Monday, 20 July 2026

4 Kategori Utama Benda Wujud Serta Manfaatnya

Buku berwarna merah


Empat kategori utama benda-benda wujud yang dikenalpasti oleh para ulama. 


1. Nama

2. Zat

3. Sifat

4. Perbuatan

Saturday, 11 July 2026

Doa jika disakiti oleh manusia

Ini adalah sebahagian daripada doa Nabi SAW daripada hadis berkenaan. Jika mahukan sepenuhnya boleh merujuk kepada hadis Tabrani, dari al-Muʿjam al-Kabīr berkaitan kisah yang masyhur berkenaan Nabi SAW pergi berdakwah ke Kota Taif, berjalan kaki bersendirian kemudiannya ditolak mentah-mentah, diejek, disakiti dan diusir oleh penduduk Kota Taif. 

Tujuan diambil sebahagian bait oleh kerana ia boleh dijadikan doa seharian atau dengan bait lebih pendek mudah dihafal dan diamalkan. Apabila berlaku sesuatu yang tidak disukai disebabkan gangguan oleh orang lain dengan mudah lidah boleh membacanya dengan cepat dan tidaklah terlalu panjang.

Selain itu,  makna-makna daripada doa itu sendiri sangat bernilai bagi pembacanya. Jika dilihat kepada makna-makna itu sahaja, kita tergerak untuk mengamalkannya walaupun tiada kejadian disakiti oleh orang.

Makna-makna berkenaan menambah ilmu pengetahuan, makrifat dan kefahaman kita dan semoga Allah menaikkan darjat bagi orang yang membacanya.

Friday, 3 July 2026

Doa sebelum tidur : Perlindungan diri, melangsaikan hutang piutang dan dijauhkan kefaqiran



Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada Abu Hurairah untuk dibaca sebelum tidur. Ia diriwayatkan dalam Sahih Muslim.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...