Thursday 4 September 2014

Indonesia rindu kesultanan, bangsamoro berperang tegakkan kesultanan, ada rakyat Malaysia nak buang Sultan?


Selepas penat berurusniaga sepanjang hari, aku pun malam ni duduklah depan TV.  Malam ni aku menonton rancangan Titian Ombak oleh TV Al-Hijrah. Rancangan kali ni menceritakan kisah Palembang, Indonesia dari segi sejarah kesultanan, kedatangan Islam dan peperangan Palembang dan Belanda.

Apa yang menarik bagi aku ialah bila wakil TV Al-Hijrah yang membuat liputan daripada Palembang itu di sambut oleh Sultan mereka dan baginda bermurah hati untuk turut sama terlibat dalam menerangkan sejarah makam-makam di Palembang. (Malah turut menjadi model iklan di akhir rancangan bagi mempromosikan produk Auralife!! Video di bawah)

Semua tahu yang Indonesia adalah negara republik, aku pun faham macamtu lah. So.. mana datangnya Sultan Palembang ini? Aku pun googlelah tentang Sultan Palembang ni untuk mendapatkan sedikit info.

"After long time the Palembang Darussalam had not been existed, in 2006, one of the Palembang Darussalam Sultanate Descendants, Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin, was declared as the eleventh sultan since that year. He is descendant of Sultan Muhammad Mansyur Jayo Ing Lago and Sultan Mahmud Badaruddin Jayu Wikramo. According to www.sultanpalembang.com, the appointment of Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin had been blessed by the expert of lineage the Palembang Darussalam Sultanate, R.M Yusuf Prabu Tenaya, who is offspring of Sultan Ahmad Najamuddin Pangeran Ratu bin Sultan Mahmud Badaruddin II, and R.M  Syarifuddin Prabu Anom is descendant of Sultan Ahmad Najamuddin Prabu Anom".

 Sumber maklumat di melayuonline.com

Sultan Palembang - sumber foto http://penaleklook.blogspot.com
Aku ada juga membaca tentang waris-waris kesultanan yang lain seperti di tanah Jawa dan Minangkabau. Mereka masih menjaga adat istiadat istana walaupun secara rasminya di Indonesia itu tidak ada Sultan lagi.

Tentang Bangsamoro ataupun Sulu juga, aku pernah terbaca dalam artikel yang dibuat oleh seorang blogger bangsa Sulu ni yang mendakwa bahawa Bangsamoro adalah bangsa Melayu yang sebenar. Hmm.. waktu tu aku terfikir, kenapa pula blogger ni nak mengaku bangsa Melayu sebenar pula. Kenapa tak mengaku bangsamoro saja atau keturunan Sulu? Paling tak pun mengaku rumpun Melayu dah memadai. Apa pentingnya nak mengaku bangsa Melayu sebenar? Macam orang Jawa Indonesia, nak tak dia mengaku bangsa Melayu?

Ni semacam adanya usaha untuk menghijack bangsa Melayu atau pihak-pihak berkepentingan seolah-olah nak diiktiraf bangsa Melayu sebenar. Ironiknya, benda ni berlaku bila ada pula satu propaganda daripada satu pihak berkepentingan menafikan bangsa Melayu tu wujud!

Pihak ni tak hairanlah dia cakap macam tu. Kepentingannya politik. Yang hairan tu ada orang-orang Melayu sendiri pun percaya tu. Ada pulak yang mendakwa sehingga ke tahap mengaku bangsa Melayu tu rasis dan bertentangan dengan agama?

Nampaknya kalau tak nak jadi ummat Melayu ada orang lain yang menunggu peluang itu. Apa istimewa ummat Melayu ini? Lengkapkah ummat Melayu tanpa keSultanan?

Ok, kita tonton video iklan Auralife yang dipromosikan Sultan Palembang.





Oleh kawan incikposmen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...