Sunday 11 March 2018

Perubatan konvensional vs Perubatan berasaskan fungsi


Perubatan konvensional kebiasaannya akan hanya melihat simtom-simtom penyakit dan cuba menghilangkan simtom-simtom berkenaan dengan tanggapan bahawa jika simtom hilang maka penyakit akan hilang. Maka ubat-ubatan diberikan untuk menghilangkan simtom-simtom. Tetapi kebiasaannya penyakit itu muncul kembali kerana punca utama penyakit tidak diselesaikan dari awal lagi.

Berbeza dengan perubatan berasaskan fungsi yang mencari punca penyakit dan memberikan keutamaan kepada punca tersebut dalam mencari kesembuhan. Kaedah perubatan berasaskan fungsi  bukanlah memberikan ubat-ubatan konvensional semata-mata tetapi mengaturkan diet pemakanan yang berkhasiat yang mana individu yang dirawat memperolehi sumber zat yang sangat membantu dalam proses penyembuhan. 

Makanan sebagai ubat

Menurut Dr Mark Hyman, makanan yang baik itu sendiri adalah satu ubat yang sangat mujarab. 

Diet pemakanan yang baik dengan memasukkan sumber makanan yang membina otak dan badan serta mempunyai elemen penyembuhan dan pada masa yang sama mengeluarkan sumber makanan yang tidak baik seperti bahan bergula, karbohidrat yang diproses,  minyak tepu yang tidak sihat, makanan yang diproses secara pengilangan, makanan yang membawa alergi seterusnya menjalani gaya hidup yang sihat adalah memadai bagi merawat mana-mana pesakit walaupun datang dengan senarai penyakit yang bermacam-macam. 

Ada pesakit yang berasa hairan dan bertanya kepada Dr Mark Hyman kerana dalam masa 3 hari menjalani diet yang diberikan oleh Dr Hyman telah merasa sihat dan baginya tidak masuk akal. Kerana sebelum itu menderita pelbagai penyakit dan mengambil bermacam-macam ubat konvensional dan masih merasa tidak sihat dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. 

Tetapi hakikatnya itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika kaedah pengubatan menumpukan kepada mencari punca penyakit dan menyelesaikannya. Dan kaedah penyembuhan itu lebih mudah dan bukannya sukar seperti ramai orang sangkakan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...