Kredit Youtuber : Routenote
Satu nasyid yang mengandungi kata-kata yang menggambarkan penyesalan dan pengakuan atas dosa-dosa yang dilakukan. Seterusnya permohonan untuk bertaubat dengan bertawasul dengan Nabi Pilihan SAW agar taubat diterima dengan mudah tanpa jalan yang sukar.
Dengan lirik yang berbentuk doa ini, dengan irama yang catchy membuatkan ianya terngiang-ngiang di dalam kepala yang mendengar. Semoga dengan berulang-ulangnya nasyid ini di dalam minda ia dapat memberikan manfaat kepada kita sesuai dengan makna yang terkandung dalam baitnya. Amin.
يَا رَبَّنَا أَعْتَرَفْنَا بِأَنَّنَا أَقْتَرَفْنَا
Wahai Tuhan kami, kami mengaku bahawa sesungguhnya kami telah melakukan dosa
وَ أَنَّنَا أَسْرَفْنَا عَلَى لَظَى أَشْرَفْنَا
Dan bahawa kami telah melampaui batas, atas api neraka telah kami dekati
2X
فَتُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً تَغْسِلُ لِكُلِّ حَوْبَةً
Maka kurniakan taubat atas kami satu taubat
mencuci setiap dosa
وَ سْتُرْ لَنَا الْعَوْرَاتِ وَ آمِنِ الرَّوْعَاتِ
Dan lindungilah bagi kami segala keaiban dan
amankanlah segala kerisauan
2X
يَا رَبَّنَا أَعْتَرَفْنَا بِأَنَّنَا أَقْتَرَفْنَا
Wahai Tuhan kami, kami mengaku bahawa sesungguhnya telah melakukan dosa
وَ أَنَّنَا أَسْرَفْنَا عَلَى لَظَى أَشْرَفْنَا
Dan bahawa kami telah melampaui batas, atas api neraka telah kami dekati
2X
وَ اغْفِرْ لِوَالِدِيْنَا رَبِّ وَ مَوْلُوْدِيْنَا
Dan ampunilah ibu-bapa kami, wahai Tuhanku dan anak-anak kami
وَ الْآلِ وَ الْأ ِخْواَنِ وَ سَائِرِ الْخِلَّانِ
Dan keluarga dan saudara mara dan juga sahabat handai
2X
يَا رَبَّنَا أَعْتَرَفْنَا بِأَنَّنَا أَقْتَرَفْنَا
Wahai Tuhan kami, kami mengaku bahawa sesungguhnya kami telah melakukan dosa
وَ أَنَّنَا أَسْرَفْنَا عَلَى لَظَى أَشْرَفْنَا
Dan bahawa kami telah melampaui batas, atas api neraka telah kami dekati
2X
فَضْلاً وَ جُوْدًا مَنًّا لَا بِاكْتِسَابِ مِّنَّا
(Dengan cara)
kelebihan dan kemurahan (serta) anugerah, tidaklah dengan jalan susah payah dari kami
بِاْلمُصْطَفَى الرَّسُوْلِ نَحْظَى بِكُلِّ سُوْلِ
(Kami bertawasul)
dengan Yang Terpilih Sang Rasul (agar) kami mencapai akan setiap hajat
2X
يَا رَبَّنَا أَعْتَرَفْنَا بِأَنَّنَا أَقْتَرَفْنَا
Wahai Tuhan kami, kami mengaku bahawa sesungguhnya kami telah melakukan dosa
وَ أَنَّنَا أَسْرَفْنَا عَلَى لَظَى أَشْرَفْنَا
Dan bahawa kami telah melampaui batas, atas api neraka telah kami dekati
2X
saya suka ni.. selalu pasang :)
ReplyDeletetest
ReplyDeleteMohon Copy Paste Untuk Rujukan Terima Kasih Atas Blogspot Ya!
ReplyDeleteSilakan tuan
Delete