Sunday, 11 September 2016

Simbol Bintang Di Masjid Zahir Alor Setar, Kedah


Persoalan itu bermula apabila mendengar nama Alor Setar itu. Pernah Alor Setar diejakan dengan Alor "Star". Star gitu. Star ni maksudnya bintang. Demi memanifestasikan nama star itu maka mungkinlah dizahirkan dalam simbol-simbol bintang. 

Biasanya orang Malaysia ni mengenal simbol bintang ni semasa sekolah rendah lagi. Diajar cara melukis bintang lima bucu. Tapi bintang bukan sahaja boleh jadi lima bucu, satu lagi dengan enam bucu hasil dari dua tiga segi sama yang bertindih.

Simbol bintang yang terdapat di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.
Tapi sudah tentu orang apabila melihat bintang enam bucu ini akan mengaitkannya dengan simbol negara Israel. Kerana ia menggunapakai hexagram iaitu dua segitiga sama yang ditindihkan.   Hexagram itu juga dinamakan Star of David.


Sebenarnya simbol dua tiga segi sama bertindih ni bukanlah milik Israel semata-mata, walaupun di zaman ini telah dijadikan simbol pada bendera Israel. Apabila kita baca pada wikipedia, kita dapat info mengenai lambang ini pernah digunapakai oleh pihak lain selain daripada puak yahudi. Dikatakan Aristotle juga pernah menggunakannya bagi perlambangan makna-makna tertentu. 

Info menunjukkan dalam Islam, antara yang menggunakannya ialah kerajaan Karamanids (1250 - 1470) yang berasaskan mazhab Hanafi. Kerajaan Karamanids adalah berjiran dengan Empayar Othmaniyah Turki. Dibawah ini adalah dikatakan bendera kerajaan tersebut. 


Bendera Kerajaan Islam Kamananid Beylik

Dikhabarkan juga Empayar Turki Othmaniyah sendiri banyak menggunapakai simbol hexagram ini sebagai motif atau simbol-simbol pada bangunan dan masjid mereka. Mereka menamakannya sebagai simbol Nabi Sulaiman atau khatam / seal Sulaiman. (Turki : Mühr-ü Süleyman).


Duit Kertas Kerajaan Othmaniah

Selain Turki kerajaan Yaman dan Syria juga pernah menggunakan syiling berlambangkan hexagram ini (Rujukan). Masjid-masjid di India juga banyak menggunapakai simbol yang sama. Malah ada pihak yang mendakwa simbol ini membawa makna tertentu dalam Islam dan orang Islam adalah yang menggunapakai simbol ini sebelum puak Kabbalah Yahudi menggunakannya bagi maksud-maksud tertentu.


Syiling Lama Kerajaan Sultan Morocco Muhammad IV 1802 - 1873
Satu buku yang menyatakan Star of David / Solomon Seal dikesan mula
digunakan oleh puak Kabbalah Yahudi
dalam tahun 1300 - 1700.
Dalam tahun ini juga pihak parti HAMAS dari negara Palestin  telah dengan tegas mengeluarkan kenyataan bahawa simbol hexagram adalah dari kalangan simbol Islam yang digunapakai sebelum puak zionis menggunakannya pada bendera Israel.


Kenyataan dari Facebook Hamas.
Link.
Google Translated : The Six-Party Star (Star of David)... a symbol of an Islamic Arab, was used in the building of Arab Islamic before the establishment of the Jewish state hundreds of years, especially in al-Andalus, Morocco, Palestine, and hope this symbol. Religious Connotation Unitarian, where it shows the triangle based on good deeds, that go up to the sky, while the inverted triangle shows mercy on that land on the ground, that is rising but offset by the mercy of a bear... and unfortunately some people Hicks took simple Thompson this one at the old buildings. Many years ago. or change his features (as in some mosques) in the belief that this symbol is the symbol of a Zionist, knowing that the civilization of the Mongolian and Muslim in India using the six-party star



Terjemahan : Bintang 6 bucu, Lambang Nabi Daud, adalah berasal dari lambang Arab Islam, telah digunapakai oleh pemerintahan kerajaan Islam sebelum tertubuhnya Israel, beratus tahun sebelum itu lagi. Secara khususnya di Andalusia, Morocco dan Palestin. Lambang ini mengandungi maksud-maksud keagamaan dan tauhid. Lambang segitiga yang bucunya menunjuk ke atas, melambangkan ketaatan dalam bentuk amal soleh yang jika dilakukan akan naik ke langit. Manakala segitiga yang bucunya menunjuk ke bawah, melambangkan rahmat yang turun dari langit ke bumi. Yang maksudnya, ketaatan yang dilakukan membawa kepada turunnya rahmat. Malangnya, ada pihak dengan mudah mengganggapnya simbol zionis dan menghapuskan lambang-lambang pada bangunan-bangunan lama yang sudah beratus tahun umurnya, atau mereka mengubah sifatnya. Sedangkan mereka tahu kerajaan Islam India dan Monggol dahulu menggunapakai perlambangan ini.


Syiling Perak Yang Dikaitkan Dengan Zaman Pemerintahan Salahudin Ayubi.
Juga dikatakan disimpan di Muzium British


Apakah rahsia perlambangan hexagram ini dalam konsep Islam sehingga umat Islam dahulunya menggunapakainya sebagai simbol penting pada duit kertas dan syiling, corak pada masjid dan bangunan, malah sebagai simbol pada bendera negara? Adakah ianya merujuk kepada satu ilmu yang dahulunya pernah dimiliki oleh umat Islam tetapi sekarang sudah dilupakan.

Ilmu yang kini telah pupus malah ada pihak yang memanipulasikan lambang yang begitu fitrah / natural ini (dua setiga sama bertindih) bagi melambangkan maksud-maksud buruk dari kefahaman mereka (kabbalah yahudi).

Sebuah Bangunan Lama Di Sebelah Bangunan Masjid Baru
Yang Juga Menggunapakai Simbol Hexagram.
Melihat simbol-simbol di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah membuatkan fikiran teringat-ingatkan sejarah lampau dan nasib umat Islam. Umat Islam ini diserang dengan bahaya kefahaman literalism ekstrem yang menghapuskan budaya keilmuan itu sendiri. Hasil usaha umat Islam terdahulu dalam mendalami keilmuan ingin dihapuskan atas label bidaah. Sedangkan pihak tertentu seperti ini tidak faham bahawa Islam itu sangat-sangat menganjurkan umatnya mempelajari ilmu, mendalami ilmu serta mengamalkannya. 

Memerhatikan alam dan di dalam diri sendiri. Mengamati tanda-tanda kekuasaan Maha Pencipta. Menggunakan akal fikiran serta mata-hati bagi memahami. 

Semoga kita mendapat kefahaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...