3 Jenis Kata Ganti Diri

 


Kata ganti diri seperti dia, anda,  saya, kami dan seterusnya seperti di sini. Sila rujuk dulu sebelum membaca apa yang di bawah.


Tiga jenis kata ganti diri

  1. Berasingan
  2. Bersambungan
  3. Tersembunyi

1. Berasingan

مُنْفَصِل → هُوَ، أَنَا

Maksud berasingan ialah ianya (kata ganti diri seperti dia, saya, kami) tidak bersambungan atau bercantum dengan perkataan lain seperti bercantum dengan perkataan perbuatan atau pertanyaan.

Contohnya: 

هُوَ   يَفْعَلُ

Dia   melakukan

مَنْ اَنَا

Siapa   aku


2. Bersambungan

Maksud bersambungan ialah ianya (kata ganti diri seperti dia, saya, mereka) bersambungan atau bercantum dengan perkataan lain seperti bercantum dengan perkataan perbuatan atau pertanyaan dan dilihat dalam satu perkataan.

مُتَّصِل → ـهُ، ـهَا، ـهُمْ


Contohnya

أَدْعُوهُ  وَ  أَتَرَجَّاهُ
Kuseru Dia dan kuharap penuh belas kasihan-Nya

أَدْعُوهُ  itu dilihat sebagai satu perkataan kerana "dia" itu iaitu هُ bersambungan dengan kata perbuatan أَدْعُو


إِنَّهُ خَيْرُ النَّبِيِّ
Sesungguhnya dia sebaik-baik nabi

إِنَّهُ itu adalah cantuman إِنَّ dan هُ


3. Tersembunyi

Maksud tersembunyi ialah apabila kata nama ganti diri itu tidak dizahirkan tetapi dianggap ada di dalam perkataan yang disebut.

مُسْتَتِر → Tersembunyi (ia berada dalam kata perbuatan itu)


Contohnya

مَنْ يَلُذْ كَانَ سَعِيْدَا 
Barangsiapa berlindung (ke pintudia berbahagia

يَلُذْ atau ertinya berlindung adalah kata perbuatan. Tidak ada perkataan "dia (lelaki) / هو" di dalam ayat tersebut. Tetapi perkataan "dia (lelaki) / هو" itu dapat difahami melalui يَ dari يَلُذْ yang menunjukkan ia perbuatan "dia (lelaki) / هو".



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...