Wednesday 30 October 2019

Kenapa Sinead O Connor peluk Islam?


Yang kau pergi tanya dia buat apa, kan dah kena jawab straight to the face. Memang selamba dan tegas Sinead menjawab soalan yang orang nak tau sangat tu.

Kisah Sinead O Connor, seorang penyanyi Irish yang terkenal telah memeluk Islam dan mengejutkan industri hiburan di Britain dan juga seluruh dunia. Mungkin ramai tak sangka dengan imej rocknya dan berkepala botak, selebriti lagi, tiba-tiba masuk Islam. Apatah lagi, di tengah-tengah suasana Islamophobia yang masih ketara di Britain dan juga USA.

Lebih mengejutkan sebab sebelum itu kecoh Sinead ini mengalami kemurungan kerana menceritakan keadaan kehidupannya yang macam hidup tidak mati pun tidak. Video Youtube yang Sinead rakamkan sendiri itu menceritakan segalanya.

Ramai yang membuat kesimpulan yang Sinead mengalami tekanan mental yang teruk dan telah menemui jalan buntu. Ramai yang beranggapan Sinead menjadi seorang yang sakit jiwa.

Then she became a muslim. 

Saturday 26 October 2019

Terjemahan Lirik Qasidah Burdah : Mesut Kurtis




Qasidah Burdah yang diambil dari karangan Imam Busiri. Yang juga mengandungi doa jenis tawasul. Disampaikan oleh Mesut Kurtis. 

Melalui qasidah atau lagu seperti ini yang dikarang atau diambil dari karangan ulama dan para arifin yang kenal dan faham sifat-sifat Nabi SAW, kita juga dapat manfaat dari memahami maksud yang disampaikan. 

Dengan mengenali Nabi SAW, kita dapat memahami apa itu hakikat akhlak yang mulia. Kerana Nabi SAW itu adalah tingkat tertinggi makhluk Allah yang menzahirkan kepada kita perihal sifat kehambaan yang sebenar. Dengan menzahirkan sifat kehambaan yang sebenar maka itulah sifat keinsanan atau kemanusiaan yang hakiki. 

Bukanlah seperti konsep yang dijajakan pihak tertentu seperti humanism dan sebagainya. Yang bersembunyi di sebalik konsep dan sebenarnya adalah membesarkan keakuan atau ego masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...