Tuesday, 15 September 2026

Sifat 7 : Sifat 3 pertama - fungsi mengesahkan makna, perkaitan dengan sifat 3 kedua

 


Apabila seseorang melihat sesuatu atau mendengarnya maka akan terhasil dalam dirinya makna. Sesuatu itu mungkin objek yang dilihat atau perkataan yang didengar. 

Jika sesuatu bunyi itu bukanlah membentuk kalimah yang mempunyai makna ia masih lagi memberikan makna secara tidak langsung iaitu sesuatu telah berlaku dengan satu entiti/objek telah mengeluarkan bunyi.

Sesuatu itu diproses di dalam diri untuk difahaminya. 

Dalam diri itu akan menghasilkan makna, maka dengan makna itulah diri itu kemudian membuat keputusan berdasarkan ilmu yang diketahuinya. Makna yang terhasil dalam diri itu boleh dizahirkan melalui berkata-kata atau boleh didiamkan sahaja.

Dalam erti kata lain jika seseorang itu telah berkata sesuatu maka dirinya telah mengesahkan makna tersebut (sepatutnyalah).

Maksud "dalam diri" itu pula bermacam-macam perbahasan. Bagi Sains Popular barat ramai yang cenderung kepada deria 5 yang utama sahaja. Ada yang kata itu merujuk kepada otak semata-mata. Mereka tidak menerima konsep sifat ruhaniah. Seperti ruh malah konsep minda yang tidak dapat dilihat. Maka konsep minda atau aqal itu jika digunakan mungkin hanyalah tenaga kepada otak tersebut.

Ada yang kata ya adanya sifat ruhaniah seperti ruh (soul) dan minda/mind yang berkaitan dengan ruh. Tetapi minda itu terletaknya masih di otak. 

Ada pula yang memahami ilmu itu letaknya di dalam dada. Secara literal. Batin manusia itu di dalam dada. Jantung itu di dalam dada. 

Mungkin kita boleh kupas perbahasan ini di dalam posting yang mendatang. 

Maka sifat 3 ini berfungsi untuk mengesahkan makna.

Sebelum ini telah diterangkan di dalam posting berkaitan sifat 3 ini seperti di sini dengan memberikan contoh kereta yang best. 


Contoh lain ialah apabila seorang pelancong daripada USA telah menikmati nasi lemak di Malaysia dan ia merasakannya sedap. Kemudian dia balik ke USA dan memberitahu rakannya seorang yang tidak pernah pergi ke Malaysia, yang nasi lemak itu makanan nasional Malaysia yang sedap.

Rakannya itu mungkin mendengar perkataan daripada pelancong itu mengenai nasi lemak. Mungkin dia boleh membuat carian di internet dan melihat gambarnya. 

Tetapi untuk merasakan hakikat nasi lemak itu dengan menjamahnya dengan lidah bagi rasa yang asli (authentic), rakannya itu membuat keputusan untuk melancong ke Malaysia. Setelah makan di suatu tempat yang terkenal dengan nasi lemak barulah dia boleh mengesahkan.


Maka telah berlaku proses semata-mata mendengar, kemudian melihat gambar dan akhirnya mengalami sendiri dengan merasai nasi lemak itu sendiri di Malaysia. Oleh itu rakannya itu boleh mengesahkan nasi lemak itu adalah makanan nasional Malaysia dan ianya sedap.

Begitulah sifat 3 pertama mengesahkan makna. 

Makna-makna yang berkumpul pula membentuk ilmu. Dengan ilmu atau mengetahui sesuatu itu pula lahirlah kehendak untuk melakukan sesuatu atau memilih dan akhirnya berlakukan perbuatan atau kudrat. 

Itulah perkaitan 3 pertama (sama', basar, kalam) dan 3 kedua (ilmu, irodah dan kudrat) yang ada pada insan/makhluk secara ringkas dan mudah. 

Wallahua'lam

JAPDGDAI,DKAYHQHSNHBAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...