Credit : Brothers - Topic
Jihad merupakan perjuangan. Perkataan jihad tidak terhad kepada menentang musuh di waktu perang semata-mata. Sebab itu ada yang dinamakan jihad ekonomi. Perjuangan membangunkan ekonomi.
Tetapi apabila musuh menyerang ingin memusnahkan umat Islam, negaranya atau harta benda mereka, maka wajiblah umat Islam melaksanakan jihad. Secara rasminya, berdasarkan pandangan para ulama, jihad perang ini dimulakan apabila adanya pengumuman rasmi daripada pemerintah.
Dalam pada itu, pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh umat Islam untuk membantu saudara muslimin mereka yang menghadapi peperangan atau ditindas di negara umat Islam yang lainnya. Seperti umat Islam di Palestin yang sentiasa dalam fikiran dan tumpuan umat Islam khususnya mereka di Malaysia ini.
Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan bantuan kemanusiaan melalui derma, bantuan fizikal, harta-benda melalui pertubuhan-pertubuhan yang sah dapat menyalurkan bantuan tersebut di sana.
Selain itu, umat Islam semuanya walau di mana jua, haruslah bersedia dan bersiap diri dengan segalanya untuk menghadapi cabaran akhir zaman ini.
ْأِلَى الْأَمَامْ يَا أُمَّةَ الْأِسْلَام
Ke hadapanlah wahai umat Islam
ْيَا رَبِّيْ أُنْصُرْ دِيْنَ اْلاِسْلاَم
Wahai Tuhanku Bantulah Agama Islam
ْعَلَى الْأَعَادِ جُمْلَى بِاكْمَاَل
Ke atas pihak musuh secara keseluruhannya dengan sempurna
ْيَا أِخْوَانَ الْمُسْلِمِيْنَ هَيَّا لِلْقِتَال
Wahai persaudaraan muslimin ayuhlah berperang
ُأُذْكُرُ الرَّحْمَانُ أُذْكُرُ الرَّحِيْم
Sebutlah/Ingatlah Al-Rahman Sebutlah/Ingatlah Al-Rahim
ْعَلَى الْأَعَادِ جُمْلَى بِاكْمَاَل
Ke atas pihak lawan secara keseluruhannya dengan sempurna
°°°°°°°°°°°°°°°°°
ْهَيَّا هَيَّا يَا رِجَالْ هَيَّا بِالْجِهَاد
Ayuhlah Ayuhlah wahai kaum lelaki ayuhlah berjihad
ْهَيَّا هَيَّا يَا رِجَالْ هَيَّا بِالْكِفَاح
Ayuhlah Ayuhlah wahai kaum lelaki ayuhlah menentang (musuh)
°°°°°°°°°°°°°°°°°
عِشْ عَزِيْزًا أَوْ مُتْ شَهِيْدًا
Hiduplah dengan hebat atau matilah dengan keadaan syahid
ِّوَ لَا تُبَالِيْ لِلْعَدُو
Dan janganlah engkau peduli akan musuh
ُاَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَر
ْهَيَّا بِالْجِهَاد
Allah Maha Besar
Ayuhlah Berjuang
°°°°°°°°°°°°°°°°°
___*********___
Jaga-jaga, lagu ini berkemungkinan digam di stesen-stesen radio dan TV atas alasan mencetuskan kegusaran awam.
ReplyDeletelagu ni dah lama. tahun hujung 90an lagi. x pon awal 2000s. tiada masalah pon.
ReplyDeleteLagu ni bukan lagu baru. dari hujung 90an lagi. xpon awal tahun 2000s. Tiada masalah pon.
ReplyDelete