Saya bukanlah pakar tetapi sekadar berkongsi ilmu bahasa Arab yang mudah-mudah. Sebab kita ada koleksi lagu dan nasyid Arab yang dah diterjemahkan. Eloklah kalau kita bersama-sama belajar serba sedikit mengenai bahasa Arab apabila kita melagukan nasyid itu.
Perkataan "saya".
Perkataan "saya" dalam bahasa Arab ialah "ana" atau أَنَا
Tetapi dalam bahasa Arab perkataan أَنَا ini boleh bercantum dengan perkataan yang menunjukkan perbuatan. Contoh daripada nasyid Man Ana dari kumpulan Brothers di bawah.
أَنَا مُؤْمِنٌ سَأَعِيْشُ دَوْمًا مُؤْمِنَا
Akulah orang beriman
maka aku hidup sentiasa sebagai orang yang beriman
Perkataan سَأَعِيْشُ itu adalah daripada perkataan (سَ + أَعِيْشُ).
سَ secara harfiahnya bermakna "akan"
أَعِيْشُ pula bermakna saya hidup
Perbuatan masa kini
Format أ berada di depan adalah bagi present tense atau menunjukkan waktu sekarang. أ inilah yang mewakili perkataan “saya”.
Contoh 2
Contoh 3
لَسْتُ أَرْجُوْ غَيْرَ أَنِّي
Tidaklah aku meminta kecuali bahawa aku
Lirik Nasyid Imad - Qalbi Yunadi (Album Munaya)
أَرْجُوْ bermakna saya meminta.
Perbuatan masa lalu
Bagi perbuatan masa lalu perkataan saya ini diwakili oleh huruf ُت di hujung perkataan yang menunjukkan perbuatan.
Seperti contoh
رَأَيْتُ secara harfiahnya membawa makna "saya telah melihat/nampak". Iaitu past tense.
Perkataan "ana" dalam bahasa Arab ini membawa maksud "saya" dan juga "aku". Ia tak membezakan macam bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment