Saturday 5 November 2016

Mesej Di Sebalik Westworld - 18++ (Versi Bahasa Melayu)



Ni aku nak buat versi Bahasa Melayu pasal apa kebendanya Westworld yang hari ni kita dapat tonton tiap hari Isnin di Astro. Westworld ni memang mendapat maklum balas yang fenomenal dari kalangan penonton siri ini di peringkat antarabangsa. Ramailah yang kemudiannya tu buat review. Review ni pulak ada macam-macam jenis. Orang tengok dari bermacam-macam aspek.

Aku terfikir nak buat review ni bila tengok satu review ni. Mat saleh mana ntah punya review tapi dia buat di Youtube. Dia cerita pasal tema New World Order di sebalik Westworld. Biasalah filem-filem Hollywood ada tema NWO. Ramai rakan-rakan kita dari kalangan bloggers yang dah bincang tentang isu ni sejak bertahun-tahun yang lampau. Pendek kata benda ni tak mengherankan.

Tapi review di sini aku nak tengok dari segi konsep saintifik dan dari segi falsafah sikit. Sebab Westworld ni digubah berdasarkan teori-teori saintifik dan teknologi terkini. Dari sini pula timbullah falsafah. Yakni hasil pemikiran dan fahaman manusia tu berdasarkan teori-teori sains ni. Isu yang cuba ditimbulkan oleh Westworld ini memang menarik dan provokatif. Walaupun mungkin tak semua dapat memahami keseluruhan apa mesej yang hendak disampaikan oleh pembuat siri Westworld.

Westworld ni adalah satu pentas Taman Tema Hiburan dimana robot-robot
"hidup" menjalani watak-watak koboi berdasarkan skrip yang telah diprogramkan.
Pelanggan-pelanggan yang banyak duit bayar untuk hiburan ini, yang pakejnya ialah mereka
boleh buat apa-apa sahaja terhadap robot-robot tersebut yang sudah tentu terdiri daripada
robot-robot yang menyerupai lelaki dan perempuan. Ini termasuklah apa jua
perbuatan yang jahat-jahat atau pun dikelaskan sebagai jenayah. 18 ++.
Pada pandangan aku benda ni semua pasal teori kebarangkalian (chances) dan teori evolusi yang puak-puak ni memang percaya habis-habislah. Itulah sebenarnya tulang belakang kepada siri Westworld ini.
Di pentas Taman Tema Hiburan ni robot-robot tu mati-mati
"perasan" yang dia orang tu hidup zaman koboi. Peserta-peserta tema hiburan pun
kenalah pakai pakaian koboi. Robot-robot tu tak taulah yang ada antara mereka tu
sebenarnya manusia yang masuk sebagai peserta taman tema.
Cuba kita tanya diri kita apa yang membezakan manusia dan robot? 

Ada satu robot yang sedang menjalani "kehidupannya" dalam
alam Taman Tema. Dia naik keretapi untuk balik ke kampung koboinya.
Sebenarnya skrip balik ke kampung ini dah berulang-ulang kali berlaku cuma dia
sebagai robot akan dihapuskan memorinya sebaik sahaja
satu set filem habis.

Bila teknologi dah sangat maju sehinggakan manusia dapat mencipta robot yang sangat maju. Secara luarannya robot termaju ini tidak ada beza dengan manusia. Kulitnya adalah seperti tisu kulit manusia tulen tetapi yang dibangunkan di makmal. Dia bercakap fasih seperti manusia. Dia bergerak tak kekok dan dilihat sangat manusiawi. Dia juga mempunyai program di dalamnya untuk meniru pemikiran logikal, perangai, habit, sehinggakan psikologi dan intuisi manusia sehingga manusia sendiri tidak dapat membezakan dari segi luaran adakah seseorang atau sesuatu itu robot atau manusia.

Jika ditanya apa beza manusia dan robot seperti ini sudah tentu kita akan dapat jawapan yang mengatakan bezanya adalah roh atau ruhani. Robot tak ada roh. Orang putih panggil "soul". Ini jawapan bagi mereka yang beragama.

Bagaimana pula bagi yang atheis yakni puak yang tak percaya adanya Tuhan yang mencipta atau Yang Disembah. Mereka ini percaya yang manusia sendiri adalah satu kejadian yang terjadi secara kebetulan. Kebetulan ini berlaku apabila kebarangkalian itu memilih jalannya sendiri seperti satu syiling yang mempunyai dua permukaan yang dilontar ke udara. Dah tentu yang jatuh ke tanah adalah salah satu daripada dua muka syiling tadi. Itu kepercayaan mereka yang mereka fikir sebagai sangat saintifik.

Sebenarnya bukanlah semua ahli sains berfikir seperti mereka ini. Tetapi mereka ini adalah segelintir dari ahli-ahli sains yang mempunyai kumpulan ataupun aliran mereka sendiri.

Mereka percaya kewujudan alam adalah secara kebetulan yang lahir dari kebarangkalian. Daripada kebarangkalian "ada" atau "tidak" itu, "ada" telah mendahului "tiada" secara kebetulan. Tiada siapa yang pilih pun. Tiada Pencipta tiada Tuhan.

"Ada" itulah yang sekarang ini kita lihat adanya alam dan manusia. Seperti juga benda-benda wujud yang lain. Manusia terjadi secara kebetulan.

Manusia yang terjadi secara kebetulan ini pula bukanlah tiba-tiba terus menjadi manusia. Mereka fikir yang manusia ini telah melalui proses evolusi iaitu asalnya daripada satu makhluk yang paling asas. (Mungkin seperti alga di lautan) dan berkembang biak menjadi satu makhluk seperti monyet. Monyet itu kemudiannya berevolusi menjadi manusia sekarang. Mereka yakin berdasarkan teori yang mereka cipta sendiri, nenek moyang mereka adalah monyet. (Teori Darwin)

Jika mereka percaya kebetulan itu boleh menghasilkan alga yang menjadi satu haiwan yang berevolusi menjadi manusia. Sudah tentu juga fikiran begini boleh menyimpulkan satu robot yang diprogramkan lebih maju daripada haiwan alga, mempunyai kemungkinan untuk berevolusi lebih baik dari itu.

Sebab alga di lautan itu apalah sangat kemampuannya. Robot mempunyai kemampuan yang lebih.

Jadinya, mereka berpandangan robot boleh berevolusi sehinggalah robot mempunyai kesedaran sendiri dan akhirnya mempunyai kemampuan membuat pilihan sendiri. 

Gangguan "fikiran" terhadap robot apabila satu robot
membisikkan kepada robot yang lain perkataan
"these violent delights have violents ends"
yang mambawa maksud "perlakuan-perlakuan jahat
yang menjadi hiburan ini akan berakhir dengan keburukan".
Perkataan ini sebenarnya tidak diprogramkan di dalam robot itu
tetapi telah dibisikkan oleh seorang manusia yang menjadi pengunjung
Taman Tema Hiburan itu.

Sebab mereka tak percaya wujudnya roh. Sains bagi mereka ni adalah apa-apa yang boleh dikesan oleh lima panca indera. Kalau ada yang ke-enam tu mereka dah kategorikan sebagai mistik. Bukan sains.

Bila tak percaya kewujudan roh / soul yang diciptakan oleh Maha Pencipta, mereka tak menerimalah konsep minda yang berunsurkan keruhanian. Yang mereka pentingkan dan beri perhatian adalah otak.. otak.. dan otak. Otak menjadi pandai bila sel-sel otak bercambah. Tak heranlah zaman ini, ibu-ibu ramai mengambil susu-susu formula untuk membuatkan sel-sel otak bayi mereka bercambah dan berhubung. Fungsi akal (عقل) atau pun minda yang berdasarkan roh telah diabaikan. Mereka percaya bayi itu besok akan jadi "pandai".

Apalah beza robot dan manusia bagi puak saintis ini? Sebab robot pun ada otak.

Kalau otak manusia boleh berkembang otak robot pun boleh berkembang pada pandangan mereka. Apatah lagi sekiranya program yang dibina di dalam otak robot itu menjadikannya seolah-olah merdeka dengan pemikiran sendiri. Hasilnya robot boleh membuat pilihannya sendiri.

Mereka fikir robot pun boleh jadi macam merekalah.

Aku pun terfikir, kalau mereka percaya macam ni, mesti dia orang ingat robot pun akhirnya akan mengkaji tentang lubang hitam di angkasa lepas. Mungkin juga robot berfikir untuk masuk ke dalam lubang hitam dan merancang untuk pergi ke masa lampau macam mereka rancang.

(Mereka telah reka satu teori yang lubang hitam / black hole itu membawa manusia ke masa lepas) Sila rujuk artikel di sini.

Manusia masuk ke lubang hitam pergi ke masa lepas untuk mengubah masa depan. Masa depan tu bagi kita termasuklah masa sekarang ni. Maknanya salah seorang manusia dah pergi ke masa lepas untuk ubah masa kita ni.

Lepas tu bukan manusia saja pun. Robot pun buat macam tu. Sebab robot masa akan datang tu sudah sangat maju.

Sebenarnya banyak filem-filem yang dihasilkan oleh "mereka" ni, inilah hasilnya.

Itu jugalah mesej di sebalik Westworld. 

TaMMaT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...