Showing posts with label 911. Show all posts
Showing posts with label 911. Show all posts

Sunday, 24 December 2017

Belajar Sains : Apakah Itu Nano-Thermite Yang Dijumpai Dalam Runtuhan 9/11?


Salah satu faktor kejayaan Israel dalam perancangan zionisnya untuk merampas Baitul Muqaddis adalah dengan memaksa pihak tertentu yang memegang tampuk pemerintahan USA untuk mereka-reka satu kejadian serangan pengganas iaitu kejadian 9/11. 

Satu artikel saintifik merumuskan impak daripada dua kapal terbang yang didakwa menjadi mangsa hijack bukanlah punca kepada runtuhnya kedua-dua bangunan World Trade Center, New York, USA dalam tahun 2001. 

Para pengkaji telah menemui sejenis bahan letupan yang dinamakan sebagai Nano-Thermite di dalam debu runtuhan bangunan berkenaan. Jelas bahan berkenaan tidak mungkin datangnya daripada dua kapal terbang boeing yang melanggar bangunan. Tetapi mereka percaya beberapa tan bahan tersebut telah diletakkan di dalam bangunan sebelum kejadian itu berlaku. 

Niels Harrit (seorang saintis Denmark) bersama 8 orang pengkaji bebas yang lain telah merumuskan dalam artikel berkenaan bahan Nano-Thermite inilah yang menjadi penyebab kepada kemusnahan kedua-dua bangunan itu sehingga menjadi debu.

Apakah itu Nano-Thermite?

Kami menjumpai nano-thermite dalam runtuhan bangunan tersebut tetapi kami tak kata hanya nano-thermite sahaja yang telah digunakan. Bahan asas thermite telah digunakan sejak 1893, ia sendiri adalah campuran aluminium dengan serbuk karat besi. Campuran ini bereaksi menghasilkan api yang membakar dengan suhu sangat panas. Reaksi itu menghasilkan besi yang panas membakar sehingga suhu 2500⁰C. 

Saturday, 16 December 2017

Rahsia Perancangan Israel Menawan Baitul Muqaddis

Umat Islam marah apabila Amerika Syarikat mengumumkan Baitul-Muqaddis sebagai ibu negara Israel baru-baru ini. Kemudian berlakulah perbincangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia tentang apa yang sedang berlaku dan bagaimana Israel yang dianggap memerintah dunia secara proksi serta mencapai matlamatnya bagi menawan Baitul-Muqaddis.

Chistopher Bollyn adalah seorang Jurnalis Penyiasatan yang mengkaji perancangan dan gerakan Zionis Israel, iaitu gerakan yahudi zionis bagi merampas Baitul-Muqaddis dan membina apa yang mereka namakan sebagai Kuil Nabi Sulaiman. 

Selain itu, Chistopher turut menceritakan perkaitan kejadian 9 / 11 di World Trade Center, New York yang menjadi teras kepada perancangan Israel dalam gerakan memerangi musuh yang direka-reka mereka dan dinamakan sebagai kempen memerangi keganasan. 

Berikut adalah terjemahan Bahasa Melayu (secara bebas) kepada dialog oleh Christopher sewaktu Open Mind Conference 2016 yang jelas dapat menggambarkan apa yang sedang berlaku di dunia kini dengan pembabitan Israel.


Chistopher Bollyn

Bagaimana Idea Dijual Oleh Israel


"Sebenarnya, apa yang dinamakan kempen memerangi keganasan ini yang dipentaskan di seluruh dunia bermula pada tahun 1979 di Israel. Di Institut Netanyahu, dalam satu Persidangan yang dinamakan Persidangan Jurusalem, Keganasan Antarabangsa."

"Persidangan ini adalah selama 3 hari, ia dianjurkan oleh Kerajaan Israel yang diketuai oleh Menachem Begin, Mr Netanyahu dan ayahnya. Mereka ini adalah penyelaras utama. Juga George  Walker Bush, pada masa itu merupakan calon untuk Timbalan Presiden Amerika Syarikat dalam tahun 1979. 

"Dalam Persidangan tersebut, satu doktrin atau idea telah dibentangkan kepada Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang menjadi sekutu Israel, mengenai keperluan untuk mereka menyertai peperangan memerangi keganasan di Timur Tengah (negara-negara Arab) bagi menentang apa yang mereka namakan sebagai kumpulan pengganas yang memerangi Israel. Dan juga terhadap negara-negara yang memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan pengganas ini."

Wednesday, 9 November 2016

Encik Trump dan Tanda-tanda Akhir Zaman


Pertamanya tahniahlah Encik Trump kerana berjaya menjadi Presiden negara Amerika kan. Sememangnya Incikposmen telah pun membuat ramalan yang Encik Trump menjadi presiden seperti posting sebelum ini di sini. Ramalan ni hanyalah ilmu manusia sahaja. Sebab kemungkinan itu binary, kalau tak betul salahlah, kalau tak salah betullah dia. Ditakdirkan pula ramalan itu betul.

Ada yang mengatakan presiden Amerika ni bukanlah berkuasa mutlak untuk mengubah semua dasar yang sedia ada. Dasar negara tetap berjalan seperti biasa. Tiada perubahan drastik dijangka berlaku. Israel masih lagi akan membuka penempatan baru tanpa halangan keras daripada Amerika dan serangan Israel akan masih berlaku ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa. 

Kepentingan Amerika di Iraq dan Afghanistan masih akan berlangsung. Dan lain-lainlah kepentingan Amerika yang ketara dalam banyak aspek.

Monday, 28 December 2015

Jurutera ( Engineer ) dan Arkitek semua, jom buat projek ni.


Betulkah api yang terbakar dalam bangunan boleh menyebabkan bangunan menjadi runtuh akibat struktur besi menjadi lembik? Besi apakah yang boleh menjadi lembik seperti itu, supaya arkitek bangunan pada masa akan datang tidak akan menggunakan besi-besi yang lembik yang menyebabkan bangunan runtuh.

Pelajar-pelajar arkitek bangunan perlulah prihatin tentang hukum sains ini. Jika anda buat bangunan dengan besi lembik dan mengakibatkan kematian, anda boleh disaman atas kelalaian anda. Antara kelalaian itu ialah memilih besi-besi yang boleh lembik bila berlakunya kebakaran di dalam bangunan tersebut.

Anda tidak boleh memberikan alasan buku teks semasa di Universiti tidak ajar perkara ini. Hal nyawa manusia bukan boleh dipandang mudah. Anda sendiri seharusnya tahu mengenai hukum sains sebenar. Sudahkah anda menjumpai hukum sains itu?

Monday, 20 July 2015

Revisit 911 - Mempelajari Asas Kejuruteraan dan Arkitektur.

Mari belajar asas kejuruteraan dan arkitek. Pernahkah anda menjumpai dalam buku-buku teks teori bangunan boleh cair disebabkan terbakar? 


Berita sudah tahu bangunan 7 akan runtuh. Saksi yang mendengar siri letupan yang meruntuhkan bangunan.

Saturday, 14 March 2015

Bangunan paling lembut di dunia.

Mengambil pengajaran daripada ini, janganlah kita membina bangunan yang lembut. Bangunan yang bisa runtuh menyembah bumi hanya kerana berlaku kebakaran di dalam pejabatnya. 

Sehingga kini tidak ada lagi bangunan yang runtuh akibat kebakaran. Kecuali bangunan 7 di WTC pada kejadian September itu. Ia tidak langsung dilanggar oleh mana-mana kapal terbang atau pun terkena serpihan dua bangunan WTC yang runtuh pada hari yang sama.

Tuesday, 13 January 2015

Konspirasi 911 : 7 Fakta tentang bangunan WTC 7




7 Fakta tentang bangunan WTC 7 (Bangunan ke-3 yang runtuh semasa tragedi 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat).

Thursday, 11 September 2014

Tarikh 11 September, Konspirasi 911.

KONSPIRASI 911
Siri 1


1) Majalah antarabangsa The Time meletakkan isu penyembunyian fakta mengenai kejadian menara berkembar World Trade Center, New York dirempuh 2 pesawat pada 11 September 2001 sebagai termasuk sebagai 10 konspirasi terhebat dunia bersama-sama yang lainnya seperti pembunuhan presiden Kennedy, kawasan 51 serta alien di US dan pertubuhan rahsia dunia (Freemason).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...