Friday 18 December 2015

Kerjasama tak semestinya bersatu.


Kecoh tentang PM dan DS Hadi Awang berada atas satu pentas. Macam biasa, terdengarlah isu penyatuan parti PAS dan UMNO. Akan ada orang yang menyebut tentang PAS dan UMNO berada dalam satu wadah politik yang sama. Seperti PAS masuk BN. 

Dan macam biasalah juga akan ada sebilangan ahli-ahli PAS yang tidak akan bersetuju dengan penyatuan seperti ini. Mereka akan memberikan dalil-dalil dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada suatu ketika di zaman dahulu kala. Cerita yang akan keluarlah kisah bagaimana PAS ditendang oleh UMNO pada suatu ketika dahulu. Mereka yang mengungkit-ungkit kisah seperti ini adalah tipikal. Kebanyakan mereka inilah yang kecewa PAS keluar daripada Pakatan. Kebanyakan mereka inilah jenis yang keluar PAS dan masuk PAN, tetapi masih ada yang "ditinggalkan" dalam PAS. 

PAS juga perlu sedar mereka ada ahli-ahli yang macam ini. Mereka juga perlu sedar bahawa ada malah ramai ahli-ahli mereka ditarbiyah dengan tarbiyah politik kebencian sebelum ini. Mereka ditarbiyah untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional sebagai musuh nombor satu.

Ada pula ahli PAS dari kalangan instant disebabkan momentum politik DSAI dahulu. Mereka ini tidak mempunyai pegangan yang kukuh dan tidak faham kenapa PAS itu jadi PAS. 

Apabila kemudiannya, ada beberapa yang kecewa dan meninggalkan PAS serta masuk DAP. Ini menunjukkan jelas sebenarnya mereka tak faham dasar dan hala tuju PAS yang sebenar. Persoalannya berapakah lagi orang seperti ini didalam PAS?

Bagi yang terdidik dengan tarbiyah PAS yang tulen pula tidak dapat lari daripada politik kebencian ini. Oleh itu walaupun suasana ketika ini lebih mesra dengan UMNO, orang-orang seperti ini memandangnya dengan sinis dan penuh kemusykilan. Bagi mereka penyatuan UMNO dan PAS dalam satu wadah politik juga perlu dielak dengan apa jua cara sekalipun. Mereka merasakan pengkhianatan UMNO itu lebih berbanding DAP. 

Tetapi disebalik semua ini, kenyataan Presiden PAS DSHA menunjukkan beliau amat memahami isu dan masalah yang sebenarnya. Apabila beliau berucap dengan menyentuh isu kalimah Allah, itu adalah tepat menunjukkan bahawa kerjasama itu ada diperlukan bukannya sebab kepentingan politik kepartian tetapi atas alasan mempertahanan agama dan umat.

Sudah tentu ada dari kalangan ahli-ahli UMNO yang terlalu pantas dengan cadangan PAS masuk BN. Cadangan ini sudah tentu mendapat reaksi negatif daripada parti PAS. Tidak hairanlah pula DAP dan rakan sekutunya mengejek-ejek hasrat seperti ini.

Apa yang diharapkan ialah kerjasama strategik yang bermakna. Ia dapat dilakukan dan PAS itu masih PAS seperti ini dan UMNO masih di dalam BN. Ini lebih realistik. Ini lebih memberikan manfaat kepada umat dan seterusnya negara secara keseluruhannya. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Kedua-dua parti perlu melihat apa yang menjadi "common interest" yang berasaskan agama dan kepentingan umat. Dan bekerjasama dalam mencapai matlamat dalam "common interest" tersebut. 

Dan ya, sudah tentu akan ada pihak yang tidak senang. Mereka tidak akan berdiam diri. Kerjasama PAS - UMNO ini akan menggagalkan matlamat politik mereka. Sudah tentu mereka pula akan mengusahakan bagi menggagalkan kerjasama ini. 

Tetapi sudah tentu ianya semua ujian kita hidup di atas muka bumi ini. Sudah tentu ia sukar dan mendapat tentangan. Adalah lebih baik hidup dengan perjuangan daripada hidup tanpa perjuangan. Hidup tanpa perjuangan hanyalah hidup yang sia-sia. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...