Saturday, 8 August 2026

Sifat Binari - Dari Tiada kepada Ada dan 3 Hukum Akal

 


Sejak kita menyedari kita wujud (ada) di dalam dunia ini, minda kita mengiktiraf bahawa sebelum itu kita tidak wujud di alam ini (tiada).

Tiada siapa pun dapat membuktikan dia bukanlah tiada kerana setiap orang itu mempunyai sijil beranak dan kad pengenalan yang menunjukkan tarikh lahirnya. Sebelum tarikh itu dia belum dilahirkan maknanya dia belum ada.

Paling mudah dan asas sekali ialah apabila sesuatu yang diadakan itu selepas ketiadaan (ciptaan/makhluk) ia menyedari yang ia wujud selepas tiada. Ia boleh diwakili dengan nombor 0 sebagai tiada dan nombor 1 sebagai ada.

Bermulalah proses kehidupan ia dengan mengetahui dengan ilmunya adanya 0 dan 1.

Dalam erti kata lain, ia tahu bolehnya berlaku ada selepas tiada.

Apabila ia tahu 0 kemudian 1, melalui teori atau pun pengalaman ia mengetahui pula selepas 1 itu akan berlaku pula 0 iaitu kematian atau pun musnah, punah.

Oleh itu, ia tahu kemungkinan (probability) 0 kepada 1 dan 1 kepada 0. Boleh diwakili simbol 01 dan 10.

Apabila ia mengetahuinya dengan 2 digit maknanya ia mempunyai kudrat atau kemampuan dengan 2 digit ini.

Jika 01 dan 10 adalah mungkin maka 00 adalah mungkin kerana 00 itu mewakili ketiadaan iaitu 0. Cuma ia dalam format 2 digit. 

Selepas itu, jika 00 dan 01/10 adalah mungkin, maka dalam format 2 digit ini 11 adalah sesuatu yang melengkapkan kitarannya. 

Jika 01/10 mewakili kemungkinan / probability,

Maka;

00 = mewakili kemustahilan ia boleh wujud

11 = mewakili kemustahilan ia tidak wujud atau dalam kata lain ia wajib wujud

11 juga bermaksud, 1 pertama sejak dulu (azali) ia ada dan 1 kedua ia sentiasa ada pada masa hadapan (abadi), tidak berakhir atau musnah.

Kesimpulannya, makhluk ciptaan ini tahu ia sebelumnya tiada (00), selepas tiada itu dia ada (01). Ia tahu ia kemudian akan tiada (10). Ia tahu ada sesuatu/zat yang bersifat wajib ada (11). 


Mustahil, Mungkin dan Wajib


Inilah 3 hukum akal yang difitrahkan kepada akal dan minda manusia. Menjadi asas kepada fitrah manusia itu sendiri. 


“Tidakkah manusia itu memikirkan/mengingati 

bahawa Kami telah menciptakannya dahulu, 

sedangkan dia belum menjadi sesuatu pun?”

Surah Maryam, 19:67


Wallahua'lam 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...