Showing posts with label Bahasa Arab. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Arab. Show all posts

Friday, 14 August 2020

Lirik dan Makna Nasyid Ya Robbana A'tarafna ياربنا اعترفنا باننا اقترفنا ( Iktiraf )


Kredit Youtuber : Routenote


Satu nasyid yang mengandungi kata-kata yang menggambarkan penyesalan dan pengakuan atas dosa-dosa yang dilakukan. Seterusnya permohonan untuk bertaubat dengan bertawasul dengan Nabi Pilihan SAW agar taubat diterima dengan mudah tanpa jalan yang sukar. 


Dengan lirik yang berbentuk doa ini, dengan irama yang catchy membuatkan ianya terngiang-ngiang di dalam kepala yang mendengar. Semoga dengan berulang-ulangnya nasyid ini di dalam minda ia dapat memberikan manfaat kepada kita sesuai dengan makna yang terkandung dalam baitnya. Amin.      

Sunday, 21 June 2015

Ore Arab Kecek Kelate dehh..


Oleh kerana berasa kasihan terhadap ramai pelajar melayu di Mesir yang gagal menguasai bahasa arab dengan baik, pemuda arab ini mencari satu jalan untuk membantu pelajar-pelajar melayu berkenaan. Nama beliau ialah Mohamad Abdul Aziz seorang graduan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar.

Salah satu cara ialah belajar kecek Kelate, supaya beliau  dapat berkomunikasi dengan baik dengan pelajar-pelajar melayu dan membantu mereka menguasai bahasa arab dengan baik.

Bagi menguasai kecek Kelate, beliau suka makan budu. Dengan makan budu itu beliau fasih berbahasa melayu dialek Kelantan. Beliau juga berpandangan pelajar-pelajar melayu ini tidak makan makanan arab sebab itulah mereka sukar menguasai bahasa arab.
Klip Video di bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...