Perlu diingatkan perbahasan berkaitan sifat-sifat di sini bukanlah ditumpukan kepada sifat-sifat qadim atau sifat Yang Maha Pencipta sebagaimana disyarah dan dibahas dalam modul Sifat 20 atau 13. Tetapi lebih ditumpukan kepada sifat makhluk khususnya sifat insan itu sendiri.
Namun, sudah tentu ada perkaitan dengan sumbernya sifat-sifat qadim secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya sumber segala sifat baharu adalah dari Yang Maha Pencipta segala-gala.
Jika diputuskan pertalian antara sifat baharu dan qadim boleh jadi goyyim semua. Semua berasal dari kera. Bertepuk tanganlah puak-puak tu.
Ditumpukan kepada sifat-sifat baharu kerana umat Islam itu sendiri melupakan dan mengabaikan sifat-sifat baharu ini walaupun ulama-ulama Islam telah mengkaji dan mengumpulkannya dalam bentuk modul. Sudah tentu ia menjadi satu kepentingan kepada umat.
Mengamati sifat-sifat baharu seperti sifat 7, sifat 5, sifat 4, sifat 2 dan seterusnya bermakna mengamati alam itu sendiri. Bahkan bukanlah pemerhatian yang biasa-biasa kerana sifat-sifat yang diamati itu adalah sifat-sifat induk dan utama.
Umat Islam secara umumnya lalai dan mengabaikannya. Malah ada yang membidaahkannya. Ada satu umat Islam itu yang duduk di satu negara pula, bawa menyanyi sifat-sifat ini. Modul Sifat 20/13. Anak-anak mereka menyanyikan sifat-sifat ini di jalan-jalan apabila pulang dari sekolah.
Bila sampai di rumah ibu mereka terdengar nyanyian anaknya dan teringatlah dia dulu juga belajar di sekolah. Lalu ibu itu pun mencari nasyid yang berkaitan di Youtube, mendengarkannya semula dan memberikan komen di Youtube. Dulu pernah belajar pelajaran ni di sekolah.
Insan mempunyai sifat-sifat utama yang sama
Bagi sifat-sifat baharu seperti yang dinyatakan sudah ada pada insan sejak dari mulanya kehidupan dan sentiasa ada pada setiap saat dalam kehidupannya.
Dari buka mata selepas tidur, insan itu memandang kepada alam termasuk dirinya sendiri. Tetapi bagi mendapatkan amal itu dikira sebagai ibadah memandang tanda-tanda kebesaran Tuhan pada alam ia perlukan kepada memasang niat.
Tanpa niat, sama sahajalah dia dengan orang lain yang buka mata juga memang memandang kepada alam. Tetapi tiada niat mengamati.
Sama juga kepada sifat 7 baharu, semua insan ada sifat ini. Tetapi beza besar di antara dia yang mengamati alam secara umum dan dia yang mengamati alam secara khusus melalui sifat 7 dan sifat-sifat lain yang berkaitan.
Maka bagi siapa yang hendak beramal ibadah, hendaklah dia memasang niat dan fokus kepada sifat 7 dan sifat lainnya yang wujud di dalam diri serta dengan cara itulah dia memandang alam.
Membina Tamadun/Peradaban dan kemajuan diri sendiri
Seperti di dalam artikel Sifat 2 yang lepas, sudah tentu amal ini berhasil dengan sesuatu manfaat dan mengelakkan sesuatu yang mudarat.
![]() |
| Malaysia Madani. Menunjukkan lima jari yang membawa kepada 5 sifat. |
Contoh paling nyata sekali ialah usaha rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya untuk membina tamadun. Tamadun berasal daripada perkataan مدن dan تَمَدَّنَ yang bermaksud membangun atau memajukan sesuatu kawasan sebagai bandar atau kota seterusnya membentuk peradaban (perhatikan perkataan adab di sini).
Sebelumnya umat Islam di sini pernah menggunapakai nama dari perkataan حَضَارَة yang membawa maksud yang serupa kemudiannya dijenamakan dengan nama Islam Hadhari.
Apabila kita mengungkap Lima Sifat, ia boleh membawa kepada bermacam-macam maksud. Tetapi jika kita mahu mengembalikan kepada sifat-sifat yang paling asas, fundamental, lengkap dan tiada pertikaian maka ia akan kembali kepada Sifat 4 campur Satu. Sifat 5.
Kerana alam ini dicipta berasaskan kepada 5 sifat.
Maka, insan itu menghayati dan menggunapakai Sifat 7+ bagi memajukan dirinya dan persekitarannya seterusnya membentuk peradaban yang bukan hanya maju dari material tetapi mempunyai nilai-nilai manusiawi yang tinggi.
Dalam pada masa yang sama untuk mengelakkan mudarat. Satu kemajuan yang hanya pada material semata-mata, hilangnya nilai-nilai manusiawi, rosaknya fitrah, hanya mengkayakan yang kaya dan memiskinkan lagi yang miskin, tiada adab sesama manusia dan pelbagai mudarat yang lain jika hilang pedoman.
Itulah antara manfaat yang boleh diungkap di sini. Selain itu bolehlah menggunapakai Sifat 7+ untuk memikirkannya.
Jika anda pembaca seorang yang bukan Islam pun akan dapat manfaatnya jika mempraktikkan ilmu ini. Cuma lebih kepada manfaat dunia. Jika hendak memaksimumkannya, sifat-sifat ini perlu dikembalikan di dalam solat seperti diajar oleh Nabi SAW, utusan Tuhan yang terakhir.
Wallahua'lam
---^^^---
JAPDGDAI,DKAYHQHSNHBAHDANABDRHMNMNJOI


No comments:
Post a Comment