Sunday 25 December 2016

Tiga Tahap Kesedaran - Michio Kaku

Foto Wiki
Ada kira-kira 20,000 kertas kerja ditulis cuba mentakrifkan kesedaran tetapi kesemuanya tidak menemukan persefahaman yang jitu. 

Bagi Michio Kaku seorang pakar fizik, kesedaran adalah pusingan proses pembentukan beberapa reaksi maklum balas yang menghasilkan model diri anda sendiri dan perkaitannya dengan yang lain di ruang tempat dan masa bagi mencapai matlamat tertentu. Michio Kaku mentakrifkan kesedaran ini berdasarkan konsep evolusi. 

Teori kesedaran ini adalah berdasarkan konsep evolusi tiga tahap pembentukan otak.

Sunday 11 December 2016

Dalil-dalil Menyokong Maulid Nabi SAW

Al-Marhum Sayyid
Muhammad Al-Alawi Al-Maliki
Ada puak depa ni pi kata takdak dalil pulak dah. Tarikh maulid pun tak pasti kata depa. La ni sambungan dari posting sebelumnya di sini. Betul ka takdak dalil langsung? Betul ka kita sambut maulid ni takdak asasnya dari syariah yakni tak bersumberkan Al-Quran ataupun Hadis-hadis Nabawi. Betui ka?
_____________________________________________________________________

Mengenai perkara ini, Al-Marhum Sayyid Muhammad Al-Alawi Al-Maliki dalam satu ucapan beliau memetik dari hadis sahih riwayat Muslim (juga ada riwayat yang lain);

"..وسئل عن صوم يوم الاثنين قال ذاك يوم ولدت فيه.."

"..Nabi SAW ditanyakan mengenai puasa hari isnin, maka jawab 
baginda, yang demikian itu adalah hari kelahiranku.."

Kesemua riwayat itu menunjukkan bahawa Nabi SAW membuka ruang meraikan hari kelahiran itu. Kemudian sebahagian umat Islam membincangkan permasalahan mengenai maulid ini. Tetapi bukanlah isu harus atau tidak harus dalam meraikannya. Adakah ia bidaah atau tidak bidaah. Akan tetapi mereka membincangkan dengan apa kita meraikannya? Bagaimanakah kita meraikannya?

Saturday 10 December 2016

Maulid Nabi SAW Adalah Program Umat Islam


Sabilangan orang dari umat Islam sendiri bila waktu maulid ni mulalah berlaku pertikaian. Sedangkan program lain dah macam-macam depa buat, tapi tang program maulid ni nak ada dalillah, nak hadis sahihlah. Malah ada yang mempertikaikan pemilihan tarikh sebab kata depa tak pasti tarikh lahir Nabi SAW.

Orang lain buat program tak ada dalil macam-macam dah. Yang sambut maulid sendiri atau maulid girlfren, bini atau anak-anak sampai tiup-tiup lilin atas kek tak pulak mintak hadis sahih. Tapi tang maulid satu ni sangat-sangat pulak depa ni pertikaikan.

Pada halnya, maulid ni adalah program umat Islam dalam satu negara atau kawasan. Tang pertikaian tarikh berbeza tu biasalah sebab adanya periwayatan berbeza. Periwayatan berbeza ni biasalah tetapi para ulama akan meneliti dan mengeluarkan pandangan tentang kekuatan satu periwayatan cerita itu. Bukan maulid sahaja malah banyak hukum-hakam yang lain di dalam Islam pun sebegitulah juga.

Monday 5 December 2016

Maung Zarni pecah rahsia Aung San Suu Kyi !! Isu Rohingya.

Credit Al Jazeera English
(Maung Zarni mengulas)

Saya sendiri sebenarnya telah ditugaskan untuk membawa isu Rohingya semasa lawatan Aung San Suu Kyi ke London bagi bercakap dengan panel orang awam di Sekolah Ekonomi London. Dia sendiri tak mahu bercakap mengenai isu Rohingya ketika itu. Sebab itulah saya terpaksa masuk bagi pihaknya untuk bercakap bagi isu Rohingya depan audien di London. 

Sebab utama Aung San Suu Kyi ni tidak mahu bercakap tentang isu Rohingya ialah kerana dia memilih berdiam diri atau pun duduk di atas pagar. Tetapi bagi saya dia bukan duduk di atas pagar. Dia sendiri menafikan kerajaan Myanmar terlibat dalam pembersihan etnik terhadap Rohingya. Rohingya sebenarnya adalah kaum etnik di Myanmar. Etnik yang minoriti.

Saya bagi tahu anda, yang dia (Suu Kyi) menipu!

Why Aung San Suu Kyi not be more vocal? Malaysia on Rohingya.


Perhimpunan Rohingya di Malaysia baru-baru ini mendapat liputan antarabangsa Al-Jazeera.

"The World Cannot Sit By And Watch Genocide Taking Place" - Malaysian Prime Minister.

Kaum Rohingya ditindas oleh kerajaan Myanmar
sehinggakan tidak boleh memanggil dengan nama kaumnya
sendiri iaitu "Rohingya".

Rohingya Live!!


Semarakkan momentum membantu ummah. 
Setelah Malaysia bersumpah untuk membantu Rohingya walau apa pun terjadi.

Tuesday 29 November 2016

Mohd Faiz Subri (MAS) - FIFA PUSKAS AWARD 2016 NOMINEE


The diminutive No13, a prolific goalscorer in the Malaysian Super League, hammered his effort goalwards, struck in a ‘knuckleball’ manner, producing a swerve so wicked that goalkeeper Mohd Nasril Nourdin stood no chance.

10 Calon Antarabangsa

Friday 18 November 2016

Adakah anak-anak yang tidak score UPSR tak pandai?

UPSR
💡💡💡

Sebenarnya pandangan pakciklah. Kebijaksanaan itu berjenis-jenis. Ukuran kepandaian di sekolah ini hanyalah pada peringkat akademik. Ronaldinho pemain bola sepak Brazil itu seorang yang genius tetapi kegeniusan dia itu tidaklah dalam memilih jawapan yang tepat di antara a) b) c) atau d).

Tetapi Ronaldinho mempunyai tahap skill dan bermain bola yang berada di tahap genius. Tidak semua orang memiliki kepandaian seperti ini. Tak semua orang juga ada duit banyak macam dia yang dibayar tinggi untuk bermain bola.

Ronaldinho adalah pemain bola terbaik dunia (Noktah)
Dalam sejarah politik tanah air pula, ada tokoh terkenal yang diketahui pencapaian akademiknya tidak memberangsangkan tetapi telah menghuru-harakan satu Malaysia dengan tipu helahnya yang sangat berbakat. Sebaliknya yang mendapat CGPA tinggi pun kalau selalu keluar sitcom rajalawak, orang gelar pelawak juga. Macam Mr Bean. Dia ada Master in Engineering.

Kau ado?

Saturday 12 November 2016

TPM, Oxford dan Sheikh Ibnu Arabi

Sumber Youtube RTM
Aku pun terbacalah yang TPM, DS Dr Zahid Hamidi dah sampai di Universiti Oxford itu hari dan menyampaikan ucapan di situ. Full text ucapan beliau bolehlah dibaca di blog Panglima Perang Cyber di sini. Petikan berita oleh RTM 1 di sini. Teks berbahasa Melayu bolehlah dicapai di portal rasmi TPM sendiri iaitu di sini. 

Antara yang disentuh ialah konsep wasatiyah yang menjadi perjuangan umat Islam. Konsep wasatiyah ni sebenarnya bertentangan dengan ekstrimisme dan perlakuan melampau yang sebenarnya keluar dari ajaran Islam. Wasatiyah ni maksudnya pertengahan. Pertengahan di sini adalah dalam konteks keseimbangan. Kerana di tengah-tengah itulah keseimbangan antara dua neraca dicapai.

Berada di tengah-tengah inilah umat Islam menjadi check and balance kepada umat manusia yang lain. Kerana umat Islam yang menjalankan agama Islam yang benar dan diredai mempunyai takrif yang tepat apa itu baik dan apa itu buruk. Ketika umat manusia lain atau ugama lain berkompromi dengan perlakuan LGBT yang melibatkan hubungan songsang antara sesama jenis, umat Islam tegas dengan pendirian atas petunjuk wahyu Tuhan yang perbuatan gay dan lesbian itu adalah sesuatu yang mungkar dan sepatutnya ditegah. 

Umat Islam memilih ketepatan yang menepati fitrah. Bukanlah melarang gay dan lesbian itu yang melampau tetapi perbuatan gay dan lesbian itulah yang ekstrimis lagi melampau-lampau. Begitulah peranan check and balancenya umat Islam ini. Juga termasuklah rasuah itu pun Islam larang dan haramkan. Termasuklah juga perbuatan pengganas yang lahir daripada kumpulan-kumpulan palsu yang mendakwa membawa panji-panji hitam yang dinisbatkan dengan hadis Nabi akhir zaman.

Ok, cukuplah ulasan ringkas selepas membaca teks TPM itu. Sebenarnya aku nak menyentuh tentang Ibnu Arabi, seorang tokoh Islam yang super genius tetapi sangat kontroversial. Kenapa Sheikh ini kontroversial? Apa kena mengena tokoh ini dengan Oxford?

Wednesday 9 November 2016

Encik Trump dan Tanda-tanda Akhir Zaman


Pertamanya tahniahlah Encik Trump kerana berjaya menjadi Presiden negara Amerika kan. Sememangnya Incikposmen telah pun membuat ramalan yang Encik Trump menjadi presiden seperti posting sebelum ini di sini. Ramalan ni hanyalah ilmu manusia sahaja. Sebab kemungkinan itu binary, kalau tak betul salahlah, kalau tak salah betullah dia. Ditakdirkan pula ramalan itu betul.

Ada yang mengatakan presiden Amerika ni bukanlah berkuasa mutlak untuk mengubah semua dasar yang sedia ada. Dasar negara tetap berjalan seperti biasa. Tiada perubahan drastik dijangka berlaku. Israel masih lagi akan membuka penempatan baru tanpa halangan keras daripada Amerika dan serangan Israel akan masih berlaku ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa. 

Kepentingan Amerika di Iraq dan Afghanistan masih akan berlangsung. Dan lain-lainlah kepentingan Amerika yang ketara dalam banyak aspek.

Saturday 5 November 2016

Mesej Di Sebalik Westworld - 18++ (Versi Bahasa Melayu)



Ni aku nak buat versi Bahasa Melayu pasal apa kebendanya Westworld yang hari ni kita dapat tonton tiap hari Isnin di Astro. Westworld ni memang mendapat maklum balas yang fenomenal dari kalangan penonton siri ini di peringkat antarabangsa. Ramailah yang kemudiannya tu buat review. Review ni pulak ada macam-macam jenis. Orang tengok dari bermacam-macam aspek.

Aku terfikir nak buat review ni bila tengok satu review ni. Mat saleh mana ntah punya review tapi dia buat di Youtube. Dia cerita pasal tema New World Order di sebalik Westworld. Biasalah filem-filem Hollywood ada tema NWO. Ramai rakan-rakan kita dari kalangan bloggers yang dah bincang tentang isu ni sejak bertahun-tahun yang lampau. Pendek kata benda ni tak mengherankan.

Tapi review di sini aku nak tengok dari segi konsep saintifik dan dari segi falsafah sikit. Sebab Westworld ni digubah berdasarkan teori-teori saintifik dan teknologi terkini. Dari sini pula timbullah falsafah. Yakni hasil pemikiran dan fahaman manusia tu berdasarkan teori-teori sains ni. Isu yang cuba ditimbulkan oleh Westworld ini memang menarik dan provokatif. Walaupun mungkin tak semua dapat memahami keseluruhan apa mesej yang hendak disampaikan oleh pembuat siri Westworld.

Westworld ni adalah satu pentas Taman Tema Hiburan dimana robot-robot
"hidup" menjalani watak-watak koboi berdasarkan skrip yang telah diprogramkan.
Pelanggan-pelanggan yang banyak duit bayar untuk hiburan ini, yang pakejnya ialah mereka
boleh buat apa-apa sahaja terhadap robot-robot tersebut yang sudah tentu terdiri daripada
robot-robot yang menyerupai lelaki dan perempuan. Ini termasuklah apa jua
perbuatan yang jahat-jahat atau pun dikelaskan sebagai jenayah. 18 ++.
Pada pandangan aku benda ni semua pasal teori kebarangkalian (chances) dan teori evolusi yang puak-puak ni memang percaya habis-habislah. Itulah sebenarnya tulang belakang kepada siri Westworld ini.

Wednesday 2 November 2016

What is Westworld all about? 18 ++


I see a lot of reviews made by fans of the new series of Westworld. There are types of reviews. While this review that follows will only look at certain aspects of it. I started to have the idea of reviewing the TV series just after reading a review from someone. But he his doing it through Youtube. His review is based on the notion that the series are actually a portrayal of what is seems to be a New World Order theme behinds it. Well, that type of conspiracy buff and I do enjoy reading it (Wink2). Really, and it sparks an idea for my personal review. 

My type of review here, I am going to look at the scientific side of it. Maybe it is also a bit philosophical as the Westworld itself is based on advanced science and technology theme as well as philosophical. The story does provoke the mind. Yeah..

Westworld is about a huge entertainment park where robots are programmed to live
according to interactive scripts prepared by the entertainment company. Rich people pay
a huge amount of money to be on the stage and act as if they are cowboys of the past.
Since they pay their money, clients can do what ever they want with the robots.
That is to include violences. 18 ++.
It may to seem anticlimax but I am going to touch upon the main points of my reviews. It is about the law of chances. It is about the theory of evolution and this story concept is based on just that. And you may ask why?

Saturday 22 October 2016

Satu Pandangan Terhadap Encik Azizan Osman


Ini satu pandangan sahajalah dari author di Incikposmen ni, mungkin tak mewakili pandangan authors yang lain. Pada pandangan saya Encik Azizan Othman ini adalah seorang yang berbakat dan tidak ramai individu seperti orang ini.

Beliau mampu menjual idea-idea dan ilmu tentang marketing dan perniagaan dan berhasil dan berkesan untuk melahirkan ramai peniaga-peniaga melayu. Tidak kurang pula daripada mereka itu yang sudah berjaya. 

Beliau mempunyai strategi dan kaedah-kaedah beliau sendiri. Tetapi sudah tentulah beliau terlebih dahulu mempelajari asasnya daripada orang lain. Seterusnya beliau kembangkan dengan Research and Development yang diterokai oleh beliau sendiri. Dari segi ini sahaja pencapaian beliau dianggap sebagai terbaik.

Friday 21 October 2016

Rohingya.. Dan memori silam Bosnia.


Sumber Wikipedia / OGL

Bila aku tengok gambar-gambar minoriti etnik Burma Rohingya ia mengingatkan kepada Bosnia tidak lama dahulu. Bagaimana Malaysia sebuah negara Islam telah membantu umat Islam Bosnia walaupun mereka bukan di dalam Asia mahupun Asean. 

Bila aku cuba memahami apa yang berlaku di Burma ini dari media massa antarabangsa, pelbagai isu pula timbul. Mendakwa isu ini komplikated dan bukan isu yang mudah. 

Bagi aku kalau sebegitu komplikated pun kita kenalah ambil isu yang paling simple. Jika ianya komplikated bagaimanapun, perlukah etnik Rohingya ini diusir dengan kejam, disiksa, dibunuh dan macam-macam lagi perlakuan yang tidak berperikemanusiaan. 

Wednesday 12 October 2016

Kalau semua berniaga...


Ada sorang tu cakap, kalau semua berniaga siapa nak jadi pembeli kan? 

Sepintas lalu nampak cam logik pulak  statement dia ni. Dah semua berniaga sapa nak jadi pembeli. Sebab pembeli-pembeli tu semuanya jadi peniaga. Semua tunggu orang membeli produk jualan masing-masing. Tapi orang yang sepatut membeli tu dah pupus sebab semuanya tengah berniaga. Ada macam tu ke..?

Sekarang ni sana-sini nampak tengah rancak orang berniaga macam-macam produk. Nampak ketaranya. Mungkin orang telah sedar yang berniaga ni boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Kalau yang secara sambilan tu.. dapat jugalah pendapatan sampingan. Dapat duit lebih. 

Ada ke bila semua jadi peniaga pembeli akan berkurang?

Bagi aku sebenarnya tak logik dia cakap camtu.

Sunday 11 September 2016

Simbol Bintang Di Masjid Zahir Alor Setar, Kedah


Persoalan itu bermula apabila mendengar nama Alor Setar itu. Pernah Alor Setar diejakan dengan Alor "Star". Star gitu. Star ni maksudnya bintang. Demi memanifestasikan nama star itu maka mungkinlah dizahirkan dalam simbol-simbol bintang. 

Biasanya orang Malaysia ni mengenal simbol bintang ni semasa sekolah rendah lagi. Diajar cara melukis bintang lima bucu. Tapi bintang bukan sahaja boleh jadi lima bucu, satu lagi dengan enam bucu hasil dari dua tiga segi sama yang bertindih.

Simbol bintang yang terdapat di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.
Tapi sudah tentu orang apabila melihat bintang enam bucu ini akan mengaitkannya dengan simbol negara Israel. Kerana ia menggunapakai hexagram iaitu dua segitiga sama yang ditindihkan.   Hexagram itu juga dinamakan Star of David.

Friday 9 September 2016

Bahaya Fahaman Literalism Islam Tanpa Kefahaman



Saya terkejut ketika membaca satu komen dari sebuah facebook. Seseorang telah menulis satu komen mendakwa Allah itu Maha Kuasa dan berkuasa meletakkan dirinya di atas seekor nyamuk. Subhanallah. Maha Suci Allah dari sifat-sifat menyerupai makhluk.

Individu ini berfahaman sedemikian setelah mengaku mempercayai Allah itu bersemayam di atas Arash. Mungkin kerana mengkiaskan yang jika Tuhan boleh bersemayam di atas Arash maknanya Tuhan bolehlah duduk di atas apa jua kerana Tuhan Maha Kuasa.

Inilah bahayanya fahaman literalis tanpa kefahaman yang tersebar di kalangan umat mutakhir ini. Dalam isu ini, fahaman literal diambil kerana terdapatnya ayat Al-Quran dari Surah Taha yang secara zahirnya menyatakan Al-Rahman bersemayam di atas arash. Bersemayam itu adalah terjemahan harfiyah kepada perkataan istiwa' dari ayat itu.

Sunday 28 August 2016

Donald Trump


Kalau ikutkan pemerhatian aku ni Donald Trump ni macam nak jadi next Presiden Amerika. Media massa antarabangsa juga nampaknya memberikan liputan sensasi kepada Donald Trump ni. Donald Trump ni memanglah dah terkenal dan agak sensasi. Dia sendiri muncul dalam siri program realiti yang melibatkan syarikatnya sendiri. 

Sebagai seorang billionare, dah tentu duit bukanlah masalah apabila  membuat kempen untuk menjadi presiden di Amerika. Kalau ikutkan petanda-petanda yang aku dapat ni, dia ni macam nak diletakkan sebagai presiden Amerika. 

Salah satu slogan yang digunakan oleh penyokong Donald Trump ni ialah "to make America great again". Kononnya nak menjadikan Amerika itu hebat macam dulu-dulu. Kira nak menunjukkan sekarang ni Amerika dah tak hebatlah. Padahal yang menjatuhkan atau pun merendah-rendahkan Amerika itu adalah orang dalam Amerika itu sendiri. Tak kiralah apa juga nama dia kalau ikut teori konspirasi.

Tuesday 16 August 2016

Permintaan Dan Tawaran




Anda suka makan karipap?

Jika ya, berapakah anda sanggup bayar untuk harga sebiji karipap?

Mungkin kebiasaanya harga sebiji karipap bergantung kepada jenis karipap, saiz karipap, isi karipap dan penghakiman umum karipap itu sedap atau tidak. Karipap yang biasa mungkin mempunyai satu harga yang standard. Hatta karipap yang sedap sekalipun.

Tetapi bagaimana karipap itu luarbiasa sedap DAN harganya pun sedikit mahal daripada biasa? Supplynya pula terhad. Mungkin ada yang mengingati teori asas ekonomi dimana permintaan meningkat sedangkan bekalan terhad, maka harga pun menaik.

Wednesday 3 August 2016

Korupsi dan Rasuah


Bila berbual dengan seorang kontraktor baru-baru ini banyak jugalah cerita yang dapat didengar. Nak dapatkan projek tu macam-macam ceritalah. Yang diamanahkan menjaga duit ni pulak ada pula didakwa membuat tol-tol yang tidak sebenarnya tak wujud. Kira tak amanahlah buat kerja tu kan.

Kalau nak merasa duduk dekat negara yang paling tak korup, kat sini ada 10 negara yang paling tak korup, antaranya Denmark, New Zealand, Kanada, malah negara jiran kita Singapura pun termasuk top 10 tu. Tak de pulak negara Islam yang masuk dalam top 10 tu.

Padahal dalam Islam korupsi ni haram. Rasuah ni haram. Babi pun haram. Tapi kalau cerita bab anti-rasuah ni kepada sesetengah orang seolah-olah macam cerita fairy tales pulak. Macam cerita dongeng tahyul yang karut marut. 

Siapa yang cerita bab anti-rasuah ni eloklah di buang negara ke negara-negara top 10 tadi. Atau pun bolehlah disyaki sebagai Pendatang Tanpa Izin daripada Sweden, Kanada atau pun Switzeland. Sebab tak secocok dengan budaya merasuah. 

Saturday 16 July 2016

Tetiba nilai saham PAS melambung naik.



Ni nak cerita politik la pulak. Macam harga emas sekarang mula menaik. Dan menyebabkan ringgit semakin mengukuh berbanding dollars. Sapa pula menjangka nilai kerjasama dengan parti PAS menaik mendadak.

Sedangkan PAS lone ranger, sorang diri. Entah mungkin berkat menjauhkan diri daripada parti DAP yang sangat kontra dengan Islam dengan itu PAS mendapat rahmat. Cuba lihat sekarang pakatan yang hendak ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir dalam cuba menggugat kerajaan yang memerintah. Apa pun alasan Tun Dr Mahathir itu pada pandangan aku ia sebenar bertentangan dengan apa yang pernah diteorikan dulu. Marriage of convenience. Atau marriage of inconvenience pada pandangan aku sebenarnya. Dan teori ini melibatkan satu elemen yang merealitikan teori itu. DAP.

Pakatan Tun ni dengan itu memang tak lengkap. Nak lengkap, mereka kena buat satu benda. Pujuk dan mempengaruhi PAS untuk masuk serta dalam pakatan ini. PAS pulak sekarang dilihat friendly dengan UMNO. Walaupun tak masuk dalam BN dan secara literalnya masih menentang BN. UMNO pula sangat-sangat memerlukan sokongan PAS dalam keadaan sekarang. Setidaknya cuba mempengaruhi PAS supaya tidak bersama-sama dengan pakatan yang diokestrakan oleh Tun.

Friday 1 July 2016

Melihat Risiko Memandu Kereta Honda - Airbag Takata


Sekarang ini tengah kecoh orang ramai membincangkan mengenai kecatatan airbag Takata yang dipasang pada stereng kereta Honda dan lain-lain brand kereta tertentu mengikut batch. Sehinggakan airbag Takata yang cacat ini digelarkan dengan nama airbag pembunuh oleh sesetengah bloggers. Ini kerana terdapat sekurang-kurangnya 3 kes maut di Malaysia akibat bag ini membabitkan kereta jenis Honda.

Ada juga pemandu yang hanya mendapat kecederaan tetapi dengan kecederaan yang bernasib seperti terkena hirisan benda tajam di leher. Ia dipercayai akibat besi canister yang pecah semasa sistem airbag itu diaktifkan.


Pemilik-pemilik kereta Honda yang dibeli sebelum pengumuman recall juga menjadi panik dan bergegas ke Servis Center untuk pembaikan airbag secepat tetapi stok adalah terhad. Ini menyebabkan kereta-kereta yang terlibat dengan airbag Takata bermasalah ini terpaksa menunggu untuk satu tempoh sebelum mendapat pembaikan. Memandu kereta Honda yang terlibat dalam tempoh itu menimbulkan risiko kepada pemandu dan sesiapa jua bersamanya di dalam kereta. 

Risiko ini adalah sama ada terbunuh, mendapat kecederaan parah atau hanya cedera biasa bergantung kepada projection serpihan besi yang melayang keluar daripada gelembung airbag. Ini boleh terjadi tanpa mengira apa jenis kemalangan, kecil atau pun besar. Asalkan mekanisma airbag Takata bermasalah itu aktif, pemandu dan lain-lainnya menghadapi risiko berkenaan. Mekanisma airbag ini juga boleh teraktif sekiranya satu force yang signifikan dikenakan terhadap bumper. Seperti tendangan yang kuat. Dan itu tidak dikategorikan sebagai kemalangan kenderaan. 

Ada yang mengambil inisiatif dengan mencabut soket tertentu bagi tidak mengaktifkan sistem airbag. Jadinya individu seperti ini mengambil risiko memandu keretanya tanpa sistem airbag yang aktif. Lalu ada perbincangan mengenai tindakan ini. Adakah ia wajar atau sebaliknya?

Tuesday 28 June 2016

Iktikaf 10 Akhir Ramadan



Daripada Aishah Radiallahu-Anha ia berkata Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.
Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang.
Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Kelebihan dari iktikaf 10 akhir Ramadhan ialah diampunkan dosa-dosa dengan Allah. Nabi s.a.w. juga menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Amalan ini juga dilakukan oleh ahli tariqat.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

Monday 27 June 2016

Isu dengan Takata Airbag - Berkaitan Kemalangan Kereta Honda


Rupanya kejadian seorang pemandu wanita baru-baru ini yang meninggal dunia akibat terkena sesuatu daripada mekanisma airbag yang teraktif apabila kereta Honda miliknya berlanggar dengan Mercedes Benz bukanlah kes yang baru berlaku setahun dua. Ia ada kaitan dengan defect yang terdapat kepada sistem airbag Takata yang dipasang kepada di strereng kereta itu. Honda bukanlah satu-satunya yang menggunakan sistem airbag Takata ini tetapi banyak kereta lain juga yang guna seperti Toyota, Mazda, Subaru dan Mitsubishi. Takata sendiri telah memanggil (recall) semua pemilik kereta  tertentu yang dipasang dengan airbag Takata untuk pemeriksaan dan penggantian. Sila rujuk artikel Paul Tan di sini. 

Dalam satu kejadian yang dilaporkan di Orlando, USA dalam tahun 2014, seorang pemandu wanita telah disyaki oleh polis telah dibunuh di dalam kereta Honda Accordnya. Ini kerana kecederaan yang dialami oleh wanita berkenaan adalah seperti serangan benda tajam yang memotong lehernya. Tetapi siasatan kemudian mendapati ianya berpunca daripada sistem airbag Takata yang cacat itu. Sumber  berita di sini. Ianya menyamai satu kes di dalam tahun 2013, yang polis juga mulanya mengesyaki mangsa telah ditembak di kepala.


Saturday 18 June 2016

Proton Perdana Baru dan Proton SUV


Aritu aku pegi la ke Proton showroom kan. Tengok kejap kereta baru ni, Proton Perdana Baru. Aku nampak oklah dari segi luarannya. Proton Perdana ni lagi panjang daripada Honda Accord dan Toyota Camry. Panjangnya itu menjadikan boot simpanannya lebih luas dan sangat luas. Pengunjung-pengunjung di situ bagi komen memang kereta mewahlah. Kereta mewah yang dapat dibelikan dengan Harga RM113k bagi 2.0 cc dan RM138K bagi 2.4 cc. 

Enjinnya mengunakan enjin Honda Accord. Base dia pun Honda Accord tetapi Proton dah design kereta Perdana ni dengan design sendiri. Pada pandangan aku cantiklah design tu. Mula-mula aku baca kat Paul Tan orang-orang komen pasal Proton Perdana baru ni. Kebiasaan di Paul Tan tu, akan ada satu puak yang akan mengutuk-ngutuk kereta Proton, mengkeji dan menghina. Dalam bahasa orang putih mereka ni dipanggil Proton Bashers. Kemudian ada pula puak yang akan mempertahankan Proton daripada kejian-kejian makhluk-makhluk tersebut.

Antara kutukan yang aku terbaca ialah ada yang kata nampak cheap materiallah. Patut lagi murah. Tu sebab bila aku nampak kereta tu kat Showroom aku pun pergi tengok. Betul ke dakwaan ni. Dan verdict aku, aku tak nampak pulak macam cheap material. Pada pandangan aku semua material berkualiti dan digarap dengan baik. Sesuai dengan tahap kereta mewah. Biasalah puak-puak tu ada penyakit hati sampai tak suka negara sendiri boleh produce kereta nasional atau apa yang orang Indonesia panggil mobnas.

Friday 10 June 2016

Ramadan Hadiah Allah Kepada Kita

Ramadhan adalah satu bulan yang sangat besar kelebihan dan banyak hadiah istimewa yang diberikan dalam bulan ini. Sesiapa yang berpuasa dengan baik, dengan mengikut peraturan dan pantang larangnya, maka berjayalah puasanya. Sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita, Allah SWT akan memberikan satu malam yang istimewa kepada kita umat Muhammad s.a.w., iaitu Malam Qadar. Allah s.w.t menghadiahkan Lailatul Qadar untuk memudahkan kita memasuki syurgaNya. Allah ingin mewariskan syurgaNya kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) 
Bulan Syaitan Dirantai
Pada bulan Ramadhan, syaitan (jin-jin yang jahat) dirantai bagi membantu mereka yang berpuasa melawan nafsunya. Syaitan berasal dari bangsa jin. 
Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhandiikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah). 
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) 

Saturday 28 May 2016

Misteri Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah


Misteri Puteri Gunung Ledang

Pada asalnya hati saya tertanya-tanya mengapa keturunan Raden ini memilih untuk tinggal dan seolah-olah menjaga Gunung Ledang itu. Kenalan saya yang dahulu pernah mempunyai tali hubungan dengan mereka dari salur-galur persilatan juga tidak dapat menjawab jika saya menanyakan hal ini. Saya pun merasa hairan. Tidakkah mereka mempunyai rasa tertanya-tanya akan soal ini. 

Saya mempunyai persoalan yang sering menghantui saya. Keturunan Raden itu jelas sudah ia datang dari Tanah Jawa. Mereka ini sangat mahir mengenai ilmu persilatan dan malah ilmu peperangan zaman dahulu. Dikhabarkan juga banyak persatuan silat di Tanah Melayu ini bernaung di bawah mereka. Ternyata mereka ini mempunyai khazanah ilmu persilatan malah ilmu kebatinan yang bukan calang-calangnya dan saya kirakan menjadi pusat ilmu bagi kumpulan-kumpulan silat tertentu. Sudah tentu ada satu penjelasan berkenaan perkara ini.

Thursday 26 May 2016

Kesejukan Cameron Highland Dalam Kenangan


Dah dua kali akhbar The Star menyiarkan nasib Cameron Highland kini. Sungguh menyedihkan.

Aku terdengar dan terbaca kadang-kala orang bercerita pergi ke Cameron Highland dan betapa indahnya dan sejuknya Cameron Highland (kemungkinan besar dia bermalam di situ). Ada seorang kenalan yang baru pertama kali naik ke Cameron Highland tak tahan sejuk dan tak dapat tidur waktu malam kerana terlalu sejuk.

Aku mendengar ini dengan rasa sedih kerana jika dia mengalami suasana Cameron Highland yang asal (kalau tak cukup lapis baju panas) entah-entah dah mati kesejukan. Sekarang suasana sejuk yang asal hanyalah dalam kenangan. Aku tak nampaklah macamana negara Malaysia ni akan dapat satu Cameron Highland yang macam dulu-dulu.

Sekarang bila aku berjalan-jalan di Cameron Highland pada waktu pagi dengan memakai t-shirt sahaja sudah cukup membuat aku rasa sedih. Bagi aku kesejukan Cameron Highland kini hanyalah sejuk-sejuk kuku.

Nak tau macamana Cameron Highland zaman dulu-dulu.

Ini aku ceritakan sahajalah. Takde gambar pun zaman dulu-dulu. Aku cuba menggambarkan agar pembaca dapat feel.

Pada zaman dahulu..

Saturday 7 May 2016

Ku, Keropok Lekor dan Losong - featuring Ayam Penyet


Ku menjelajah segenap pelusuk negara untuk mencicipi keropok lekor. Ku sangat menggemari keropok lekor. Ku juga amat suka akan losong. Tetapi losong sukar didapati dan dikatakan perlukan ikan yang banyak bagi menghasilkan produk makanan ini. Oleh itu hanya tempat pendaratan ikan terbanyak sahajalah kononnya dapat menghasilkan produk losong.

Ku juga akan membeli losong apabila tiba di Terengganu, walaupun daerah yang ku pergi itu bukanlah daerah Losong, Terengganu. Ku pernah kecewa kerana ada produk losong sama sahaja macam keropok lekor. Baik beli keropok lekor.

Juga kadangkala, keropok lekor yang dicicip tidak mencapai kualiti yang ku kehendaki. Walaupun kecewa berkali-kali ku masih tidak pernah jemu mencuba keropok-keropok lekor yang ditemui. Ada yang sedap ada yang biasa-biasa, dan ada yang tak berbaloi langsung membelinya.

Sunday 1 May 2016

Morris Rakam Ceramah Sheikh Imran Tapi Dia Terformat Kad SD.. Lihat apa berlaku


Macam biasa Morris merakam ceramah Sheikh Imran Hosein, kerana hendak dengar pandangan Ulama Eskatologi Islam itu, tapi kali ni dia terformat SD kad dia dan termasuk video semasa Morris berjalan-jalan di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur. Akhirnya Sheikh Imran Hosein bercakap tentang tanda-tanda akhir zaman, dajjal, konspirasi kuasa dunia dengan berlatarbelakangkan shopping mall Plaza Lowyat!!

Adakah kebetulan atau ada hikmah disebaliknya?? Apa kena mengena Low Yat dengan tanda-tanda akhir zaman??

Wednesday 27 April 2016

Bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia lagi

Gambar dari satu grup WA
Hmm.. Ada usaha. 

Kalau Indonesia sekarang kita tengok mereka banyak mensingkatkan perkataan. Mereka dah banyak gunakan dalam percakapan seharian.

Itu hari saya ada dengar orang kita sendiri menggunakan perkataan Indonesia 'balita'. Maknanya bayi umur bawah 5 tahun kalau tak silap. Sebab ia akan memudahkan sebutan. Digunakan dalam meeting rasmi. 

Sama juga parkir, kita dah tak nak guna "tempat letak kereta".

Indonesia ni saya tengok seolah-olah perkataan baru mereka bertambah setiap hari. Banyak lagi yang kita tak tahu macam ortu, karhutla, menhen, bukber, satgas, polres, mobnas. Semua ini adalah frasa yg dipendekkan. Maksud perkataan yang dipendekkan ni ialah..

Kisah Bisnes : Apabila Sumber Kewangan Merosot

Kejatuhan harga petrol mengakibatkan sumber kewangan negara terjejas kerana negara banyak bergantung kepada minyak. Apabila sumber dana yang mengecil dan terhad ia memberikan kesan secara langsung kepada operasi yang hendak dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang menerima dana dari kerajaan.

Dana yang diterima tidak sama seperti masa lepas ketika harga minyak semakin menaik dan memberikan keuntungan besar kepada negara. Apabila terhadnya sumber kewangan, antisipasi ialah kemungkinan berubahnya cara pengurusan. Mungkin gaya pengurusan akan mengambil kira sumber yang terhad dan memaksimakan sumber yang ada.

Sumber yang ada untuk dioptimumkan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari aspek lain. Contohnya pengurusan modal insasi. Kerana manusia juga adalah modal kepada sesuatu pengurusan dan pentadbiran. Ada model pengurusan yang lebih mementingkan modal insani dan kebanyakannya lebih mementingkan modal kewangan atau aset. 

Saturday 16 April 2016

Kelebihan applikasi Notes Macbook Dan Iphone (pairing)

Ikon Notes dalam Macbook
Dalam Macbook yang pakai sistem Osx, dia ada aplikasi Notes. Orang yang sibuk bisnes macam kita-kita ni, mungkin dapat gunakan apps ini supaya management kita lebih effisien. Bukan saja orang bisnes, tapi yang tak bisnes pun macam student, cikgu-cikgu, pensyarah mahupun sesiapa pun yang ada iphone dan macbook, boleh dapat manfaat.

Atau orang yg tengah duit banyak tu dan tengah merancang membeli laptop yang efisien.

Ikon Notes pada iphone.

Contoh Macbook. Ni Macbook baru tu,
sapa boleh buat review nih?
Dalam urusan bisnes kita akan melakukan banyak catitan. Apa-apa la kan, ikut jenis bisnes masing-masing. Kalau kita catit dalam handphone kita dapat bawa ke mana-mana. Tapi kita tak taip banyak dalam handphone kan.. Tapi kita menaip dengan sempurna bila ada laptop.

Jadinya, bagi kita-kita yang banyak catitan di sana sini, tentulah jadi mudah kalau ada satu apps yang selaraskan kedua-dua gajet. Maknanya, taip kat henpon keluar juga di laptop. Taip di laptop keluar juga di henpon.

Tuesday 12 April 2016

Kisah Dr Zakir Naik Ditahan Di Lapangan Terbang Kerana Disyaki Pengganas


Kejadian selepas insiden 911 (2001).

Dr Zakir Naik berkata;

Saya telah pergi ke USA dalam bulan Oktober 2003, ke Los Angeles. Saya telah bersiap-siap dengan memakai tai, kod, sedia berjanggut dan berkopiah. Saya sudah bersedia untuk disoal jawab (semasa masuk ke lapangan terbang USA).

Semasa saya masuk ke imigresen USA itu, pihak berkuasa melihat saya berjanggut dan memakai kopiah. Terus saya diarahkan untuk pergi menjalani inkuiri (soal-jawab) sebab itu. 

“Kenapa kamu nak masuk ke sini?”

Saya jawab, "saya datang untuk menerima anugerah”.

“Anugerah apa?”

Sunday 10 April 2016

Kingsman : About reducing population


I just watched Kingsman movie, from Astro. The Secret Service and a typical espionage secret service movie just like "The Recruit" (the only movie that my memory can relate to). That is the second movie that I found out it brings the issue of "depopulation". Yes, to reduce the population of the world.

Maybe some of us just set out the idea of reducing the world population as mere movie theme or ingredient for attracting viewers. A trending plot for movie that is entertaining and just that. No one get serious about it, and there is no such thing as new world order.

Well it is up to everyone judgement on what it is the depopulation issue that they the entertainers are playing on and on. The issue of reducing the population had been raised in the Dan Brown famous novel. The Novel title is Inferno. Later on the novel had been adapted into a movie. 

However, I did not watch a lot of movies so I could not tell other movies out there that bring the same issue of depopulation.

But it is interesting to note that to some people, they are really serious about it. Here, we have a previous posting on a monument in United States that brings such a message to the it's future generation. Oh, that monument is real and not a creation in a fictionous movie. The article can be read here. It is in Malay so please translate it through google translation if you must.

The Mystical Monument that reminds
humankind to depopulate itself.

Friday 8 April 2016

Adab berbahasa Melayu


Saya pernah tanya seorang arab ni senang tak berbahasa melayu. Saya terkejut bila dia kata bahasa melayu ni susah. Saya tanya kepada dia kenapa susah, sebab bahasa Melayu ni antara bahasa yang ringan. Tatabahasa dia agak simple kalau nak banding dengan bahasa Inggeris atau Arab. Bahasa Inggeris, "dia" tu lain bagi lelaki dan perempuan (he dan she).

Dalam Arab pulak, bukan setakat itu, variasi satu, dua dan tiga lebih itu sahaja ada format perkataan dia sendiri. Contoh kalau kamu tu ada untuk seorang, dua orang dan lebih. Kena tahu pattern dan variasi perkataan yang banyak. Belum tengok benda lain lagi.

Jadinya, kenapa jadi susah? Bahasa arab lagi susah dan bahasa yang berat. Arab ni cakap bahasa Melayu ni susah sebab....

Saturday 2 April 2016

Kena Pukau


Ketika saya membaca posting facebook daripada Malaysian Respond Team mengenai laporan seorang kena pukau semasa mengeluarkan duit di ATM, sehingga dia kerugian seluruh simpanan dalam banknya ketika itu. Ini menunjukkan betapa bahayanya pukau ini.

Tetapi isunya pula, pukau ini tidak diiktiraf dalam perundangan moden kerana undang-undang kita hanya mengiktiraf perkara-perkara yang dapat dikesan dengan pancaindera 5. Kanun Keseksaan contohnya, tidak memperuntukkan hukuman jika seekor jin membunuh manusia. Juga tidak ada hukuman jika seekor jin meragut beg tangan manusia. Tidak ada juga hukuman bagi orang yang melakukan sihir terhadap orang lain.

Pukau ni bagi saya mmg ada. Pengalaman saya pernah ada 2 org keturunan afghanistan arab @ pushtun datang jumpa saya sebaik sahaja saya selesai solat di satu masjid.

Saturday 26 March 2016

Makna dan Maksud Lirik Ya Hanana يَا هَنَانَا


يَا هَنَانَا
Betapa beruntungnya kami


يَا betapa, هَنَا beruntungnya, نَا kami. 

Sinopsis

Kenapa tidak beruntungnya? Ketika hakikat penciptaan itu ada diutuskan kepada kita dan dengannya kita menyelusuri kehidupan yang menjadi ujian kepada semua manusia itu. 

Iaitu Nabi SAW yang diutuskan sebagai Nabi dan Rasul terakhir. 

Beruntungnya kita kerana kita menjadi umatnya. Umat kepada sebaik-baik makhluk diciptakan. Dengan sedaya upaya kita pun mencontohi teladan daripada peribadi agung ini. Yang diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Bukannya menyebarkan keganasan, kebencian dan terror. 

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

(Hadis Sahih - Muwatta')

Namun demikian kita adalah serba kekurangan, oleh itu juga kita mengharapkan syafaat daripada baginda SAW pada hari kebangkitan kelak bagi menampung segala kekurangan kita.

Adapun lirik di bawah adalah berdasarkan susunan yang diqasidahkan oleh Habib Syech. Yang versi lain mungkin berbeza sedikit susunannya. 


__<<>>__

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّد
Telah zahir agama yang diperkuatkan / didukung
بِظُهُوْرِ النَّبِيْ اَحْمَد
Dengan kemunculan Nabi (bernama) Ahmad
ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّد
Telah zahir agama yang diperkuatkan / didukung
بِظُهُوْرِ النَّبِيْ اَحْمَد
Dengan kemunculan Nabi (bernama) Ahmad


__<<>>__

Wednesday 23 March 2016

Cerita Kuliner : Nasi Kukus vs Nasi Panggang

Haritu semasa di Kota Bharu, Kelantan, aku melihat ramai orang berkerumun di satu gerai di tepi jalan. Gerai itu adalah gerai bergerak yang diletakkan di tepi jalan. Rupanya itu gerai nasi kukus dengan bermacam-macam lauk dan pauknya.  Majoritinya yang berdiri menunggu ketika itu adalah pembeli-pembeli berbangsa cina. Yang menjual itu adalah melayu.

Aku pun terdetik di hati, mestilah ada sesuatu yang istimewa pada nasi kukus ni sampai ramai yang berkerumun menanti untuk memesan hidangan. Ada juga meja-meja dibuka di atas jalan dan di dalam koridor bangunan. 

Sebenarnya itulah pertama kali aku membeli nasi kukus. 

Selama ini aku mendengar kawan-kawan bercerita tentang nasi kukus dan aku juga melihat gerai-gerai di jalanan tetapi aku tak pernah pergi mencuba hidangan nasi kukus ni. Kali ini gerai ini bersebelahan dengan tempat penginapan. Aku pun membuat keputusan untuk mencuba.

Inilah hasilnya.



Saturday 19 March 2016

KES RASUAH


Apabila terbaca tertangkapnya beberapa orang akibat disyaki kes rasuah baru-baru ini yang melibatkan dana ratusan juta ringgit, satu pertanyaan kembali ke benak fikiran saya. Kes-kes rasuah ini kepada saya adalah seumpama kes-kes kemalangan jalan raya. Walaupun ia tersiar hampir setiap hari mengenai kemalangan maut yang berlaku dan disertakan sekali puncanya tetapi keesokannya kemalangan berlaku juga dengan punca yang sama.

Saya terbayangkan mungkinkah orang yang menjadi punca kemalangan keesokannya itu telah pun membaca akhbar semalamnya mengenai kemalangan dan puncanya. Akan tetapi orang itu kemudiannya mengulangi punca kemalangan itu. 

Ini tidaklah menghairankan. Jika tidak percaya pergilah memandu sekarang dan lihat sendiri berapa orang yang sanggup memotong ketika berada di selekoh. Salah satu punca kemalangan yang dilaporkan di akhbar-akhbar iaitu tidak sempat memotong kenderaan dan bertembung dengan kenderaan yang mendatang.

Friday 18 March 2016

Binary Mind


As we remember ourselves, we are originated from nothingness. No one can testify otherwise, no one can claim that he or she has ever live in the past with no beginning. All of us has beginning.

That is the basic of our mind. It is binary. We are from nothingness to existence. 0 to 1. The basic language of everything. The basis that constitutes the mind. That is the nature of our mind. 

While the mind is designed based on such binary principle, it does behave and manifest as such. It distinguishes, it affirms and it chooses between values manifest before itself. This potential of mind is based on it's binary nature. All are originated from the realisation of coming out of nothing. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...