Sunday, 13 September 2026

Sifat 4 : Kelebihan mengingati mati

3A

Ada yang takutkan nombor empat kerana dikaitkan dengan perkataan mati. Sehinggakan nombor 4 digantikan dengan 3A, 14 dengan 13A dan seterusnya.

Tidak hairanlah jika itu datangnya dari satu pihak yang tidak beriman dan itu fahaman dan pilihan mereka. Tetapi yang menghairankan ialah jika ada umat Islam pun takutkan nombor 4. Sehinggakan sama perangai menganggap apa-apa yang mengingatkan kepada mati itu suwei, malang, berakhirnya keuntungan dan lain-lain yang negatif. 

Sedangkan Nabi SAW itu menganjurkan sentiasa mengingati mati. Apabila ada anjuran sedemikian maka sudah tentulah ada manfaatnya. 

Maka apakah manfaat dan kelebihan amalan mengingati mati ini?

Jika hidup itu diwakili awal.

Mati itu adalah daripada akhir. Berakhirnya kehidupan di dunia tetapi bermula pula di alam lain.

Ia satu daripada sifat 4 iaitu awal, akhir, zahir dan batin.

Mengingati satu sifat iaitu akhir, ia membantu mengaktifkan 3 sifat yang lain. Maksudnya potensi 4 sifat itu diaktifkan. Insan itu cenderung sahaja melupakan 4 sifat ini terutamanya sifat akhir.

Jika mengingatkan pun insan lebih mudah ingat berkenaan awal kerana ia berkaitan permulaan atau hidup. Kemudian batin dan zahir. Mungkin tiada faktor yang menakutkan pada tiga sifat ini.

Tetapi untuk sifat akhir, ia boleh mengingatkan kepada berakhir dan tamatnya sesuatu, perpisahan dan kematian.

Apabila difikirkan, mengingati akhir membangkitkan perasaan waspada. Kerana kita sentiasa peka terhadap akibat setiap perbuatan kita. Awal-akhir juga mengingatkan kita kepada sebab-akibat atau cause-effect.

Sudah tentu kita menghendaki sesuatu manfaat dan mengelakkan sesuatu mudarat.

Maka kita pun memandu dengan berhati-hati selain membaca doa menempuh perjalanan. 

Mengingati mati juga membangkitkan kesedaran dan potensi di dalam diri, sedar bahawa hidup ini sementara dan masa sangat berharga. Maka kita cuba mengisi waktu dengan amalan yang bernilai dan berkualiti dan tidak mensia-siakannya.

Ia juga membuatkan kita berhati-hati untuk memilih. Adakah pilihan kita itu betul-betul mendatangkan manfaat atau sebenarnya mudarat yang kita tidak nampak?

Manfaat atau mudarat adalah akibat. Kita hendak akibat itu adalah manfaat. Dalam manfaat itu kita hendak kadar yang optimum. Untuk itu kita cuba membuat yang terbaik untuk hasil yang terbaik.

Sudah tentu akhir juga mengingatkan kepada akhirat. Maka kita membuat persediaan semasa di dunia ini (awal) sebagai bekalan di akhirat (akhir).

Akhirat adalah hakikat. Sedangkan dunia hanyalah ujian semata-mata yang sementara. 

Dengan itu kita mempunyai sikap mementingkan hakikat sesuatu berbanding aspek atau urusan yang hanya remeh, bersifat sementara, tidak kekal, main-main, lekeh, perhiasan semata-mata dan sebagainya.

Oleh itu, mengingati mati menimbulkan potensi sebenar insan. Mengaktifkan set 4 sifat awal, akhir, zahir dan batin.

4 sifat pula adalah set daripada 5 sifat maka ia mengaktifkan 5 sifat pula.

5 sifat pula adalah regulasi kepada sifat 7 dan memahami sifat 5 bermakna makna-makna sifat 7 akan lebih jelas manifestasinya.

Begitulah perkaitan antara set-set sifat yang ada pada insan. Sifat ciptaan atau sifat makhluk, sifat baharu.

Semua di dalam alam mempunyai hubung kait. 


Wallahua'lamu


Daripada Thauban رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak lama lagi bangsa-bangsa lain akan saling menyeru untuk menyerang kamu, sebagaimana orang yang hendak makan saling mengajak kepada hidangan mereka.”

Seorang sahabat bertanya: “Adakah kerana bilangan kami pada ketika itu sedikit?”

Baginda menjawab: “Bahkan kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih yang dibawa arus. Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu dan mencampakkan al-wahn ke dalam hati kamu.”

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah al-wahn itu?”

Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan benci atau takut menghadapi kematian.”

Sunan Abi Dawud, hadis 4297

JAPDGDAI,DKAYHQHSNHBAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...