Wednesday 30 October 2019

Kenapa Sinead O Connor peluk Islam?


Yang kau pergi tanya dia buat apa, kan dah kena jawab straight to the face. Memang selamba dan tegas Sinead menjawab soalan yang orang nak tau sangat tu.

Kisah Sinead O Connor, seorang penyanyi Irish yang terkenal telah memeluk Islam dan mengejutkan industri hiburan di Britain dan juga seluruh dunia. Mungkin ramai tak sangka dengan imej rocknya dan berkepala botak, selebriti lagi, tiba-tiba masuk Islam. Apatah lagi, di tengah-tengah suasana Islamophobia yang masih ketara di Britain dan juga USA.

Lebih mengejutkan sebab sebelum itu kecoh Sinead ini mengalami kemurungan kerana menceritakan keadaan kehidupannya yang macam hidup tidak mati pun tidak. Video Youtube yang Sinead rakamkan sendiri itu menceritakan segalanya.

Ramai yang membuat kesimpulan yang Sinead mengalami tekanan mental yang teruk dan telah menemui jalan buntu. Ramai yang beranggapan Sinead menjadi seorang yang sakit jiwa.

Then she became a muslim. 

Tiba-tiba dia mengumumkan memeluk Islam. Nama Islam yang dipilihnya ialah Shuhada. 

Dalam satu interview dalam rancangan Good Morning Britain, Sinead ditanya berkenaan dirinya. 

Antara ceritanya, Sinead bercerita yang dia ini alergik kepada minuman beralkohol, jadinya dia tak mengamalkan minum minuman keras. Kalau dia minum dia akan muntah. 

Lepas itu Sinead ditanya mengenai menukar agama kepada Islam. Sinead jawab dalam Islam bukan menukar agama, tetapi dipanggil kembali kepada agama Islam. Kerana setiap seorang itu lahir dalam keadaan Islam. Jika difikir secara logiknya pun katanya.

Maka itulah yang terjadi pada dirinya. Dia kembali kepada keadaan fitrah dirinya, Islam.

Asalnya Sinead memang suka mengkaji mengenai keagamaan (teologi). Tetapi sebenarnya Sinead meletakkan kajian terhadap Islam itu sebagai pilihan terakhir. Puncanya kerana dia sendiri mempunyai prejudis negatif (salah faham) terhadap Islam. 

Tetapi setelah membaca terjemahan kepada Surah Al-Baqarah, Sinead merasa terkejut yang dia selama ini dirinya sebenar seorang Islam kerana secara fitrahnya dia mempunyai kepercayaan atau iman yang dimiliki seorang Islam.

Apa yang ada dalam Surah Al-Baqarah?

Sinead menjawab kerana Al-Quran itu membenarkan apa yang telah disampaikan dalam kitab wahyu yang telah turun sebelum itu seperti Injil dan Taurat. 

Dan Al-Quran itu menceritakan kitab-kitab itu kemudiannya diubah oleh pihak tertentu. Maka kitab-kitab itu telah dicemari. Sinead berkata selama ini dia memang percaya kitab-kitab yang terdahulu itu telah diubah.

Sinead mengucap shahadah dipimpin Dr Umar Al-Qadri
Bagaimana reaksi orang Islam terhadap dirinya kini?

Sinead berkata orang-orang Islam itu lembut dan penuh kasih sayang. Apabila seseorang itu menjadi Islam dia menyertai satu keluarga besar yang dipanggil ummah. 

Dulu Sinead merasakan prejudis terhadap Islam. Sekarang bila menjadi muslim, Sinead sendiri merasakan orang memandang prejudis terhadap dirinya. Tetapi apabila mendapat pandangan negatif seperti itu Sinead merasakan sebaliknya iaitu merasa bangga dengan menjadi seorang muslim. 

Begitulah sekiranya hidayah itu sudah sampai. Hidayah milik Tuhan.  Siapa sangka penyanyi Irish seperti Sinead O Connor pun menjadi seorang muslim. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...