Friday 25 December 2015

Sesuaikah Student Pakai Macbook Air?


Soalan yang bagus. Ada sorang tu tanya google soalan ni.

Ada sekali tu aku duduk kat satu cafe dengan macbook aku ni kan, ada sorang pelayan lelaki ni. Rasanya macam kerja part time waktu cuti sekolah je dia ni. Tanya berapa harga macbook aku pakai ni. Hmm.. aku kecewa sikit nak jawab waktu tu. Sebab masa aku beli, harga bersih dia bawak 3k. Tau tak 3k tu apa. 3 ribu. 

Kira RM2,999lah ketika tu. Mahal atau tidak ia subjektif. Makanya kalau student, tengok bajet masing-masinglah. Kalau Fund International FaMa tu besar, beli 6 - 7k pun ko takde masaelahnye kan.. Kalau student bajet sederhana mungkin bersusah payah sikitlah.

Tapi itu waktu tu. Percaya tak selepas satu artikel dikeluarkan oleh incikposmen pasal macbook ni kan, lepas tu harga dia naik. Hampeh tul.. patut semakin lama semakin turunlah harga. Padahal pesaing dia waktu tu Sony dah turun rege dah. Dia naik pulak..! Adakah sebab artikel tu. 

Sesuaikah student pakai macbook air? Kenapa ko tanya sesuai? Apa yang ko cari selain dari Windows?


Camnilah, aku dulu pun takde macbook masa student. Aku taklehlah nak cerita masa alam student. Tapi kalau dalam alam pekerjaan, professionalism atau business, ia mempunyai beberapa kelebihan.

Sesetengah kelebihan itu pula, sudah pun dibincangkan dalam artikel dalam incikposmen ni. (Di sini)

Tapi katakan, bajet bukanlah masalah ko. Ko bertanyakan pasal performance. Kerja ko banyak, assignment pensyarah bagi berlambak. Ko banyak menaip. Ko perlukan satu laptop yang lebih daripada biasa. Ko nak cepat. Ok, macbook ni ada ciri-ciri yang ko idamkan.

Kalau ko suka buat kerja dan takde masa nak save kerja atau shut off laptop. Ko nak semua application seperti words, excel, email on je tak payah nak tutup. Itu memang specialnya macbook ini. Dia sleep macam henpon. Bila dia jaga semua application yang kita tinggal tadi semua ready balik. Boleh sambung kerja cepat.

Kalau Air pulak dia ada 11' dan 13'. Ramai yang pilih 13' mungkin sebab paparan. Kalau yang 11' dia punya mobility memang tiada tandingan. Kecuali macbook baru tu lah. Tapi itu takde usb tau. Kena ada device khas. (Artikel di sini).

Kenapa mobility? Sebab dia ringan dan boleh masukkan dalam folder fail A4 tu je. Senang je nak bawak ke kelas.

Tapi itulah. Kalau tak biasa, kena biasakan dulu. Student otak tengah bagus belajar semua benda boleh buatkan.

Ok itu saja aku nak cerita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...