Thursday 28 January 2016

Pengubahsuaian Bajet 2016 - Caruman KWSP dikurangkan Mac 2016 - Disember 2017


48. Langkah pertama: Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan dikekalkan. Langkah ini, dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga 8 bilion ringgit setahun.

Sumber - Link

Tuesday 26 January 2016

Indonesia belajar daripada undang-undang anti terror Malaysia ?


Pihak Indonesia telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia kini ingin melihat kepada undang-undang anti-terror Malaysia yang dianggapnya lebih ketat dan tegas berbanding Indonesia. Ia berbuat demikian bagi tujuan pindaan terhadap undang-undang anti-terror negara itu berikutan serangan terroris / pengganas di Sarinah, Jakarta baru-baru ini. (Sumber)

Apakah setting undang-undang anti-keganasan Malaysia yang ingin dilihat oleh Indonesia ini?

Saturday 23 January 2016

Perjanjian TPPA - Pro dan Kontra


Nak masuk TTPA atau tak nak masuk? Nak bantah atau nak sokong?

Atau nak berkecuali?

Sudah tentu apabila seorang peniaga diajak untuk memasuki dalam satu blok perniagaan bersama-sama peniaga lain, blok itu bertujuan memberikan manfaat sesama ahli-ahli berbanding yang bukan ahli.

Jika blok perniagaan itu dikehendaki syarat-syarat tertentu yang mungkin merugikan ahli-ahli tertentu, sudah tentu ahli-ahli itu mengkaji terlebih dahulu dan membuat pertimbangan samada dia hendak menyertai atau tidak.

Jika dia melihat banyak mudarat daripada manfaat bolehlah dia memutuskan untuk tidak menyertai pakatan perniagaan itu. Jika tidak maka dia boleh membuat keputusan sebaliknya.

Dalam konteks TPPA pula ia bukan melibatkan individu peniaga tetapi ahlinya adalah negara-negara. Sudah tentulah negara itu sendiri mempunyai mekanisma dan pasukan yang ditugaskan  bagi mengkaji baik dan buruknya perjanjian TPPA ini. 

Saya sendiri bersyukur kerana pasukan yang ditugaskan mengkaji dan meneliti perjanjian ini diketuai oleh DS Mustapha Mohamed. Seorang yang dikenali jujur dan amanah, tidak terlibat dengan mana-mana kontroversi yang dikaitkan dengan mana-mana jenayah, salah guna kuasa atau pun penyelewengan wang. Yang dihormati oleh kawan dan lawan.


DS Mustapha Mohamed - Malaysia mestilah
berkeupayaan untuk mengalami perubahan. Youtube.

Sebagai rakyat sudah tentulah bergantung kepada kerajaan dalam membuat kajian terhadap TPPA ini yang merupakan subjek yang besar dan rumit untuk difahami.

Tetapi sudah tentulah ada juga kajian daripada pihak lain. Pihak ini terbahagi kepada dua, yang menyokong dan yang membantah TPPA.

Friday 15 January 2016

Bagaimana nak mengira bunga hutang ah long?


Bila Utusan menyiarkan laporan berita mengenai kenyataan polis yang hutang ah long kini menjadi-jadi, meningkat sehingga 8 kali ganda (sumber). Sebelum itu pula ada berita daripada Sinar Harian mengenai seorang kontraktor gagal bayar hutang ah long RM700,00.00 sehingga dia diganggu oleh ah long (sumber).

Aku terfikir sudah tentu trend ini bukanlah trend yang sihat. Manusia sekarang ini terlalu obses dengan material atau pun kebendaan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang di luar batasan. Luar batasan di sini sebab pinjam loan dari ah long sudah tentu di luar apa yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Pinjaman ah long ini sebenarnya jelas diluar kemampuan orang biasa untuk membayarnya tetapi kerana fikiran mereka telah tertipu dengan persepsi yang mereka boleh bayar, mereka pun pinjamlah dan akibatnya mereka sebenarnya tak boleh bayar. Ah long pun bertindak di luar batasan undang-undang untuk mendapat kembali jumlah pinjaman sekali dengan bunga yang tinggi tu.

Aku teringat apa yang terjadi kepada seorang kenalan ini. Dia telah bankrup dan tutup kedai kerana gagal melangsaikan hutang ah long. Dia dan keluarga hidup dalam ketakutan dan terpaksa hidup berpindah-randah bagi mengelakkan diburu oleh ah long. 

Melalui cerita dia barulah aku faham bagaimana bunga atau interest hutang ah long itu dikira. Selama ini aku ingatkan pinjaman ah long ini macam pinjaman bank. Ada tempoh macam 7 -10 tahun atau 20 tahun.

Thursday 14 January 2016

Susulan Terror di Jakarta

Wajah salah seorang suspek
penyerang berani mati di Sarinah, Jakarta. 

Perbuatan sekumpulan orang yang melakukan terror di Jakarta telah menggemparkan dunia. Serangan berani mati yang dilakukan ke atas pondok kepolisian itu mengejutkan pihak keselamatan Indonesia dan juga orang awam.

Serangan bersenjata itu juga turut menyasarkan Starbuck sebagai sasaran sehingga dikatakan Starbuck di Indonesia terpaksa ditutup sementara waktu akibat kejadian serangan itu. Motif serangan ke atas Starbuck juga sedang dikaji. 

Seperti di Malaysia, Starbuck tidak menjadi isu dalam boycot sebahagian rakyat tetapi sebaliknya lebih ditumpukan kepada Mc Donald. Dilihat ada persepsi berbeza dikalangan segelintir rakyat dua negara ini.

Tan Sri IGP / Ketua Polis Negara juga telah menyatakan pihak keselamatan negara sedang meningkatkan tahap keselamatan susulan daripada kejadian di Sarinah, Jakarta itu. 

Sunday 10 January 2016

Kejayaan Malaysia dalam rundingan TPPA


Apabila DS Najib telah berjaya dalam negosiasi dengan para pemberontak di Ukraine untuk mendapat laluan bagi proses menyelamat dan mengambil mayat-mayat mangsa pesawat MH17 yang jatuh seterusnya memberikan laluan kepada proses siasatan bermula, media massa antarabangsa terkejut kerana ia berlaku secara mengejut dan tidak disangka-sangka.

Pada sangkaan mereka, konflik tersebut akan berlanjutan sehingga satu tempoh lama dan tidak akan ada pasukan penyelamat dapat masuk ke kawasan pesawat terhempas dalam tempoh terdekat.

Setelah kejayaan negosiasi itu, media massa antarabangsa mulalah membincangkan mengenai sejarah skill negosiasi Malaysia yang dianggap sebagai luar biasa. 

Saturday 9 January 2016

3 pakar silat Indonesia berlakon dalam Filem Star Wars - The Force Awakens.


Rupa-rupanya ada 3 orang pelakon Indonesia yang terkenal dengan filem "The Raid" dipanggil untuk berlakon dalam filem Star Wars terbaru iaitu " The Force Awakens ". Puncanya ialah pengarah filem Star Wars tersebut iaitu JJ Abrams adalah peminat mereka yang muncul dalam menunjukkan aksi silat berkualiti dalam filem "The Raid".

Mereka ialah Yayan Ruhian, Iko Uwais dan Cecep Arif Rahman. Walaupun tidak diberikan watak utama, tetapi watak yang diberikan kepada mereka adalah layak untuk diabadikan dalam bentuk Lego.


Yayan Ruhian, Iko Uwais dan Cecep.
Gambar - Detik.com
Yayan Ruhian ketika menceritakan pengalaman berlakon di set pengambaran, mereka telah dikenakan satu disiplin yang ketat supaya para pelakon fokus kepada matlamat kerja yang ingin dicapai. Telefon bimbit atau handphone mereka akan dikunci dan digantikan dengan telefon bimbit khas hanya untuk berkomunikasi sesama pelakon. 

Friday 8 January 2016

Positif Blogging


Saya selalu terfikir dan berpandangan populariti bukanlah segala-galanya. Jika hendak popular sudah tentu ada resepi dan cara-caranya yang boleh diikut. 

Ramai yang telah lakukan dan terbukti keberkesanannya. Tetapi adakah itu segala-galanya. Adakah dengan cara itu ia dapat membuat perubahan yang positif dalam iklim blogging dalam Malaysia ini. 

Dalam suasana umpat, fitnah dan propaganda negatif berleluasa dan mendapat tempat dalam bacaan masyarakat, sudah tentu perlunya ada keseimbangan. Perlunya ada pihak memberikan masukan positif. Walaupun ianya kurang atau pun mungkin tidak mendapat perhatian. 

Satu lagi gejala yang saya cuba lawan dan sebahagian dari perjuangan saya dalam alam blogging ini ialah sifat mudah mempercayai khabar-khabar negatif tidak benar yang tersebar di kalangan rakyat kita. Apabila mereka mudah percaya maka mudahlah viral. Apabila sudah viral khabar negatif yang palsu itu sudah pasti memberikan impak yang buruk kepada mangsa-mangsanya.

Cara ambil Wuduk - Al-Habib Umar bin Hafizh

Tuesday 5 January 2016

Sirih, Sireh.


Tetiba kan, aku terasa nak bercerita pasal sirih @ sireh. Aku pun tak tahu kenapa sirih tiba-tiba terdetik dalam fikiran aku. Mungkin sebab aku dah lama tak makan sirih. Atau pun aku terpandang pokok sirih kat luar rumah tu secara tidak sedar.

Nenek moyang orang melayu memang pemakan sireh. Kiranya sireh ini semacam snack orang melayulah zaman dulu. Zaman sekarang ni ramai yang tak pernah makan sireh. Makanya ramailah yang tak tahu macamana rasa sireh yang unik dan semacam "pedas" itu.

Ada yang makan dan luah balik sebab tak biasa dengan rasa daun ini.

Sireh ni memang banyak khasiat sebenarnya. Ada juga kajian klinikal yang menunjukkan kelebihan daun sireh ini jika diamalkan. Menurut kajian ini sireh berpotensi menstabilkan paras gula jika diamalkan. Cara pemakanannya ialah diambil selepas makan.

Selain dimakan begitu sahaja, ada juga amalan yang memakan sirih dengan diletakkan asam jawa. Rasanya juga agak menarik jika dilakukan begini.

Friday 1 January 2016

Hak untuk mempertahankan diri


Jika anda membunuh dengan senjata seperti pistol atau parang dalam mempertahankan diri, ia sebenarnya telah jatuh dalam kategori "homicide". Ia sejenis pembunuhan. 
Tetapi bukankah mempertahankan diri itu adalah satu hak? 
Benar, mempertahankan diri adalah hak bagi setiap individu. Mempertahankan diri daripada ancaman adalah hak yang dijamin oleh undang-undang negara (dalam konteks Malaysia, di dalam Kanun Kesiksaan).
Namun demikian, terdapat batasan kepada hak mempertahanan diri ini. Jika tidak, akan ada orang membunuh hanya dengan sebab telah berlakunya pertengkaran kecil. Juga boleh sahaja terjadi seorang pencuri kanak-kanak yang lapar dibunuh kerana dia mencuri nasi lemak untuk dimakan. 

Secara logiknya juga sudah tentulah perbuatan mempertahankan diri itu setanding dengan ancaman yang mendatang daripada penyerang. Seimbang atau setanding kadar serangan dan perbuatan membela diri. Tetapi secara realitinya pula, ia mungkin tidak seperti itu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...