Wednesday, 11 March 2026

Istighfar awal, akhir, zahir dan batin


Kenapa apabila hari raya kita ucap Maaf Zahir dan Batin? 

Sebab kita nak dosa kita pada orang yang kita ucapkan tu dimaafkan kesemuanya kan. Semua dosa tu, zahir dan batin. 

Ada satu ucapan Istighfar dari hadis Nabi SAW yang maknanya memohon pengampunan dari segi aspek awal, akhir, zahir dan batin. 

Malah disebut nama Allah di dalamnya Yang Maha Memulakan dan Yang Maha Mengakhirkan. 

Aspek awal dan akhir ialah dosa yang dosa yang telah dilakukan dan akan datang.

Aspek zahir dan batin pula ialah dosa yang disembunyikan atau dirahsiakan.

Merangkumi juga dosa yang kita tidak ketahui tetapi Allah mengetahuinya. 

Dilihat lafaz istighfar ini sangatlah lengkap merangkumi semua aspek kehidupan. Tetapi dalam matan hadisnya tiada dinyatakan kelebihan khusus membacanya. Mungkin itu menyebabkan istighfar ini kurang dikenali berbanding jenis istighfar yang lain.

Tetapi adakah sebab tidak dinyatakan maka ianya tiada kelebihan khusus? 

Kelebihan itu hanya akan nyata kepada kita di akhirat kelak.

Kalau melihat kepada makna lafaznya, serius.. pengamal istighfar ini bakal dicemburui oleh orang lain di akhirat kelak. Sebab orang lain tu terlepas tak amalkannya kannn.

Atau orang lainlah yang jeles dengan anda di akhirat kelak kerana andalah pengamal lafaz istighfar ini. 

Wallahua'lam



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي  خَطِيئَتِي  وَ جَهْلِي

Ya Allah, ampunilah untukku kesalahanku dan kejahilanku


 وَ إِسْرَافِي  فِي  أَمْرِي

 Dan keterlanjuranku dalam urusanku

 

 وَ مَا  أَنْتَ  أَعْلَمُ  بِهِ  مِنِّي

Dan apa yang Engkau lebih mengetahui akan ia dari aku


اللَّهُمَّ  اغْفِرْ لِي  جِدِّي  وَ  هَزْلِي

Ya Allah ampunilah untukku (dosa) kesungguhanku 

bermain-mainku


 وَ  خَطَئِي  وَ  عَمْدِي

Dan kesilapanku dan kesengajaanku


 وَ  كُلُّ  ذَلِكَ  عِنْدِي

Dan kesemua yang demikian itu dari sisiku


اللَّهُمَّ  اغْفِرْ لِي  مَا  قَدَّمْتُ   وَ  مَا  أَخَّرْتُ

Ya Allah ampunilah untukku apa yang telah aku dahulukan 

dan apa yang aku akhirkan


 وَ مَا  أَسْرَرْتُ  وَ  مَا  أَعْلَنْتُ

Dan apa yang aku telah sembunyikan 

dan apa yang aku telah zahirkan


 وَ  مَا أَنْتَ  أَعْلَمُ  بِهِ  مِنِّي

Dan apa yang Engkau lebih mengetahui 
akan ia daripada aku


أَنْتَ  الْمُقَدِّمُ  وَ  أَنْتَ  الْمُؤَخِّرُ

Engkau Yang Memulakan dan Yang Mengakhirkan

 وَ  أَنْتَ  عَلَى  كُلِّ  شَيْءٍ   قَدِيرٌ

Sedangkan Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

---*---

Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Daʿawat (Doa)

Sahih Muslim, Kitab adh-Dhikr wa ad-Duʿa

---*---

JAPDKIHBBAYRA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...