Monday 7 December 2015

Konsep Kereta 2 Penumpang.


Aritu aku singgap jap di Putrajaya. Ternampak benda alah ni dan aku tak dapat menahan diri daripada  melihatnya. Kereta konsep ini mengingatkan aku kepada satu peristiwa. Peristiwa eksiden motor. 

Satu pagi aku nampak banyak kereta berhenti dan orang ramai berkumpul dan aku melihat seorang wanita terbaring dan dikerumuni orang ramai. Wanita itu lengkap berbaju kurung dan bertudung. Daripada perawakannya aku meneka beliau adalah pekerja pejabat kerajaan, sudah berkahwin dan berkemungkinan besar merupakan seorang ibu. Ketika aku yakin dengan tekaan itu, timbul pula persoalan lain. Kenapa dia memandu motor ke pejabat?

Atas pengalaman bertahun-tahun menunggang motorsikal dan pernah jadi despatch, aku amat tahu risiko menunggang motorsikal ini. Aku pernah jatuh dan juga pernah eksiden. Motor mempunyai 2 tayar sahaja, kalau tidak ditupang dengan kaki atau stand ia akan tumbang. Kalau dilanggar atau melanggar ia juga akan tumbang. Itu sebab akak itu terbaring di atas jalanraya.

Aku juga teringat kejadian bayi dikendong ibunya menaiki motor yang dibawa suami ketika hari hujan. Sehingga aku terfikir perlukah satu polisi di peringkat nasional melarang orang berkahwin jika tiada kereta!!!???

Depan bulatan masjid Putra.
Sebab aku suka memikirkan masalah negara dan aku tak mahu hanya menjadi netizens yang menyalahkan pihak itu dan ini kecuali dirinya sendiri, aku pun cuba memikirkan satu penyelesaian kepada masalah negara ini. Hmm.. panjang ayat ini. (Tamadun barat dibina atas satu formula hasil pemikiran Einstein yang cuba menyelesaikan hukum fizik untuk satu alam, tidak ada pun orang suruh dia buat macam tu)

Setelah berbulan-bulan memikirkannya malah bertahun-tahun sehinggalah aku ternampak benda alah ini. Benda alah ini adalah kereta. Tapi ia adalah sebesar satu skuter yang besar. Ia adalah kereta yang dinaiki dua orang yang ada empat tayar!

Gambar dan video di bawah.



Prototype ini adalah jenis kereta elektrik. Keluaran Renault, asal namanya Twizy. Kalau ikutkan kos operasinya di Putrajaya ini adalah mahal juga untuk pelanggan yang ingin mencubanya. Buka pintu dia je RM2.00. Bawak dia pusing bulatan depan masjid ini RM15.00. Bawak satu jam RM150.00. Mungkin kos untuk pelancong-pelancong luar negara. Beritanya ia telah pun mendapat kelulusan JPJ untuk berada di atas jalanraya. Harganya sebijik bermula dengan RM71,888.00 tak masuk insuran. Sumber.

Tapi sebagai seorang engineerlah cuba korang bayangkan kos pembuatannya jika ia dibuat dalam negara. Ia tak memerlukan bahan untuk satu kereta yang besar malah lebih kecil daripada Kereta Perodua Kancil. Tayarnya bukan tayar kereta yang besar. Cuma saiz macam tayar motor superbike yang lebar itu. Ia boleh dicipta dan direkabentuk untuk tangki minyak petrol atau pun diesel. 



Mungkin enjin 1.0 CC sebesar enjin motorsikal dah cukup kuat. Aku anggarkan untuk bukan versi elektrik, harganya boleh dilego RM15,000 hingga ke RM20,000. RM20,000 itu kira supreme level. Macam harga sesetengah motor kuasa besar atau sekuter. Tapi ia adalah kereta, ia ada bumbung. Ibu yang bawa bayi duduk di belakang tidak ditimpa hujan macam kejadian kadang-kala dapat dilihat di jalan-jalan raya. 

Aku sendiri pun sebenarnya geram tengok kereta ni dan kalau ada dalam market dengan harga RM20,000 aku pun nak ambik satu. Ada orang terpaksa menaiki kereta untuk perjalanan setiap hari ke tempat kerja. Bagi yang badan tidak berapa tahan dan jarak yang jauh, tak sesuailah menaiki motor. Kenderaan seperti ini sudah tentu kos operasinya tidak semahal kereta walaupun ia menggunakan minyak petrol. Ia mungin sedikit mahal sahaja berbanding skuter. Ini dapat menjimatkan kos perjalanan dengan begitu drastik sekali.

Belakangnya, design keseluruhannya menarik.

Mana tahu jika kalau betul diproduksi ramai yang ingin membelinya, bukan aku sahaja. Mungkin pengguna bermotor ada yang masih tak mampu memilikinya. Tapi sebahagian besar mereka ni dan mungkin yang berkeluarga akan memikirkan secara serius untuk memilikinya kalau ada di pasaran dengan harga yang menarik tadi.

Macam bawak kereta, tapi takde orang duduk sebelah.
Dia duduk belakang.

Penumpang belakang. Sorang.
Ada versi lain ganti kargo boot 180 liter.
Tapi takde pulak aku perasan haritu.
Bukalah pintu.. bukalah pintu..
Kalau aku buka dah tentu aku bawak pulak.

Kalau engkau tu student badan sedap lagi naik jelah motor tu, dulu aku pun lama pakai motor.

Syoknya bro ni bawak..
Aku rasa inilah antara penyelesaian yang aku fikirkan bertahun-tahun itu. Tapi aku fikirkan sahaja. Aku tak ada modal untuk bukak kilang kereta macam ni. Aku bukan big player dalam industri automotif negara. Tapi harapnya dengan lontaran idea ini ada pihak yang tertarik membuat sesuatu. Akhir kata, sila tengok video di bawah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...