Monday, 20 July 2026

4 Kategori Utama Benda Wujud Serta Manfaatnya

Buku berwarna merah


Empat kategori utama benda-benda wujud yang dikenalpasti oleh para ulama. 


1. Nama

2. Zat

3. Sifat

4. Perbuatan

Apa pun yang wujud dalam alam ini akan jatuh dalam salah satu daripada kategori 4 ini. Apabila kita melihat kepada buku, fizikal buku itu adalah zat buku atau intinya daripada kertas dan dakwat. Hakiki buku itu.

"Buku" itu pula sama ada ia merujuk kepada "nama" atau pun zat buku itu sendiri. Jika buku itu berada di hadapan orang yang berkata maka bolehlah dia melihat zat buku itu.

Tetapi jika buku itu disebut kepada orang lain tetapi buku itu tidak berada di hadapan mereka yang menyebut atau mendengarnya, sebagai contoh rakannya berkata "Ada buku baru yang aku baru beli", maka "buku" yang disebut itu adalah nama yang disebut.

Nama pula bolehlah dikaitkan dengan benda-benda yang disebut, diucap atau pun ditulis. 

Seperti nama Ali pada nametage, bermaksud sesiapa yang memakai nametage itu ialah Ali. Maka "nama" boleh dimaksudkan label atau dalam masa yang lain ia bermaksud pun zat itu sendiri. Dalam konteks ini zat itu adalah Si Ali secara fizikalnya.

Encik Ali (Nama/Zat) yang hensem (sifat) sedang tersenyum (perbuatan)

Zat pula mempunyai sifat. Sementara zat boleh berdiri sendiri, sifat berdiri di atas zat. Contohnya warna merah pada buku itu dikategori sifat buku dan bukanlah zat buku itu. Kerana warna merah itu tidak boleh berdiri sendiri. Ia perlu wujud atas kewujudan yang lain iaitu zat buku.

Buku mungkin mempunyai sifat-sifat iaitu empat segi, berwarna, mempunyai tulisan, boleh diselak dan lain-lain sifat yang boleh ada padanya.

Walaupun buku fizikal itu tidak boleh melakukan perbuatan sendiri, seperti bergerak sendiri tetapi ia boleh dinisbatkan dengan perbuatan bergantung kepada perbuatan orang yang menggunakannya. Seperti ia boleh dibuka, diselak, dibaca perkataan-perkataannya dan sebagainya.


Maka bolehlah dikatakan perbuatan buku itu adalah memaparkan perkataan-perkataan untuk dibaca. 

Bagi "buku" di zaman moden contohnya Pad atau Tablet yang memaparkan teks secara automatik setelah ditetapkan dalam "Setting" oleh pengguna maka kita boleh melihat ia mempunyai perbuatannya sendiri tanpa perlu digerakkan.


Begitulah contoh secara ringkasnya penggunaan 4 pengklasifikasian nama, zat, sifat dan perbuatan. 

Manfaat


4 kategori ini selain digunakan dengan sendirinya ia juga berkait dengan Sifat 7 dan Sifat 5 (4 + 1) yang turut digunakan oleh insan pada setiap masa dan ketika. 

Apabila insan itu mendengar dan melihat alam bagi menghasilkan ilmu,  insan menggunapakai 4 ini bagi mengkategorikan setiap sesuatu yang dilitupi oleh pengetahuannya.

Maka ia seakan menjadi satu perkakasan minda/fikiran (Mind tool) kepada insan itu dan sudah tentulah menghasilkan faedah-faedah tertentu.

Antaranya, pemikiran pengamal ini lebih tersusun dengan membezakan nama, zat, sifat dan perbuatan. Dengan itu ia mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi kepada ketepatan dalam berfikir berbanding bagi mereka yang tidak mengamalkannya.

Sebagai contoh, sebuah restoren itu perlulah ada sifat-sifat tertentu (karakteristik, spesifikasi dll) seperti cantik, kemas, nyaman, menarik, mempunyai menu yang sedap dan sebagainya untuk menghasilkan "perbuatan" menarik pelanggan. 



Maka bagi menghasilkan perbuatan ini, sifat-sifat itu perlu diadakan terlebih dahulu.

Dalam contoh yang lain, bagi Polis yang mencapai matlamatnya bagi mencegah jenayah di jalan raya, ia perlu mempunyai satu kenderaan atau kereta yang mampu untuk mengejar suspek-suspek yang menggunapakai kereta yang mempunyai enjin yang berkuasa tinggi. Bila polis diberikan kereta yang berkemampuan seperti ini barulah perbuatan mencegah jenayah di jalan raya itu boleh dicapai.



Manfaat kepada pengamal tentulah berbeza dengan mereka yang tidak mengamalkan. Apabila seseorang itu mengamalkan maka ia akan membangunkan konsep itu dan praktikalitinya dari semasa ke semasa. 

Apabila dibangunkan ia menjadi semakin maju (developed) dan semakin besar seterusnya menghasilkan manfaat lebih besar.


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...