Kiraan 1


Dari tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016 ada set 4 tahun berturut-turut. Tahun 2012 sebelumnya adalah tahun lompat.

Friday 4 March 2016

Bila Terdengar Umpatan


Rasulullah s.a.w bersabda “Apabila seorang lelaki diumpat dan kamu termasuk di antara sekumpulan orang (yang mengumpatnya), jadilah engkau sebagai pembela lelaki itu dan cegahlah mereka, serta tinggalkanlah mereka (Riwayat Ibnu Dunya dari Anas r.a.). 
Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa membela kehormatan saudaranya, Allah akan menjauhkan mukanya dari neraka pada hari kiamat.” (Riwayat Ahmad melalui Abu Darda, hadith ini diketengahkan pula oleh Tirmidzi)
Kita hendaklah menyekat dan membela orang yang diumpat. Mengumpat iaitu menceritakan keburukan seseorang di belakangnya. (walaupun perkara itu benar). Sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w apakah dikira mengumpat sekiranya perkara itu benar. Nabi menjawab ya, jikalau perkara itu tidak benar, ia dikira fitnah.
Jika kita halang orang mengumpat, umpatan itu akan terhenti. Sebaliknya jika kita menyokong dan turut sama mengumpat, umpatan itu akan berterusan.
Mengumpat adalah dosa dengan makhluk, lebih besar dari dosa berzina (dosa dengan Allah).

Tuesday 1 March 2016

Komen Terbaik - Isu Tun Dr Mahathir Keluar Dari UMNO


Saya bersetuju dengan pendapat blogger Zamkata (DS Zainudin Maidin), seorang yang Pro- Tun. Komen terbaik dari politician setakat ini datang daripada DS Zahid Hamidi. Link Zamkata.

Memetik kata-kata DS TPM dalam Berita Harian seperti link di sini.

"Saya secara peribadi menghormati keputusan dan segala yang telah diputuskan oleh Tun M, namun saya fikir beliau akan mempertimbangkan semula keputusan itu apabila tiba masanya kelak.
"Saya yakin beliau masih sayangkan UMNO, saya yakin...tentunya beliau maklum adanya beliau sebagai Perdana Menteri yang lama memerintah adalah disebabkan sokongan dan dokongan daripada kepemimpinan dan ahli UMNO.
"Beliau pemimpin lama dan tentunya pendirian itu harus kita hormati, namun saya amat yakin satu hari nanti Tun M akan kembali ke pangkuan UMNO," katanya.
Sebagai seorang pemimpin Islam dan melayu, DS Zahid telah memberikan contoh adab yang baik kepada seorang bekas PM, guru dan tokoh kepada rakyat Malaysia dan malah kepada bukan rakyat Malaysia. Walaupun tindakan Tun telah memilih satu keputusan yang khilaf dengan pendirian politik beliau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...