Saturday 21 January 2023

Lirik Rahmatun Lil Alamin رحمة للعالمين Rahmat Bagi Sekalian Alam : Maher Zain

 



Perkataan Rahmatun lil alamin ni biasa kita dengar dan ramai yang maklum maknanya adalah Rahmat sekalian alam. Rahmat sekalian alam ini ditujukan kepada Nabi junjungan SAW. 

Ianya bukanlah rahmat biase-biase, untuk memahami itu kita perlu belajar dan mengaji ertinya. Itu adalah perjalanan ilmu masing-masing.

Di dalam nasyid pun sudah kerap ia disampaikan dalam bentuk lirik dan makna yang indah dan mendalam. Apatah lagi disampaikan dalam melodi yang sampai, kena pada makna dan mendapat rasanya.

Maqam Nabi kita adalah hakikat kehambaan. Baginda adalah kekasih Allah dan pada satu tafsiran, alam ini diciptakan atas benchmark baginda. Itulah maksud alam ini diciptakan untuk Nabi Muhammad SAW.

Melalui rasa yang hadir, kita ditarik untuk mencicipi sedikit atau tempias itu. Kerana diantara kita dan benchmark tersangat jauh. Yang paling rugi ialah yang rasa sedikit pun tak dapat.

Bagi mereka yang mengikuti kumpulan tertentu, biasa membidaahkan orang Islam yang lain tu, sila semak balik modul kumpulan anda. Adakah modul Ihsan diajar dalam apa jua bentuk?

Kalau takde, itulah pati ajaran Nabi yang ditinggalkan walaupun kumpulan ini mendakwa mengikut sunnah. Kalau Ihsan sudah tiada, engkau nak pergi mana.

Dalam pada tu untuk video lagu/nasyid ini boleh lihat di sini.



يَا مَنْ صَلَّيْتَ بِكُلِّ اَلَْانْبِيَاءْ
Wahai orang yang, engkau telah bersolat dengan semua nabi

يَا مَنْ فِيْ قَلْبِكَ رَحْمَةٌ لِلنَّاس
Wahai orang yang, dalam hati engkau (ada) rahmat kepada manusia

يَا مَنْ اَلَّفْتَ قُلُوْبَ بِالْاِسْلَامْ
Wahai orang yang, telah engkau jinakkan sekalian hati dengan Islam

يَا حَبِيْبِيْ يَا شَافِيْعِيْ يَا رَسُوْلَ اللهِ
Wahai kekasihku, wahai pemberi syafaatku wahai Rasulallah

بِاُمِّيْ وَ اَبِيْ فَدَيْتُكَ يَا سَيِّدِيْ
Dengan ibuku dan bapaku, ke tebus kepada engkau, wahai Tuan ku

صَلَاةُ اللهِ وَ السَّلَامُ
Solawat dari Allah dan salam

عَلَيْكَ يَا نَبِي
Ke atas engkau wahai Nabi

***

حَبِيْبِيَّ مُحَمَّدْ
Kekasihku Muhammad

اَتَيْتَ بِالسَّلَامِ وَ الْهُدَى مُحَمَّدْ
Telah datang engkau dengan kesejahteraan dan petunjukMuhammad

حَبِيْبِيَّ يَا مُحَمَّدْ
Kekasihku wahai Muhammad

يَا رَحْمَةً لِلْعَالَِميْنَ يَا مُحَمَّدْ
Wahai rahmat kepada sekalian alam, wahai Muhammad

***

يَا مَنْ حَلَّيْتَ حَيَاتَنَا بِالِْايْمَانْ
Wahai orang yang, telah engkau hiaskan hidup kami dengan iman

يَا مَنْ بِجَمَالِكَ عَلَّمْتَ اْلاِحْسَانْ
Wahai orang yang, dengan keindahan engkau, engkau ajarkan Ihsan

يَا مَنْ نَوَّرْتَ قُلُوْبَنَا بِالْقُرْآنْ
Wahai orang yang, telah engkau terangi hati-hati kami 
dengan Al-Quran

***

يَا حَبِيْبِيْ يَا شَافِيْعِيْ يَا رَسُوْلَ اللهِ
Wahai kekasihku, wahai pemberi syafaatku wahai Rasulallah

بِاُمِّيْ وَ اَبِيْ فَدَيْتُكَ يَا سَيِّدِيْ
Dengan ibuku dan bapakuke tebus kepada engkau, wahai Tuan ku

صَلَاةُ اللهِ وَ السَّلَامُ
Solawat dari Allah dan salam

عَلَيْكَ يَا نَبِي
Ke atas engkau wahai Nabi

حَبِيْبِيَّ مُحَمَّدْ
Kekasihku Muhammad

اَتَيْتَ بِالسَّلَامِ وَ الْهُدَى مُحَمَّدْ
Telah datang engkau dengan kesejahteraan dan petunjukMuhammad

حَبِيْبِيَّ يَا مُحَمَّدْ
Kekasihku wahai Muhammad

يَا رَحْمَةً لِلْعَالَِميْن يَا مُحَمَّدْ
Wahai rahmat kepada sekalian alam, wahai Muhammad


***

صَلَّى اللهُ عَلَى خَاتَمِ الْاَنْبِيَاءْ
Solawat (dari) Allah ke atas penutup sekalian nabi

مُحَمَّدْ مُحَمَّدْ رَحْمَةٌ لِلْعَامِيْْن
Muhammad, Muhammad rahmat bagi sekalian alam

***

حَبِيْبِيَّ مُحَمَّدْ
Kekasihku Muhammad

اَتَيْتَ بِالسَّلَامِ وَ الْهُدَى مُحَمَّدْ
Telah datang engkau dengan kesejahteraan dan petunjukMuhammad

حَبِيْبِيَّ يَا مُحَمَّدْ
Kekasihku wahai Muhammad

يَا رَحْمَةً لِلْعَالَِميْنَ يَا مُحَمَّدْ
Wahai rahmat kepada sekalian alam, wahai Muhammad

****
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ



  
Keywords
Lirik Rahmatun Lil Alamin رحمة للعالمين Rahmat Bagi Sekalian Alam : Maher Zain
Terjemahan lagu nasyid


  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...