Wednesday 9 November 2016

Encik Trump dan Tanda-tanda Akhir Zaman


Pertamanya tahniahlah Encik Trump kerana berjaya menjadi Presiden negara Amerika kan. Sememangnya Incikposmen telah pun membuat ramalan yang Encik Trump menjadi presiden seperti posting sebelum ini di sini. Ramalan ni hanyalah ilmu manusia sahaja. Sebab kemungkinan itu binary, kalau tak betul salahlah, kalau tak salah betullah dia. Ditakdirkan pula ramalan itu betul.

Ada yang mengatakan presiden Amerika ni bukanlah berkuasa mutlak untuk mengubah semua dasar yang sedia ada. Dasar negara tetap berjalan seperti biasa. Tiada perubahan drastik dijangka berlaku. Israel masih lagi akan membuka penempatan baru tanpa halangan keras daripada Amerika dan serangan Israel akan masih berlaku ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa. 

Kepentingan Amerika di Iraq dan Afghanistan masih akan berlangsung. Dan lain-lainlah kepentingan Amerika yang ketara dalam banyak aspek.

Ada pula yang mendakwa Presiden Bush sebelum ini adalah "installed" Presiden. Beliau dikatakan lahir dari satu proses undian demokrasi yang sangat-sangat kontroversial atau pun dipertikaikan. Pendek kata Bush "diletakkan" bagi melaksanakan agenda tertentu. 

Di zaman itulah Afghanistan dan Iraq di serang. Alasan yang diberikan ialah kerana kewujudan senjata pemusnah besar-besaran yang wujud di Iraq. Kini, umum telah mengetahui tiada senjata pemusnah besar-besaran dijumpai di Iraq. Yang mereka jumpai ialah telaga-telaga minyak dan jongkong emas. Perkara ini malah menjadi "jokes" dan sindiran pedas di dalam filem-filem Hollywood.



Sebelum itu berlakulah "trigger event" iaitu kejadian 11/9/2001 (911) di WTC yang mana dua kapal terbang penumpang yang melanggar 2 bangunan. Jika bangunan yang runtuh itu ada 2, sudah tentu peristiwa ini tidaklah nampak jelas apa sebaliknya. 

Tetapi ditakdirkan yang runtuh pada hari itu adalah 3 bangunan. Petunjuk jelas kepada sesuatu di sebaliknya. Sehingga kini masih ada lagi yang menyangka kejadian 911 ini hanya 2 bangunan yang runtuh oleh kerana propaganda yang dimainkan untuk menutup punca kejadian sebenar.

Bush diperlukan untuk watak ini. Bush telah melaksanakannya.


Adakah Islamphobia akan meningkat di zaman Trump?

Kemudian, katakanlah jika benar Obama bukan di"letakkan". Tapi siapa boleh nafikan Obama itu sememangnya di"groomed" untuk menjadi seorang Presiden. Semua orang maklum bagaimana tingkah laku seorang Obama. Macamana pun Obama, dalam rekodnya, dasar Amerika yang sebelumnya masih terpelihara.
Dan sekarang ini Trump. Kita semua maklum mengenai Trump dan pendirian beliau terhadap Islam yang kontroversial. Selepas Obama yang agak berlembut dengan Islam, kini umat Islam berdepan dengan Encik Trump. 

Persoalannya, apakah yang Encik Trump hendak lakukan? 



This is Montana Civil Defense..

Kepentingan Civil Defense apabila berlaku bencana dari 
perbuatan manusia sendiri. Dalam senyap-senyap kerajaan telah 
menukar Jabatan Pertahanan Awam kepada "Angkatan".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...