Rahsia Israel menguasai Baitul Muqaddis.
Lagi maklumat yang penting bagi memahami apa yang berlaku kepada Baitul Muqaddis khususnya dan juga Palestin amnya. Juga perkaitan kejadian 9/11 sebagai pencetus utama kepada usaha merampas Baitul Muqaddis daripada Palestin.
Seterusnya melihat apakah perancangan Israel seterusnya untuk mencengkam Baitul Muqaddis yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat sebagai milik mutlak Israel.
Berikut adalah sebahagian petikan sesi temubual yang dijalankan oleh Derrick Broze dengan Christopher Bollyn. (Terjemahan Bebas)
Boleh anda memberikan takrif Zionisme untuk kami?
Negara Israel itu dipanggil sebagai negara zionis. Ia satu negara yang dibina atas matlamat zionisme iaitu satu ideologi politik. Bukan ideologi agama, bukan ideologi bangsa, ia adalah satu ideologi politik.
Jadinya sesiapa sahaja boleh jadi zionis?
Ya, sudah tentu. Ada orang Islam zionis, ada Kristian zionis. Apa yang saya temui daripada hasil kajian yang telah saya lakukan mereka yang terlibat dalam perancangan 9/11 bukan calang-calang zionis. Mereka ini adalah ahli zionis dari peringkat tertinggi. Yakni pada hierarki tertinggi dalam pertubuhan organisasi zionis. Seperti yang saya katakan tadi ia adalah satu ideologi politik.
Pada hari ini ideologi zionisme dizahirkan dalam bentuk parti politik Likud. Ia kini menguasai politik di Israel sejak 1977. Yakni semenjak doktrin (idea) kempen memerangi keganasan dan kejadian 9/11 mula dirancang. Yang penting ialah plot 9/11 ini serta kempen memerangi keganasan boleh diibaratkan sebagai 2 sisi daripada satu duit syiling yang sama. Inilah "duit syiling" yang dihasilkan oleh parti Likud.
Parti Likud atau L.I.K.U.D di Israel adalah satu kumpulan pengganas lama di Israel. Ia diasaskan oleh Menachem Begin. Dan dalam tahun 1977, Menachem Begin mendapat tampuk kekuasaan di Israel. Disinilah bola mereka mula bergolek (rancangan bermula).


