Showing posts with label POTA vs ISA. Show all posts
Showing posts with label POTA vs ISA. Show all posts

Tuesday, 26 January 2016

Indonesia belajar daripada undang-undang anti terror Malaysia ?


Pihak Indonesia telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia kini ingin melihat kepada undang-undang anti-terror Malaysia yang dianggapnya lebih ketat dan tegas berbanding Indonesia. Ia berbuat demikian bagi tujuan pindaan terhadap undang-undang anti-terror negara itu berikutan serangan terroris / pengganas di Sarinah, Jakarta baru-baru ini. (Sumber)

Apakah setting undang-undang anti-keganasan Malaysia yang ingin dilihat oleh Indonesia ini?

Saturday, 31 October 2015

SOSMA.. Lahir daripada desakan human right.

Yang aku faham lah kan. Akta SOSMA ni dia dibuat untuk menggantikan ISA. Satu undang-undang keselamatan yang bertujuan digunakan untuk menghadapi ancaman-ancaman yang sememangnya wujud kepada negara.

ISA pada waktu itu dipropagandakan sebagai satu undang-undang drakonian. Atau yang dipakai oleh drakula untuk menindas manusia dan rakyat jelata.

Haritu, ISA ni dikatakan zalim malah kejam kerana undang-undang keselamatan ni tidak melalui proses mahkamah. Dikatakan ianya tangkapan tanpa bicara yang menggunakan kuasa ahli politik yang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik atau kepentingan peribadi. 

Waktu tu terpampanglah dalam media mereka ini yakni puak human right yang bersekongkol dengan LGBT, mendesak untuk memansuhkan undang-undang tanpa bicara ini dan menggantikannya dengan undang-undang yang melalui proses mahkamah. Akibat desakan itu dan juga tekanan politik daripada parti-parti pembangkang yang berniat politik, akhirnya ISA dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang SOSMA.

SOSMA ni melalui proses mahkamahlah. Cuma hukumannya agak berat kerana kesalahan itu juga adalah berat. Itulah harganya jika kesalahan yang dulunya hanya dikenakan proses pemulihan hendak ditukar kepada proses mahkamah. Proses mahkamah akan berakhir dengan hukuman dan hukuman tidaklah dibuat sesuka hati. 

Wednesday, 5 August 2015

POTA vs ISA - Benarkah POTA itu ISA?


Orang kata dalam internet ni semua ada. Ada ustaz, alim ulama dan mufti, ada doktor, pakar motivasi, ahli ekonomi, professor dan macam-macam lagi. Itu yang seronoknya berada dalam alam maya digital ini. Kita seolah-olah satu makhluk yang boleh merupa-rupa bermacam bentuk. Itu dah macam jin pulak kan.

Kali ni aku nak bertukar rupa jadi pengamal undang-undang pulak. Nak bercakap tentang undang-undang. Ni pasal POTA. Undang-undang pencegahan yang khabarnya telah diluluskan di parlimen. Kalau tak silap awal tahun itu hari.

Sebab apa aku nak menulis pasal POTA ni? Sebab aku terbaca komen daripada presiden BAR Council. Dia kata POTA ni macam mendatangkan kembali ISA. Rujukan berita Malaysian Insider.

Petikan berita Malaysian Insider berkenaan.

Persoalannya betulkah POTA itu ISA?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...