Friday 9 September 2016

Bahaya Fahaman Literalism Islam Tanpa Kefahaman



Saya terkejut ketika membaca satu komen dari sebuah facebook. Seseorang telah menulis satu komen mendakwa Allah itu Maha Kuasa dan berkuasa meletakkan dirinya di atas seekor nyamuk. Subhanallah. Maha Suci Allah dari sifat-sifat menyerupai makhluk.

Individu ini berfahaman sedemikian setelah mengaku mempercayai Allah itu bersemayam di atas Arash. Mungkin kerana mengkiaskan yang jika Tuhan boleh bersemayam di atas Arash maknanya Tuhan bolehlah duduk di atas apa jua kerana Tuhan Maha Kuasa.

Inilah bahayanya fahaman literalis tanpa kefahaman yang tersebar di kalangan umat mutakhir ini. Dalam isu ini, fahaman literal diambil kerana terdapatnya ayat Al-Quran dari Surah Taha yang secara zahirnya menyatakan Al-Rahman bersemayam di atas arash. Bersemayam itu adalah terjemahan harfiyah kepada perkataan istiwa' dari ayat itu.

Ulama ahlu sunnah wal jamaah mempunyai dua pendekatan untuk memahami ayat ini. Ulama salaf iaitu golongan awal mengambil pendekatan beriman dengn zahir ayat sebagaimana diturunkan dengan iktikad bahawa maknanya tidak sama dengan sifat makhluk. Manakala ulama khalaf iaitu yang datang kemudian dari ulama salaf itu menggunakan kaedah takwil dengan menggunapakai maksud yang bersesuaian dengan makna lafaz yang menyerupai makhluk itu.

Ada juga pihak yang menyalahkan golongan ekstreme yang mengambil pendekatan literal yang jauh menyimpang. Kerana telah mengambil pendekatan yang lari dari kaedah asal ulama-ulama salaf.

Sekiranya hendak mengambil pendekatan literal, sudah tentu prinsip Allah itu tidak sama dengan sifat makhluk dan minda manusia tidak mampu menanggapi zat Allah perlu diambilkira. Seterusnya membiarkan makna sebenar lafaz yang mutasyabih itu kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui.

Masalah akan timbul jika prinsip ini disalahi, tidak hairanlah jika ada yang mempunyi kefahaman yang pelik sepertimana di atas. Percubaan untuk membuat kiasan berdasarkan teks asal kepada satu kejadian yang lain adalah tidak kena dan menyimpang. Jika pernyataannya Allah bersemayam di atas arash, bila masa pula ada pernyataan Allah bersemayam di atas nyamuk atau lain-lain makhluk. Itu adalah pernyataan yng direka kemudian yang tidak ada dalam Al-Quran. Jika mahu mengambil pendekatn literal maka pastikan ia literal yang memang ada dari teks wahyu.

Jika Allah boleh duduk atas nyamuk, maka apa masalahnya mempercayai Tuhan juga boleh duduk di kerusi sebelah kita di dalam kereta? Jika Allah boleh duduk atas nyamuk apa masalahnya Allah boleh bertenggek atas leher manusia.

Jika Allah boleh duduk atas leher manusia bolehlah juga Allah itu berada di dalam leher manusia? Apatah lagi adanya ayat literal Al-Quran menyatakan Allah lebih dekat kepada insan itu lebih dekat dari urat lehernya.

Jika boleh di dalam leher maka apa masalah berada di dalam satu badan manusia?

Maknanya Tuhan boleh mengisi badan manusia itu. Jika boleh mengisi bolehlah Dia manifestasi apa yang ada di dalam badan menjadi diluar badan. Tuhan boleh datang dalam bentuk manusia. Subhanallah.

Tapi bayangkan jika jumlah umat Islam mempercayai seperti ini mencapai jumlah yang besar. Satu jumlah yang menarik bagi Dajal untuk keluar. Dan apakah Dajal itu, bukankah nanti ramai yang terpengaruh dengannya?

TaMMaT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...