Showing posts with label PAS vs DAP. Show all posts
Showing posts with label PAS vs DAP. Show all posts
Saturday, 16 July 2016
Tetiba nilai saham PAS melambung naik.
Ni nak cerita politik la pulak. Macam harga emas sekarang mula menaik. Dan menyebabkan ringgit semakin mengukuh berbanding dollars. Sapa pula menjangka nilai kerjasama dengan parti PAS menaik mendadak.
Sedangkan PAS lone ranger, sorang diri. Entah mungkin berkat menjauhkan diri daripada parti DAP yang sangat kontra dengan Islam dengan itu PAS mendapat rahmat. Cuba lihat sekarang pakatan yang hendak ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir dalam cuba menggugat kerajaan yang memerintah. Apa pun alasan Tun Dr Mahathir itu pada pandangan aku ia sebenar bertentangan dengan apa yang pernah diteorikan dulu. Marriage of convenience. Atau marriage of inconvenience pada pandangan aku sebenarnya. Dan teori ini melibatkan satu elemen yang merealitikan teori itu. DAP.
Pakatan Tun ni dengan itu memang tak lengkap. Nak lengkap, mereka kena buat satu benda. Pujuk dan mempengaruhi PAS untuk masuk serta dalam pakatan ini. PAS pulak sekarang dilihat friendly dengan UMNO. Walaupun tak masuk dalam BN dan secara literalnya masih menentang BN. UMNO pula sangat-sangat memerlukan sokongan PAS dalam keadaan sekarang. Setidaknya cuba mempengaruhi PAS supaya tidak bersama-sama dengan pakatan yang diokestrakan oleh Tun.
Friday, 11 March 2016
Perihal Tun Dr Mahathir Dengan Pembangkang
Aku teringat apa yang Tun ajar dulu. Dan semua pakai teori Tun. Tun ajar apa maksud "marriage of convenience". Dalam Incikposmen ni pun ada beberapa posting yang dibuat menceritakan maksud itu.
Maksudnya ialah kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu hanyalah "marriage of convenience". Ketika itu memang jelas ianya begitu. Kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat sememangnya jelas, terang lagi bersuluh yang ia adalah rapuh. Walaupun ketika dalam masa-masa tertentu itu momentum politik mereka dilihat meningkat dan memuncak.
Para penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di atas tanah sana merasa selesa dan merasakan Pakatan Rakyatlah harapan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional. Realitinya sekarang Pakatan Rakyat tiada lagi dan yang tinggal hanyalah Pakatan Harapan.
Artikel Incikposmen di sini secara sinikal menjelaskan hubungan "marriage of convenience" di antara PAS dan DAP. Yang menjadi punca kenapa ia dipanggil sedemikian rupa.
Friday, 18 December 2015
Kerjasama tak semestinya bersatu.
Kecoh tentang PM dan DS Hadi Awang berada atas satu pentas. Macam biasa, terdengarlah isu penyatuan parti PAS dan UMNO. Akan ada orang yang menyebut tentang PAS dan UMNO berada dalam satu wadah politik yang sama. Seperti PAS masuk BN.
Dan macam biasalah juga akan ada sebilangan ahli-ahli PAS yang tidak akan bersetuju dengan penyatuan seperti ini. Mereka akan memberikan dalil-dalil dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada suatu ketika di zaman dahulu kala. Cerita yang akan keluarlah kisah bagaimana PAS ditendang oleh UMNO pada suatu ketika dahulu. Mereka yang mengungkit-ungkit kisah seperti ini adalah tipikal. Kebanyakan mereka inilah yang kecewa PAS keluar daripada Pakatan. Kebanyakan mereka inilah jenis yang keluar PAS dan masuk PAN, tetapi masih ada yang "ditinggalkan" dalam PAS.
PAS juga perlu sedar mereka ada ahli-ahli yang macam ini. Mereka juga perlu sedar bahawa ada malah ramai ahli-ahli mereka ditarbiyah dengan tarbiyah politik kebencian sebelum ini. Mereka ditarbiyah untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional sebagai musuh nombor satu.
Ada pula ahli PAS dari kalangan instant disebabkan momentum politik DSAI dahulu. Mereka ini tidak mempunyai pegangan yang kukuh dan tidak faham kenapa PAS itu jadi PAS.
Thursday, 23 July 2015
Unsur PAS VS DAP ++ dalam cerita koboi.
![]() |
Duel Maut.. |
Adakah PAS redo dengan kehadiran GHB?
Adakah UMNO dan Barisan Nasional bahagia dengan adanya GHB?
DAP tak payah tanyalah ye.
Puak-puak Anwarinas ni biasalah tu, bila dah tubuh dan dapat sponsor dia pun mulalah menyeru kepada jangan berbalah dan jangan menyerang satu sama lain.
Kononnya PAS dan GHB perlu bersatu menentang musuh utama mereka UMNO dan Barisan Nasional.
Asal Plot Cerita Koboi.
Cerita koboi yang diramalkan sebelum ini, dimana PAS dan DAP akan melakukan duel maut terakhir selepas mereka yang asalnya bermusuhan melakukan kerjasama songsang semata-mata untuk menghadapi common enemy mereka, UMNO dan Barisan Nasional.
Namun imaginasi nakal filem koboi itu tidak berlaku, sebab kerjasama itu telah terlerai sebelum mereka menumbangkan musuh-musuh. Malah PAS dan DAP sedang bertembakan antara satu sama lain.
Tuesday, 14 July 2015
Rupanya Dap cuba menipu PAS dengan minit mesyuarat !!
Patutpun peniaga-peniaga hand phone berjiwa DAP seringkali dikaitkan dengan penipuan. Bos-bos, khalifah dan tok guru-tok guru DAP mereka sendiri memang menipu bila bermesyuarat. Kali ni dalam urusan pembentangan hudud PAS di dewan rakyat.
Mari kita teliti apa yang telah berlaku berdasarkan pengalaman Ustaz PAS ini yang berbincang dengan DAP. Percubaan DAP untuk memerangkap PAS dengan mendakwa keputusan telah dibuat dalam satu minit mesyuarat!!
Kisah perbincangan tahaluf siyasi PAS dan DAP
"Kita royak lagi.. Hudud ni sebelum Pakatan Rakyat lagi. Tahon 1993 Pakate Rakyat takdok lagi, hudud kito dulu doh, jadi bakpo nok hale (halang) kito. Sedangkan, dalam Perlembagaan Malaysia sendiri, sebut belako depe dio, dalam perkara 3 Perlembagaan Malaysia disebut Islam adalah agama persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan."
Saturday, 11 July 2015
Akhirnya Bercerai Sudah..
Bukan sedikit pakar-pakar dah cakap. Orang putih kata Marriage of Convenience. Aneh bukan, kenapa berkahwin jika sudah tahu sifat masing-masing tidak akan mampu bertahan dan serasi dalam kontrak berkenaan.
Tahaluf Siyasi.
Inilah konsep yang dijual-jual dan dijaja sebagai konsep yang mengharuskan perkahwinan tersebut. Sedangkan masing-masing adalah jauh bertentangan sifatnya. Sehingga bolehlah disifatkan seperti dua koboi yang bermusuhan. Yang memiliki keinginan membunuh yang tinggi tetapi tetap bekerjasama kerana ada "common enemy".
Friday, 3 July 2015
Kenapa Dia Masuk PAS Kalau Masuk DAP Kemudiannya..?
Inilah persoalan yang aneh tetapi menarik untuk dibincang. Bolehkah petanda ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia terlalu terikut-ikut dengan trend?
Bank Soalan. (Siapa nak buat assignment boleh pakai)
- Adakah seseorang itu melihat PAS itu sama macam DAP?
- PAS adalah platform macam PKR yang kemudiannya mudah dia samakan dengan DAP?
- Kebencian terhadap BN dan UMNO yang tidak tertahan-tahan sehinggakan apa-apa selain daripada BN dan UMNO adalah pilihan terbaik?
- Masuk PAS sebab terpengaruh oleh gelombang reformasi yang mendakwa PAS itu sama macam parti lain di dalam Pakatan Rakyat?
- Masuk DAP sebab percaya dakwaan DAP adalah lebih Islamik daripada UMNO?
Macam-macam persoalan.
Sunday, 28 June 2015
Saturday, 13 June 2015
Petanda Yang Diramalkan - Perang Ideologi DAP vs PAS
Baru sahaja Incikposmen mengeluarkan satu artikel berkenaan ramalan apa yang berlaku kepada PAS dan berlakunya perang ideologi sebagaimana di sini, Blog Lim Kit Siang telah mengeluarkan satu penulisan berkenaan panggilan kepada DAP untuk melakukan perang saraf itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
English Section (Mixed)
- In defence of true teaching of Islam
- What is Westworld all about? 18 ++
- Kingsman : About reducing population
- The Science of "Angels and Demons".
- A visit to the scenic Putrajaya (1).
- If God Really Exists, How About His Level Of Supremacy?
- ROHINGYA : THE BEGINNING OF GLOBAL POPULATION REDUCTION AGENDA ?
- A little girl speaks her mind about the universe and concept of God.
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
Ulasan Filem, Drama Siri
Sains dan Tadabbur Alam
- Hubungan Akal dan Jantung (Hati)
- Misteri Gerhana Bulan Darah
- Bersedia Menghadapi Impak Penemuan Saintifik Terbaru
- Discovery Channel.. fahaman sains Morgan Freeman dan umat Islam kini.
- Atom Wujud Tanpa Tempat (khusus)
- Maksud dan Makna Metafizik - Sheikh Hamza Yusuf
- Apa itu Dark Matter dan Dark Energy?
- Tiga Tahap Kesedaran - Michio Kaku
- Teori Lubang Hitam Sebagai Pintu Alam Malakut
- Rahsia Binari
- Sains Berasaskan Pemikiran Manusia & Kisah Telur Ayam
Segalanya Bisnes
- Bisnes : Cerita Rebranding Produk
- Bisnes : Budaya bisnes penuh penipuan vs ajaran Islam Gambar Hiasan Semata
- Kisah Bisnes : Strategi Blue Ocean dalam Bisnes
- Permintaan Dan Tawaran
- BISNES : HUKUM MENGGUNAKAN PERISIAN CETAK ROMPAK ATAS TUJUAN PERIBADI
- Bisnes : Zaman Globalisasi Yang Mengancam Bisnes Terkawal
- Tips bisnes : Ada kalanya, connection bukan faktor penentu.
- Kisah Bisnes : Mentaliti Yang Salah
- Kisah Bisnes : Ajaran Sesat Yang Tidak Terdaftar-daftar?
Lirik dan Makna Lagu
- Terjemahan Qasidah Khairul Bariyyah - Abdul Salam Al-Hasani
- Terjemahan Qasidah Allahu Allahu Assubhu bada
- Terjemahan Dan Makna Qasidah Allah.. Allah.. Ma Lana Maulan Siwa Allah
- Lirik dan makna nasyid Bada’na بَدَأْنَا - Nadamurni Rabbani
- Makna dan terjemahan : Nasyid Hayya Bil Jihad - Brothers
- Terjemahan Lirik Nasyid Man Ana - Brothers
- Lirik Nasyid Imad - Qalbi Yunadi (Album Munaya)
- As-Subhu Bada - Owais Qadri ( Lirik dan Terjemahan )
- Assalamualaika Ya Rasulallah - Maher Zain ( Lirik dan terjemahan )
- Terjemahan Qasidah Burdah - Mesut Kurtis
- Makna dan Lirik Lagu Deen Assalam : Sulaiman Al Mughni
- Nasyid : Araftuka ( عرفتك ) - Lirik dan Makna
- Ya Badra Tim - Melihat Makna dan Terjemahan يا بدر تم
- Ya Robbi bil Mustofa Balligh Maqosidana - Lirik dan Makna
- Terjemahan Lirik Lagu 'صلوا على خيرالانام' Sollu ala Khairil Anam
- Lirik Rahmatun Lil Alamin رحمة للعالمين Rahmat Bagi Sekalian Alam : Maher Zain
- Makna Dan Terjemahan Lagu Lau Kana Bainana Al-Habib لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
- Meneliti Makna dan Maksud lirik lagu Kun Anta كن انت #Kun Anta
- Makna dan Maksud Lirik Ya Hanana يَا هَنَانَا
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
- Ya Taiba - Lirik dan Makna
- Salamun salamun ka miskil khitam ( سَلَامٌ سَلَامٌ كَمِسْكِ الْخِتَامْ) Nasyid Inteam
- Hatiku di Madinah
- Huwa Ahmadun / Dialah Ahmad Lirik dan Terjemahan
- Tolama Ashku Gharami - Imad
Sejarah, Cerita dan Hikayat
- Minister Kristian mendapat petunjuk melalui seorang kanak-kanak Islam
- Ulasan Buku - Origin (Asal-usul) : Dan Brown
- Mat Salleh ingin mencuba guru silat tapi terperanjat kerana berakhir terlentang di atas lantai
- Teori siapa Hang Tuah
- Misteri Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah
- Sejarah kopi dan jenis-jenis kopi
- Banduan Teragung Indonesia.. Gayus Tambunan.
- Cerita sains fiksyen : Satu makhluk yang tiada..
- Kisah Gambar Yang Dipertuan Agung pada duit kertas negara Malaysia.
- Kisah-kisah mistik Shamsiah Fakeh
- Indonesia rindu kesultanan, bangsamoro berperang tegakkan kesultanan, ada rakyat Malaysia nak buang Sultan?
- Pandangan Pak Long tentang ceramah Puan Zaharah Sulaiman
- Kisah Ahmad Ibnu Fadlan Bertemu Orang-Orang Viking