Sifat 7 ni umat Melayu bawa berlagu dengan nasyid Sifat 20. Sudah tentu ada hikmahnya apabila dikumpulkan sifat 7 ini oleh ulama-ulama dan diletakkan dalam satu modul. Bahkan Imam Abu Hanifah menyatakannya seperti di dalam Fiqh Akbar seterusnya disyarahkan dengan modul Maturidiyah dan juga Asyairah.
Yang dimaksudkan asalnya sifat 7 adalah sifat-sifat Tuhan yang utama dan wajib pada akal. Kita mengenali sifat 7 ini secara fitrah adalah kerana ianya juga diciptakan kepada insan atau manusia, maka sifat 7 pada makhluk adalah bersifat ciptaan dengan lafaz yang sama juga tetapi berlainan makna antara Yang Maha Pencipta dan makhluk.
Dengan sifat 7 yang ada pada kita inilah kita mengenali sifat 7 utama Tuhan Maha Pencipta yang menjadikan kita dari tiada kepada ada.
Sifat 7 ini bolehlah kita pecahkan kepada 3 + 1 + 3 (313)
3 yang pertama
Bagi sifat 7 yang ada pada diri kita tiga yang pertama ialah penglihatan, pendengaran dan juga percakapan atau berkata-kata. Ini kerana apabila kita melihat wajah orang, kita akan dapat melihat alat-alat pada wajahnya yang menzahirkan sifat-sifat ini.
Mata : Melihat
Telinga : Mendengar
Mulut : Berkata-kata
3 yang kedua
Bagi 3 yang kedua pula ialah sifat ilmu, kehendak dan kudrat atau kekuatan.
Apabila kita melihat jasad manusia kita boleh melihat terzahirnya sifat ilmu pada dirinya dengan keadaan dia memahami dan mengetahui sesuatu.
Kita lihat juga dia mempunyai kudrat atau kekuatan. Ini dengan melihat jasadnya ada anggota seperti tangan dan kaki. Dengan tangan manusia boleh menggenggam dan seterusnya melakukan pelbagai perbuatan pekerjaan. Begitu juga dengan kaki.
Apabila satu urusan perbuatan itu dibuat dengan baik dan sempurna, maka telah berlakulah pada insan itu keadaan berilmu, berkehendak dan melaksanakan dengan kudrat.
Ilmu : terzahir pada otak/hati/dada
Kehendak : terzahir dengan lafaz jika diucapkan dan perbuatan jika dilakukan
Kudrat : terzahir apabila kita melihat atau mendengar perbuatan yang terhasil atau dilakukan.
Sifat 1 yang mengikat
Hidup
Ini kerana jika tiada kehidupan insan itu mati. Jika mati insan itu tidak berilmu, tiada berkehendak, tiada kudrat, tiada melihat, tiada mendengar dan tiada berkata-kata.
Kerana untuk bersifat dengan 6 sifat ini perlulah syaratnya dia hidup terlebih dahulu.
Pintu ilmu
Sifat 7 inilah merupakan pintu-pintu ilmu. Ianya juga adalah rahsia dunia. Dengan memahaminya insan itu akan berjumpa dengan sumber kekuatan yang merupakan fitrah insan itu sendiri.
Sebaik-baiknya untuk memahaminya adalah dengan awal sekali kita memahaminya melalui perkataan-perkataan bahasa Arab. Ini kerana kita akan dapat faedah daripada penggunaan perkataan tersebut secara ilmiahnya. Jika baru hendak mempelajarinya bolehlah merujuk dahulu Nasyid Sifat 20 oleh Raihan seperti di sini.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment