Sunday, 1 September 2019

Penjelasan Mengenai Lambang Star of David, Hexagram.


Macam-macamlah pandangan orang. Ada yang dapat memahami dan ada yang salah paham. Ramai pula yang tidak faham. Begitulah ilmu sangat berharga, untuk memahaminya perlu membayar harganya. Selalu juga manusia perlu mengalami sesuatu untuk memahami sesuatu.

Berkenaan artikel Star of David yang lepas, ada yang khilaf dengan pandangan kami di situ. Kami tidaklah meminta semua orang bersetuju malah dapat memahami apa yang disampaikan. Tetapi kalau tidak setuju dan bercakap dalam bahasa yang bukan-bukan itu bukanlah sifat seorang yang beramal dengan keilmuan sebenar.

Kali ini kami cuba memperjelaskan isu ini dengan lebih mudah supaya minda-minda pengkaji sekalian dapat memahami apa maksud yang disampaikan.

(Peringatan : Anda perlu memahami beberapa konsep sebelum benar-benar memahami apa yang ingin disampaikan. Kajian terhadap beberapa perkara lain mungkin diperlukan oleh pembaca. Kepada mereka yang benar-benar gigih sahaja!)





Isunya berpunca apabila ada para pengkaji berpandangan lambang Star of David ini dijumpai dalam buku-buku sihir jadinya ia berasal-usul dari alam kegelapan. Mereka berpendapat orang Islam yang tidak bersependapat dengan mereka, termasuklah kerajaan-kerajaan Islam sebelum ini yang menggunakan lambang seperti itu adalah terpesong kerana mengambil sesuatu dari sumber yang sesat.

Pertama sekali, kita cuba lihat kepada nama asal lambang ini. Nama asal lambang ini dalam bahasa Melayu ialah Dua Tiga Segi Sama Bertindih Bersilang. Kalau diterjemah ke bahasa-bahasa lain pun sama juga seperti Hexagram. Sebelum ia dikenali dengan nama lain seperti Star of David. Mungkin dalam kitab-kitab sihir ia ada namanya yang tersendiri.

Sesuai dengan namanya, Dua Tiga Segi Sama Bertindih Bersilang, ia berasal dari 2 tiga segi yang sama ukuran garisnya. Kemudian ia bertindih dengan keadaan menyilang, dengan keadaan satu di atas dan satu di bawah.

Semua orang yang berpelajaran tahu, segi tiga sama ini diajar di sekolah-sekolah sejak dari umur yang kecil lagi. Tetapi kenapa dua segi tiga sama yang bersilang begitu dikaitkan dengan ajaran ilmu sihir?

Kita lihat kepada Dua Empat Segi Sama Bertindih dan Bersilang pula. Simbol ini banyak digunakan oleh kerajaan-kerajaan dan institusi serta organisasi yang berkaitan dengan Islam. Antara yang menggunakannya ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang dikenali sebagai UIAM.


Lambang Di Lantai UIAM
Sebenarnya, selain simbol Dua Tiga Segi Sama Bertindih, simbol Dua Empat Segi Sama Bertindih pun boleh dijumpai dalam kitab-kitab sihir.

Oleh kerana UIAM menggunakan simbol seperti ini, adakah pelajar-pelajarnya juga mempelajari sihir seperti dalam cerita Harry Potter?

Maka, apa cerita sebenarnya?

Kosmologikal

Samada Dua Tiga Segi Sama Bertindih atau simbol Dua Empat Segi Sama Bertindih, kedua-duanya adalah terhasil daripada sesuatu yang bersifat fitrah ilmiah. Macam bentuk bulat itu pun bersifat fitrah ilmiah. Bidang ilmu mendapati keadaan tertentu di dalam alam boleh terbatas kepada hanya tiga perkara.

Seperti hukum akal itu terbahagi kepada wajib, harus dan mustahil. Ia tidak kurang dari tiga dan tidak lebih dari tiga.

Sifat yang berkaitan dengan alam ini dipanggil kosmologikal. Ada banyak lagi sifat-sifat kosmologikal seperti ini dan bukan hanya dikaitkan kepada tiga hukum akal semata-mata.

Jadinya, tiga segi sama itu menunjukkan kepada maksud tertentu di dalam alam yang boleh dikaitkan dengannya. Begitu juga empat segi sama.


Cerita Hijack-menghijack.

Bangsa Yahudi, seperti yang diberitahu dalam Al-Quran adalah satu bangsa yang merasakan diri mereka dipilih oleh Tuhan berbanding bangsa-bangsa lain yang wujud atas muka bumi ini. Asas kepada rasa "terpilih" ini ialah antaranya anugerah ilmu yang diperolehi oleh bangsa ini. Ramai yang sudah tahu bangsa Yahudi ini adalah satu bangsa yang gigih mendalami ilmu pengetahuan.

Sehingga Al-Quran menggelarkan mereka sebagai Ahli Kitab.

Ilmu yang diperdalami oleh bangsa Yahudi ini bukan calang-calang cabang ilmu. Ianya adalah berkaitan dengan bidang ketuhanan itu sendiri. Sumber keilmuan ini pula berasal dari wahyu iaitu kitab Taurat dan Zabur.

Beberapa pengalaman yang dialami oleh bangsa Yahudi itu sendiri semasa mengikuti Nabi Musa a.s membuatkan diri mereka terasa seperti umat yang dipilih oleh Tuhan. Ilmu yang diberikan kepada bangsa ini membuatkan mereka merasa diri merekalah yang memiliki ilmu ketuhanan sebenar dan dengan itu mereka merasa begitu special.

Ianya bermula apabila bangsa ini ingin memonopoli ilmu ketuhanan ini dan mahu ilmu ini hanya dimiliki oleh bangsa mereka sahaja. Dengan memiliki ilmu ketuhanan yang sebenar ini maka mereka sahajalah yang layak digelar insan yang hakiki. Manusia-manusia lain kerana tidak ada ilmu ini jatuhlah ke martabat haiwan. Apa yang dipanggil mereka sebagai goyyim.


Manusia lain diajarkan supaya merasai diri mereka itu seperti haiwan. Selain teori Darwinism, kanak-kanak dipertontonkan dengan kartun binatang yang bertindak seperti manusia. Watak kartun terawal seperti Mickey Mouse dan Donald Duck adalah binatang yang bersifat seperti manusia.  
Kenapa mereka tidak membuat kartun watak manusia seperti Upin dan Ipin apabila mendapat peluang menghasilkan kartun terawal mereka?

Bagi yang mengetahui, antara sifat ilmu makrifat adalah kosmologikal. Jadinya antara ikhtiar yang dilakukan bangsa Yahudi ini bagi menghalang manusia lain bagi memperolehi ilmu yang mereka monopoli ialah dengan menghijack simbol yang boleh menjadi asas kepada penerangan atau penjelasan kepada sesuatu yang fundamental.

Disebabkan itu mereka meletakkan simbol tersebut di dalam bendera mereka. Symbol Hijacked!!



Usaha mereka tidak berhenti dengan itu. Antara lain ialah mengeluarkan ilmu sihir dari kitab-kitab sihir bagi mencemari maksud sebenar yang boleh difahami dari simbol berkenaan. Sebenarnya apa-apa simbol pun seperti bulat, lonjong, segitiga mahupun segi empat boleh membawa maksud baik atau pun buruk.

Kerana makna-makna bersifat dualism itu sememangnya termaktub dalam alam.

Ajaran sihir melihat sesuatu bentuk atau simbol itu dalam konteks ilmu yang mendatangkan kemudaratan. Seperti ilmu untuk memecah belahkan pasangan yang berkahwin.

Ilmu yang baik pula seperti arkitektur melihat bentuk-bentuk geometri itu dalam ajaran yang memberikan manfaat maka terhasillah satu produk seperti bangunan yang boleh didiami manusia.


Bentuk Yang Asasi / Basic
Jikalau anda melihat di internet, tempat-tempat seperti London, Paris, New York dan Scotland memang banyak simbolism seperti ini. Kalau di Malaysia banyak di Sunway Piramid. Simbolism ini dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan persaudaraan (fraternity) seperti Freemason dan gerakan Iluminati. Pergerakan dan keilmuan pertubuhan seperti ini berdasarkan ilmu-ilmu eksotik dari tamadun purba serta sains dan teknologi.

Simbolism seperti ini mempunyai maksud tertentu di dalam modul-modul pertubuhan mereka.

Apa yang publik lihat?

Publik hanya dapat melihat apa yang zahir. Begitu juga para pengkaji jika tidak dapat mendalami dan mengamati dengan cermat.

Seperti yang disebut sebelum ini jika simbol Hexagram itu boleh ditemui dalam kitab-kitab sihir, simbol seperti lambang logo UIAM juga boleh ditemui dalam kitab-kitab sihir.

Orang Islam yang bencikan perbuatan Yahudi di Palestin akan menyampah melihat simbol pada bendera Yahudi kerana itu dikaitkan dengan Zionism. 

Pengkaji-pengkaji yang melihat simbol seperti itu di dalam kitab-kitab sihir pula akan terdorong untuk mengaitkannya dengan bidang ilmu sihir.

Kedua-duanya akan melihat simbol ini dalam konteks negatif.

Dengan cara itu, bangsa Yahudi dapat mengekalkan pemilikan (ownership) mereka kepada maksud sebenar. Ilmu makrifat. Bagi mereka, ini hanya khusus untuk Yahudi sahaja.

Sebab orang lain dah dipesongkan pandangan mereka ke arah lain.

Walaupun perkara ini boleh diperjelaskan tapi tak semua dapat memahaminya.

Sesuatu Yang Asalnya Baik Tetapi Sudah Jadi Fitnah

Dengan itu juga perlu kami perjelaskan di sini, simbolism itu juga boleh mendatangkan maksud yang lain. Maksud yang tak baik, maksud buruk. Apatah lagi jika ia sememangnya sudah termasuk keadaan fitnah.

Contohnya orang Islam yang memakai baju berlambang "Star of David" ini di tengah publik akan mendapat fitnah. Mungkin dia memahaminya dalam konteks lain dan tidak berkaitan Zionism tetapi orang ramai tidak melihat begitu.

Justeru, wajar kita mengelak dari mewujudkan keadaan seperti itu.

Itu sebab ramai umat Islam pakai lambang empat segi berbanding tiga segi. 

Disebalik segala fitnah itu, asal perlambangan ini adalah menunjukkan kepada sesuatu maksud keilmuan yang kosmologikal sifatnya. Berkaitan dengan ilmu yang haikiki.

Menggunakan perlambangan dalam menerangkan sesuatu ilmu itu adalah fitrah manusiawi.

Wallahua'lam.


TammaT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...